Monday, May 11, 2009

Universiti Kehidupan 62 - Hanya Diamond Boleh Memotong Diamond

Ketika berada di Nazareth Palestin, kami serombongan telah diajak untuk melawat kilang diamond. Ia kilang dan penjualan diamond yang terbesar di Israel. Israel membeli lebih 50 % diamond di dunia sebelum di eksport kembali ke tempat lain.

Sesiapa yang membeli diamond di Israel akan mendapat pengembalian wang sebanyak 15% dari kerajaannya ketika keluar meninggalkan Israel.

Ketika kami melawat, kami diberikan taklimat mengenai cara proses diamond dan menggilapnya. Israel mempunyai teknologi memotong dan mencanai diamond terbaik di dunia. Hinggakan banyak teori pemotongan dan polish diamond dicipta oleh Yahudi. Ini kerana, sejak dari kurun ke 12 masihi lagi mereka telah berkecimpung di dalam bidang ini.

Kami mendengar taklimat mengenai cara memilih diamond. Selepas itu, kami diajak melihat antara diamond terbaik di dunia. Anda tahu harganya? Hampir 250 000 USD sebelum diskaun dengan hanya seberat 4 gram.

Saya bertanyakan mengenai kisah filem "Blood Diamond". Pakar diamond itu mengatakan bahawa, filem itu hanya sampah. Banyak teori di dalamnya tidak betul. Wilayah Kivu di Congo itu bukannya tempat mengeluarkan diamond. Ia tempat banyak "pure uranium".

"Jadi di mana sebenarnya tempat diamond?" Saya bertanya.

"Di wilayah Kamitugaite, tapi jangan cuba-cuba pergi ke sana, anda hanya sempat melalui jalan pergi sahaja," jawab pakar diamond ini dengan sedikit senyuman.

Ada satu teori di dalam memotong diamond. Teori ini ditemui oleh seorang Yahudi dari Prancis pada kurun ke 18 masihi. Namanya Tolkopsky.

"hanya diamond yang boleh memotong diamond"

Diamond hanya boleh dipotong oleh diamond sahaja. Alat lain tidak boleh. Besi pun tidak akan mampu memotongnya. Jika terlalu kuat hentakan pun, ia akan memecahkannya, tidak memotongnya.

Ketika dalam perjalanan pulang, teori ini terngiang-ngiang di telinga saya,

"hanya diamond yang dapat memotong diamond".

Tiba-tiba, saya teringat satu hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (rujuk Mausu’ah al-Hadith as-Syarif al-Kutub as-Sittah, Dar as-Salam li an-Nasri wa at-Tauzi’, al-Mamlakah al-Arabiah as-Saudiah, 2000, hal 1180)

"Maksudnya, Dari Abu Hurairah R.A dia berkata, telah berkata Rasul S.A.W Maka turunlah Isa anak Maryam S.A.W dan memimpin mereka (orang beriman). Maka apabila musuh-musuh Allah itu melihat mereka lenyaplah mereka seperti lenyapnya garam di dalam air."

Hadith di atas menceritakan mengenai kisah Nabi Isa yang memimpin orang beriman dari semua bangsa dan akan mengalahkan orang Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal.

Saya terus teringat sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi, (rujuk Mausu’ah al-Hadith as-Syarif al-Kutub as-Sittah, Dar as-Salam li an-Nasri wa at-Tauzi’, al-Mamlakah al-Arabiah as-Saudiah, 2000, hal 1877)

"Anak Maryam (Isa) akan membunuh Dajjal di Pintu Luud"


Saya terus berlari ke hadapan bas mendapatkan Nasir pemandu pelancong kami dan bertanya:-

"Nasir, di sini ada tak tempat bernama Luud ?",

Ada, dekat dengan pekan Ramlah dalam perjalanan ke Tel Aviv, Kenapa semua orang tanya pasal pekan Luud ye? Dulu, ada rombongan dari Sudan pun bertanya tempat yang sama?' kata Nasir.

