Sunday, May 3, 2009

Universiti Kehidupan 60 - Inside Palestine

Pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi beberapa pengalaman bersama dengan orang Palestin dan juga mengenai negeri ini. Semoga menambah lagi kematangan kita di dalam kita bergaul dengan manusia.

1. Orang Palestin kebanyakannya Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bermazhab Hanafi dan Syafie. Mereka dahulu termasuk di dalam wilayah Syam yang pernah di doakan Nabi dengan keberkatan.Jadi mereka lebih lembut di dalam pergaulan di bandingkan dengan Arab lain seperti Mesir, Maghribi dan lain-lain lagi.

2. Mereka menghormati tetamu. beberapa hari kami di sana, kami telah bertamu di dua buah rumah iaitu rumah pemandu perjalanan Mr. Nasir dan pemandu bas Mr. Soleh. Jika masuk ke dalam kedai mereka, pasti akan dihidangkan dengan kopi atau teh. Kadang-kala mereka memberi coklat. Kadang kala, barang-barang kecil dari kedai mereka sekalipun kita membeli di kedai mereka.

3. Rata-rata anak muda mereka berpakian t-shirt dan berseluar jean. ia memudahkan pergerakan yang aktif. Selalu terjadi tunjuk perasaan dan bertempur dengan askar Israel. Pada 1 Mei 09, sedang saya serombongan melawat Bukit Zaitun, saya terdengar bunyi letupan bertalu-talu. Saya bertanya Helmee akan bunyi itu. Helmee memberi tahu saya bunyi itu datang dari orang bermain mercun. Hari ini, ketika kami bersiap untuk pulang, saya melihat akhbar al-Quds, keluar di muka hadapan, anak muda bertempur dengan askar di dalam tunjuk perasaan membantah pembinaan tembok di sekitar Ramallah.

4. Rata-rata azan di sini mendayu seperti di Malaysia. Lagu azan ini lebih lembut dan beralun di banding dengan azan di negara-negara Arab lain.

5. Orang Palestin ada yang kristian. Kita tak boleh nak cam mereka. Orang kristian sama ditindas seperti orang Islam. Ada di antara mereka yang berjuang bersama orang Islam. Ini tidak pelek. Pada zaman Salahuddin al-Ayubi lagi terdapat komander Salahuddin yang kristian. Kita boleh jumpa nama Isa Awwam, seorang kristian yang berjuang bersama Salahuddin.

6. Orang di sini masuk ke rumah tidak membuka kasut, walau pun rumah mereka penuh dengan carpet. Dalam beberapa bulan sekali, mereka akan membasuh carpet rumah mereka.

7. Sepanjang perjalanan saya ke negara-negara Arab, tidak pernah saya bertemu anak orang Arab yang salam cium tangan kecuali di sini. Gambarnya nanti boleh saya masukkan. Kalau keluarga yang berpegang pada agama, memang berakhlak dan santun seperti orang Melayu.

8. Satu yang pelek ialah, antara minuman yang mereka gemar adalah Coca Cola. Di sini tidak diboikot, iklan dan papan tanda di sana sini. Orang mereka selamba sahaja walaupun dunia memboikot produk Israel.

9. Pakain perempuannya, masyaaAllah, banyak yang terdedah sana dan sini. Kebanyakkan tempat begitu melainkan Hebron. Ia wilayah yang paling kuat mengamalkan Islam. Di Hebron, jarang sangat orang tidak bertudung.

10. Terdapat kilang arak di Ramallah sedangkan Ramallah ialah wilayah Palestin.

11. Ada beberapaa wilayah di Palestin yang mempunyai perangi berbeza. Jerusalem dan Bethleham orangnya moden. Hebron orang yang paling keras kepala, tapi ramai ahli perrniagan dan bijak pandai. Di sini paling kuat pengamalan Islamnya. Gaza orangnya baik dan tidak agrasif, Nablus tidak terima orang lain. Di Nablus, tidak ada kedai orang dari masyaraat lain. Jericho orangnya lembut dan beradab. Ramallah, orangnya lembut tapi bijak.

12. Mata wang di sini Sheckel, tetapi mereka menggunakan juga USD. Satu Sheckel lebih kurang seringgit kita. Tetapi, barang di sini teramatlah mahal. Makan tengah hari, dalam RM 60 itu biasa.

13. Sistem komunikasi mereka tidak ada perhubungan dengaan kita. Jadi, talian dari Malaysia tidak boleh digunakan di sini melainkan maxis. Jadi, jika ingin berhubung dengan tanahair, kenalah beli sim card di sini sama ada line Orange atau Cellcom. Kemudian beli satu sistem sepeti ring-ring kad, dan hubungi dengan cara ini.

insyaAllah kita akan berkongsi lagi.

"Uniiversiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Kempnski Hotel Amman Jordan
3 Mei 09 jam 12.10 malam

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...