Di satu sudut, ada satu pintu ke bawah. Rupanya, di as-Sakhra terdapat satu gua. Ia disebut sebagai al-Magharah (gua). Gua ini tidak sampai 1/3 dari saiz batu yang berada di atasnya. Ramai orang yang bersembahyang di dalam gua ini.
Antaranya ialah,
Syeikh Muhamamd Jamal, di dalam kitabnya "Sirah 'an Fadail Bait al-Muqaddis.
Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya " al-Rahlah al-Unsiyyah Ila Diyar al-Qudsiyyah"
Catatan Imam al-Ghazali yang tujuh tahun duduk di al-Quds dan selalu sembahyang di dalam al-Magharah ini. al-Rihlaat fi Bilad as-Syam
Syeikh Mujiruddin al-Hambali di dalam kitabnya "Unsi al-Jalil fi Tarikh al-Quds wa al-Khalil."
1. Memang ia tergantung setelah Allah membukakan keajaiban peristiwa ini pada ulama kita yang tidak diihat oleh orang lain. Ia dilalui secara kasyaf (hijab mata yang dibuka) untuk ulama ini hingga mereka dapat melihatnya. Mungkin pada lailatul Qadar. Ia tidak dilihat oleh orang awam. Status pengalaman ini boleh diceritakan tetapi tidak boleh dijadikan syarat untuk diyakini kerana ia tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith yang sahih.
Bagi orang awam yang tidak melihat ia tergantung, jangan kecewa atau terdetik mengenai yang tidak baik. Jika kita melihat ia tidak tergantung maka, ia tidak tergantung. Orang yang melihat tergantung, alhamdulillah, itu rezki mereka.
Tetapi untuk mengatakan ia tergantung sedang dia melihatnya batu ini tidak tergantung, ia tidak boleh. Ia boleh menjadi perkataan yang dusta. Kecualilah perkatannya disandarkan kepada ulama yang menulis seperti katanya :-
"menurut Syeikh Abdul Ghani al-Nablisi di dalam kitabnya, dia menyatakan bahawa......"
2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah "war fa'ni" (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.
2. Pendapat kedua ialah para ulama menulisnya sebagai tergantung sebagai istilah memuliakan peristiwa ini. Oleh kerana peristiwa ini peristiwa ajaib, maka, cara penceritaannya juga digayakan dengan istilah-istilah ajaib dengan penggunaan istilah bahasa sastera yang mempunyai makna tersirat. Sebagai contoh, di dalam duduk antara dua sujud, kita ada meminta pada Allah "war fa'ni" (dan angkatlah aku) Angkat di sini bukannya angkat sebenar terapung-apung. Tetapi angkatlah darjat aku. Jadi istilah sastera yang digunakan mempunyai makna kiasan yang perlu diteliti.
Ia sama seperti istilah taman tergantung Babylon. Kita juga menggunakan istilah seperti ini contohnya "masjid terapung." Ia tidak benar-benar terapung, tetapi istilah, kerana seolah-olah ia nampak terapung. Tujuannya menyatakan istimewanya masjid ini.
3. Dengan wujudnya al-Magharah (gua) ini, batu ini seolah-olah terapung.
Ketiga-tiga pendapat, sama ada ia tergantung sungguh, atau istilah bahasa, atau seolah-olah nampak tergantung menjadikan para ulama menulis mengenainya.
Selain dari itu, ketika saya berbincang hal ini dengan calon Phd di Universiti Of Jordan (saya bertamu di rumahnya malam ini sebelum bertolak ke Turki esok), dia berpesan, agar lebih berhati-hati jika membaca kitab yang dicetak dari Beirut. Di sana kebanyakkannya syiah dan banyak kitab-kitab ulama kita yang telah diubah. Jika ingin membeli kitab lebih baik dari cetakan Kaherah Mesir, Damascus Syria atau Riyadh Saudi.
Perbahasan mengenai perkara ini merupakan perbahasan yang panjang. Bagi kita yang menyaksikan, terpulanglah apa maknanya. Walaupun dari sudut zahirnya ia tidak tergantung, tetapi ia menjadi batu yang menyaksikan peristiwa Mikraj ini.
Datanglah dengan niat untuk bersembahyang di al-Aqsa kerana ini yang pernah disebut di dalam hadith. As-Sakhra hanyalah satu tempat di mana mikrajnya Nabi. Tergantung atau tidak itu bukan matlamatnya, matlamatnya ialah menyaksikannya, menambahkan keyakinan kita terhadap rukun iman iaitu percaya pada kitab (al-Quran).
Tempat adalah penting, tapi yang lebih penting adalah penghayatannya. Jika kita melihat ia tergantung, kemudian mengagungkannya lebih dari mengagungkan Allah, ia tidak memberi makna apa-apa.
Semoga, semakin hari, semakin iman kita terpelihara dari perkara yang boleh mengguris kesahihannya.
"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Hayat"
al-Fakir Ila Rabbhi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
4 Mei 09, jam 8.10 malam.
6 comments:
salam..
senang ke nak masuk ke palestin ni ust?
ana kt jordan di mafraq, teringin plak nk masuk sane tgk gmbr2 ust..hehe..de rezeki nk jmpe ust..
Salam,
Nice entry. Penjelasan pada banyak fakta yang salah.
so sebenarnay batu nie tak tergantung la yer... ?
to Azrul. akan berada di Amman semula pada 7 Mei 09. nanti insyAllah boleh jumpa.
To Hani, Alhamdulillah, dapat saksikan yang betul, tapi assgment dah hantar ke?
to Anis Hartini
Memang banyak ulasan sebelum ini dari banyak blog dan ceramah para ustaz. Tapi sebenarnya, apabila telah ziarah sendiri, baru tahu perbahasan sebenar.
Saya sendiri pun mula-mula macam susah nak terima sebab sebelum ini ustaz saya pun selalu mengajar perkara yang sama, hingga ada yang kata sekarang dah dibubuh tiang dan sebagainya.
Tapi setelah melihat sendiri dan bermuzakarah dengan Ulama dari sini, barulah jelas perbahasan sebenarnya.
Ada dua bangunan di Palestin, Satu masjid al-aqsa. Satu lagi dome of rock..tp ramai yg tertukar antara dua binaan ni. Camne ye.
Post a Comment