"Saya hanya tersenyum, Nasir pakar sejarah tempatan tetapi perihal agama bukan bidangnya," bisik hati saya.

Siapa Nabi Isa? Dia dari keturuanan Bani Israel. Bukankah Nabi Isa ini yang akan memimpin seluruh orang beriman mengalahkan Yahudi? Kenapa bukan pemimpin dari orang Arab?

Sebab itulah orang Yahudi tidak takut dikelilingi dengan orang Arab. Mosyi Dayyan, menteri pertahanan Israel pada tahun 1967 berjaya mengalahkan lima negara Arab serentak iaitu Mesir, Lubnan, Syria, Jordan dan Palestin.

Mereka tidak takut langsung pada orang Arab. Tetapi mereka cukup takut jika orang Israel mula memeluk Islam dan turunnya Nabi Isa.

Dua perkara yang paling ditakuti Yahudi:-

1. kebangkitan orang yang ikhlas memperjuangkan Islam
2. Orang Yahudi yang sudah mula memeluk Islam.

Ya.. sama seperti teori diamond,

"Hanya diamond yang boleh memotong diamond", "hanya Israel yang dapat mengalahkan Israel".

Perkara ini telah pun bermula. Saya teringatkan kata-kata Salleh, pemandu bas kami, yang mengatakan bahawa ramai juga orang Yahudi tidak jauh dari tempat tinggalnya telah mulai masuk Islam.

Perkara ini tidak menyebabkan kita lemah semangat untuk berjuang. Ia bermaka, Yahudi boleh dikalahkan, Cuma kekalahan secara total akan tiba ketika Nabi Isa memimpin tentera Islam.

Yahudi percaya kepada hadith. Berbekal dengan hadith-hadith Nabi juga mereka mula menamam pokok "Gharqad" (bahasa saintifiknya Oliender) di sekitar Israel. Pokok yang akan melindungi mereka apabila semua pokok seolah berkata, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah mereka".

Mereka percaya mengenai khabar akhir zaman. Kita orang Islam, semakin lupakan panduan-panduan hadith akhir zaman.

Untuk mengembalikan Islam diperingkat ummah, kita perlu meneliti hadith-hadith akhir zaman. Semoga perjuangan Islam akan semakin hebat dan dibantu Allah.

Selamat berjuang untuk semua,


"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights 11 Mei 09 Jam 1.00 pagi

Pokok Gharqad, pokok yang mula ditanam oleh Yahudi. Pokok ini boleh membesar. Getahnya beracun dan mempunyai bunga berwarna putih atau merah jambu.
Kilang memotong dan menggilap diamond. Bendera di dunia yang menjadi pelanggannya ada termasuk bendera Malaysia.
Diamond yang berharga hampir 250 000 USD. Seberat 4 gram sahaja. Ada lagi yang lebih baik yang mencecah jutaan USD.
Dapat pegang pun jadilah.
Teori-teori pemotongan Diamond banyak dicipta oleh Yahudi
Tempat ini tidak ada jaga dan tidak ada CCTV. Tetapi di dalam sejarahnya tidak ada kes rompakan.

15 comments:

Shahabudeen Jalil said...

fakta ustaz salah la...

sebenarnya diamond boleh dipotong oleh benda lain selain diamond.

http://en.wikipedia.org/wiki/Diamond_cutting

Saya rasa ustaz tak perlu adakan teori yang tidak ada.

Nabi Muhamad S.A.W sendiri pernah mengalahkan Yahudi. Adakah Nabi Muhammad kita dari bangsa yahudi ??

Ramai lagi tokoh-tokoh islam dari bangsa yang bukan arab sendiri pernah mengalahkan yahudi. Contohnya Salahuddin al-ayubi dari bangsa Kurdish.

Hadith akhir zaman:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memenangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi disebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! , kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dan pohon Yahudi (oleh sebab ini ia melindunginya).

Saya rasa kurang bagus sekiranya ustaz menyebarkan sesuatu teori yang tidak kukuh sebegini.

