Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Friday, May 8, 2009
Jom Kongsi Pengalaman 39 - Selat Bosphoros
7 Mei, sebelum saya berangkat ke Amman, saya telah berkenalan dengan Kapten Ali Haidar. Dia merupakan Kapten di Jabatan Polis Marin di sini. Sebelum saya balik, Kapten Ali mengajak saya belayar di selat Bosphoros dengan menaiki kapalnya. Selama tiga jam kami merentasi Selat ini.
Untuk mudah faham, di bawah sekali ialah laut Mar-Mar. Lekuk di kiri adalah Golden Horn dan ke atas ialah selat Bosphoros dan terus keluar ke Laut Hitam. Putih disungai ialah gambaran rantai yang dibuat oleh kerajaan Rom untuk menghalang kapal al-Fateh dari menawan Konstantinople. Putih kotak itu ialah kapal al-Fateh yang menaiki darat dan turun di Golden Horn. Hitam di atas sekali ialah Rumeli Hisari yang dibina oleh al-Fateh untuk menahan kapal bantuan ke Konstantinople.
Kami belayar menaiki kapal Kapten Ali Haidar.
Kapten Ali Haidar.
Selat Bosphoros. Ke kanan akan ke Laut Mar Mara dan ke kiri ke Golden Horn
Kalau di darat kita boleh melihat motor merempet. Di sini kita dapat meliahat kapal-kapal besar merempet.
Selat Bosphorus antara pemandangan yang tercantik di dunia. Ini kerana selat ini dalam dan kapal besar boleh belayar di dalamnya. Rumah-rumah pula dibina betul-betul tempat kapal-kapal besar diletak.
al-Fateh mula membawa kapalnya melalui darat bermula dari tempat ini iaitu di Dolmabache dan turun di Qasim Pasha di Golden Horn
Pemandangan indah sepanjang Selat Bosphoros
Orang memancing

Ada dua jembatan yang menghubungkan antara Istanbul Asia dan Istanbul Eropah iaitu Fateh Sultan Muhamad Bridge dan Vodelche Bridge
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
Bagi siri yang ketiga ini ingin saya kongsikan, kenapa Manhaj Wahabi ini ditolak oleh tuan-tuan guru kita terdahulu. Saya mulakan dengan...
4 comments:
Salam ustaz,
Kali ni betul² merantau ustaz berbanding sebelum² nih. :-)
Semoga terus diberi kesihatan untuk berbakti, amin....
Cantik tempat nya ustaz. bila la air asia nak terbang sana
nak tanya sikit. kenapa ustaz pilih turki untuk budak2 tahfiz sambung belajar ? kenapa tak syria , mesir misalnya?
Saya ada juga buat MOU dengan madrasah di Pakistan. Di syria, visa susah dapat. Di Mesir ada tetapi saya belum ke sana untuk buat MOU. InsyaAllah doakan ye, semoga anak-anak ini berjaya seperti orang yang ada ayah, amin..
Post a Comment