Di atas Kubbah as-Sakhra tertulis lengkap surah Yaasin. Pada hari jumaat ia akan menjadi tempat sebahyang bagi perempuan
Untuk masuk ke kota Jerusalem, ada 8 pintu, manakala al-Aqsa yang berada di dalam kota Jerusalem mempunyai 9 pintu untuk masuk ke dalamnya.
tempat muazzin
bumbung al-Aqsa
Bumbung al-Aqsa
Tingkap al-Aqsa. di tengah merupakan lambang bintang enam yang sekarang digunakan oleh Israel. Ia sebenarnya lambang yang berasal dari masjid ini.
lambang enam ialah lambang Kan'an, iaitu kaum asal tanah Palestin ini
orang Israel hanya baru menggunakan lambang ini dalam 100 tahun
kelongsong peluru yang dijadikan kenangan ketika Israel menyerang masjid ini
terdapat majis ilmu
Kubbah as-Sakhra. Batu tergantung tidak ada disebut di dalam al-Quran dan Hadith yang sahih. Istilah batu tergantung digunakan oleh beberapa ulama seperti Imam al-Ghazali di dalam catatan rehlahnya. Ada tiga maksud mengenai batu tergantung. 1. memang tergantung sungguh setelah Allah membukakan keajaiban peristiwa ini pada ulama kita yang tidak diihat oleh orang lain. 2. Istilah sebagai mulianya batu ini. Istilah sebagai ajaibnya peristiwa Isra dan mikraj ini. Dari pandangan biasa ia hanya batu biasa yang terdapat gua di bawahnya. Ia tidak tergantung. Imam besar masjid al-Aqsa ketika saya meminta pengesahan menegaskan seperti yang demikian.
Kubbah as-Sakhra dari Jabal Zaitun.
al-Mugharah (gua) yang terdapat di bawah as-sakhra'. Jika dilihat dari gua yang tidak sampai 1/3 dari keseluruhan batu ini, mungkin ada yang beranggapan ia seperti tergantung.
Mimbar Burhanuddin, iaitu tempat satu ketika dahulu dijadikan tempat khutbah kedua hari raya dan khutbah sembahyang minta hujan.
Tempat wudhuk, pada zaman dahlulu, air di sini di ambil dari Bethleham.
Mimbar Arbaiin yang terdapat di al-Aqsa, tempat para ulama dahulu mengajar.
Mimbar Nabi Zakariya a.s di daam al-Aqsa
bersambung dengan a-Aqsa ialah masjid Umar, Saidina Umar sembahyang di sudut ini dahulu.
al-Aqsa dari dalam
al-Aqsa dahulu terdapat 15 gerbang,. Sekarang ia hanya tinggal 7 gerbang sahaja.
Maasjid Buraq ditepi al-Aqsa. Di sini tempat Nabi menambat Buraq baginda.
Lorong masuk ke dalam al-Aqsa tingkat bawah, merupakan tapak masjid asal
2 comments:
Salam.
Alhamdulillah, membacanya dapat menambahkan pengetahuan .
Salam,
Apa pendapat ketiga pasal batu tergantung?
Post a Comment