Teori tanpa dalil seperti ini hanya akan menjadikan ustaz pemimpin kepada pengikut yang kurang ilmu dan mengikut secara membabi buta. Seperti mereka yang ikut Al-Arqam dulu.

p/s : saya masih menunggu penjelasan ustaz mengenai teori tujuh tahun fitnah akan terbukti.

Areefah said...

Assalamualaikum...
Selama ini sy mengenali ustaz dari kaca TV sahaja. Tapi setelah sy terjumpa blog ustaz dari blog Umar Alfateh dan mmbaca sebahagian hasil tulisan kembara ustaz, mmbuatkan saya begitu gemar mmbaca setiap diari perjalanan ustaz ke beberapa buah negara seolah - olah sy juga turut mengembara bersama. Sy doakan ustaz sentiasa dibawah keredhaan Allah

Generalhoho said...

Salam,

http://en.wikipedia.org/wiki/Diamond_cutting

"Since diamonds are very hard to cut, special diamond bladed edges are used to cut them."

Special diamond bladed

diamonds are the best to cut diamonds

FauzyCaterers said...

Salam....
Sy ingin bertanya tentang hukum menggunakan skim pinjaman oleh AEON kredit atau AEON kad, yg selalu ada di pasarraya utk membeli barang secara hutang.Contohnya pasaraya Courts dan Tesco. saya rasa ustaz pun tahu ttg prkara tersebut kan.. tlg jelaskan kerana sy tak tahu sgt ttg fiqh muamalat....

Shahabudeen Jalil said...

ustaz amin kata:

"Diamond hanya boleh dipotong oleh diamond sahaja. Alat lain tidak boleh. Besi pun tidak akan mampu memotongnya. Jika terlalu kuat hentakan pun, ia akan memecahkannya, tidak memotongnya."

Putra,

Next time baca bagi habis. saya ambil dari link yang sama.

"Sawing is the usage of a DIAMOND SAW OR LASER to cut the diamond rough into separate pieces."

Baca juga di sini

http://www.khulsey.com/jewelry/diamond_cutting_history.html

Diamond bukan saja boleh dipotong oleh diamond, tetapi juga oleh alat lain.

Kalau diamond hanya boleh dipotong oleh diamond, maka macam mana boleh ada diamond yg pertama untuk memotong diamond ???

“Tidakkah kamu berakal untuk memikirkannya?” [al-Baqarah 2: 76]

anyway, good attempt Putra

Ustaz Amin said...

1. Teori hanya diamond boleh memotong diamond bukan teori saya. Ia teori Tolkopsky dari Prancis

2. Nabi Isa yang mengalahkan Yahudi bukan teori saya. Ia dari Hadith.

3. hadith ini untuk akhir zaman.Seperti yang saya tulis,

"Perkara ini tidak menyebabkan kita lemah semangat untuk berjuang. Ia bermaka, Yahudi boleh dikalahkan, Cuma kekalahan secara total akan tiba ketika Nabi Isa memimpin tentera Islam."

Ini kerana, saya dengar sendiri orang Palestin berkata,Arab tidak dapat mengalahkan Israel.

4. Fakta anda salah. Salahudin tidak berperang dengan orang Yahudi. Dia berperang dengan tentera salib.

5. Mendalami agama merupakan satu perbahasan panjang. Tidak hanya copy paste dari artikel di internet orang lain.

sekian.

Shahabudeen Jalil said...

Bagus, ustaz dah semakin respon. Ini yang saya nak pun.

Persoalan yang timbul..

1. Nabi Muhammad tidak mengalahkan Yahudi ?? Jadi Adakah Nabi Muhamad itu Yahudi ?

2. Teori memang diciptakan oleh seseorang. Orang yang menjaja teori ini juga dikatakan orang yang memiliki teori tersebut.

Entah kafir mana dapat teori itu, kenapa ustaz pula kena jaja teori ini ? Kita pegang pada Al-Quran dan Hadith dah memadai.

3. "Mendengar orang Palestine cakap" bukanlah satu hujah. Itu satu pendapat dan pandangan. Lagipun ustaz bukan buat kajian. Sekadar bertanya 1-2 orang, tidak boleh dijadikan hujah.

4.Ya, saya salah dalam isu Salahudin mengalahkan Yahudi. Tetapi mesej saya, ada orang bukan Yahudi boleh mengalahkan Yahudi.

Ustaz telah diracuni pemikiran bahawa hanya Yahudi boleh mengalahkan Yahudi. Moga ustaz sedar sebelum terlambat.

Akhir sekali, jangan bersembunyi di sebalik pernyataan

"Mendalami agama merupakan satu perbahasan panjang."

Hehe.. tidak siapa sangkal ia panjang. Tapi ini bukan untuk digunakan ustaz sebagai hujah untuk ustaz berselindung atau mengatakan

"aku seorang tahu, orang lain tak tahu".

OK. saya masih menunggu teori lepas 7 tahun fitnah terbukti.. nak tengok dalil apa pula ustaz nak bawak.

Shahabudeen Jalil said...

Salam,

baru teringat.

nak berpegang pada satu2 teori, kita kena pastikan teori itu betul. Hanya Al-Quran dan Hadith saja yang kita boleh berpegang sepenuhnya. Yang lain dari yang itu, hanya teori yg benar2 kita yakin boleh dipegang.

Kerana teori manusia boleh berubah.

Tidakkah Gallileo dibunuh kerana mengatakan bumi mengelilingi matahari ???

Jadi, nasihat kepada ustaz muda ini... jangan berpegang pada teori sesiapa secara membabi buta.

Pastikan teori itu betul dahulu.

Ustaz berpegang pada Al-Quran dan Hadith adalah bagus.

terima kasih kerana menjawab sebelum ini.

Ustaz Amin said...

:)

Shahabudeen Jalil said...

tak terjawab? ataupun tak tahu apa nak jawab ?

Tadi saya fikir pasal teguran ustaz pasal copy paste tu.. sebenarnya, saya nyatakan sumber. Saya percaya kpd maklumat dgn sumber.

Bukan main bedal ataupun ikut pemerhatian seorang individu semata-mata.

ok.. bila al-rawsha?

Hunny said...

Salam bro shah,

Macam pernah timbul isu copy paste ni dulu.. Rupanya, dia pun dua kali lima juga... jangan makan diri udah lerr..

Shahabudeen Jalil said...

kalau kata tak bijak.. tuan2 marah.

itu bukan copy paste, itu saya tunjukkan sumber maklumat saya supaya tuan2 boleh check semula.

Saya nyatakan hujah beserta dengan sumber maklumat. Bukannya bagi link suruh baca kat website tu sendiri.

he he he.

Amar said...

1) Salam kepada semua

2) menarik cerita ustaz dan saya faham apa yang ustaz ingin sampaikan iaitu :

"Yahudi boleh dikalahkan, Cuma kekalahan secara total akan tiba ketika Nabi Isa memimpin tentera Islam."

3) semoga kita sebagai umat akhir zaman akan membantu menegakkan islam walau apa cara sekali pun

4) AlQURAN dan HADITH adalah sumber yang dipercayai. Sumber lain, lagi2 dari internet sukar untuk dipercayai, dan ia boleh diterjemahkan oleh sesiapa sahaja.

5) ISLAM GEMILANG...

Anonymous said...

En Shahabudeen Jalil ni jawab syok sendiri. sekadar nak hantar posting je. cepat respon tak semestinya bijak Encik. Ini la masalah bila orang tak berilmu tapi nk mengulas sesuatu di public. Tulis kat blog you je jadi la...

Thank you Ustaz for the posting.

Anonymous said...

Bukankah itu jugak tidak merujuk kepada al-quran dan hadis...... "kadang2 manusia sering pandai bercakap tapi tidak pandai berfikir"

Imam as-syafie berkata “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...