Sunday, May 3, 2009

Diari 59 - Catatan Pulang

2 Mei 09, pukul 10 pagi, kami mula meniggalkaan Bethleham. Ketika sampai di chek point Jerusalem, coaster kami ditahan. Seorang tentera naik dan seorang lagi pergi ke belakang memeriksa tempat letak barang.

Dia bertanya kami,

"how are you?"

Abang Aziz menjawab:-

"Alhamduillah"

Dia terus berpaling kepada Abng Aziz dan berkata:-

"apa kamu kata? dua tiga kali dia bertanyakan soalan itu.

"kata "bee sader" (bagus dalam bahasa Hebrew), yang kamu kata tadi dalam bahasa Arab. Dengan muka yang angkuh dia turun dari bas.

Hari ini, bandar Jerusalem agak lengang. Orang Yahudi tidak menaiki kereta dan berniaga hari ini. Hari ini hari sabtu dan hri ini merupakan hari rehat buat mereka.

Kami meninggalkan Jerusalem menuju Allemby. Pukul 11.54 kami sampai di sepadan, kami semua menuju ke kawasan imigresen. Beg kami ada orang lain yang menguruskannya.

Kami mula i beratur di dua kaunter. Saya dan Dato Yahya paling lama diperiksa. Helmee di belakang saya. Tiba-tiba datang satu pegawai dengan memegang 4 passport Israel. Pegawai ini terus mengarahkan Helmee untuk ke belakang dan dia terus menuju ke hadapan. Muka Hemlee mula berubah. Macaam mana boleh potong line ni. Dia mendesak pegawai yang sedang menguruskan dokumen saya untuk mengetepikan saya dan menguruskan orangnya dahulu. Saya yang sedang berada di haadapan kaunter disuruh untuk duduk di satu sudut.

Seperti biasa, ketika duduk, saya akan meengambil buku nota aaya dan mula menulis. Saya menulis iktibar-iktibar yang saya perolehi dan belajar di sinii. Tiba-tiba datang seorang tentera berpakian biasa dengan senapang di tangan. Dia meminta saya berdiri kemudian mengarahkan saya mengikutinya.

Ssya di suruh duduk di satu kerusi di luar dari tempat imigreseen. Saya terpisah dari kumpulan yang ada. Kemudian datang pula seorang lelaki memperkenalkaan dirinya sebagai polis. Dia berrtanyakan saya beberapa soalan. Ssya tak faham apa maksud soalan yang diajukan dari sudut kaitannya dengan saya ditahan.

Akhirnya dia bertanya pada saya,

"apa yang engkau tuliis tadi"

"aik, tulis pun menjadi kesalahan ke di sini," saya bertanya.

"Tunjukkan saya apa yang kamu tulis tadi", dia meminta.

Saya mengeluarkan buku catitan saya dan memberikan kepadanya. Dia membelek buku saya dan bertanya"-

"Kamu tuiis bahasa apa ni?"

"Bahasa Malaysia" jawab saya ringkas.

"Kamu kerja apa dan kenapaa kamu suka menulis" dia bertanya lagi.

"Ssya guru dan sebab itu saya suka menuliis"

Dia membelek-belik buku saya. Semua ahli rombongaan telah selesai dan sedang menunggu. Kemudian dia bertanya lagi,

'kamu tahu siapa bina Jerusalem?"

"mmm, tak tahu, nanti saya kaji lagi. jawab saya.

"Ok, awak boleh pergi sekarang" katanya sambil memulangkan buku catitan saya.

Semua ahli rombongan telah tunggu. 12.35 kami mula keluar dari kawasan imigresen. Beg yang telah diperiksa mula dibawa naik ke dalam bas. Kami masih terus diperhatikan oleh seorang tentera hinggalah kami semua naik ke dalam bas. pada pukul 12.44 kami melintasi King Hussain Bridge, bermakna kamu telah masuk ke negara umat Islam.

Alhamdulillah, baru rasa lega dan bersyukur perjalanan pulang dikurniakan keselamatan oleh Allah.

"Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-fakir Ila Rabihi
Muhamad Abdullah
Kempinski, Amman Jordan
3 Mei 09, jam 8.45 pagi

6 comments:

UMAH said...

Assalamualaikum, ustaz!
Fuh, saspen sungguh sikit2 ada armed Yahudi laknatullah. Tuh bru brp hari dok sne. Inikan pulak Muslim Palestin di sana!
Masanya akan tiba musuh ini diluluh-lantakkan dgn tangan2 kita insya-Allah! =P

Putra said...

Kerek sungguh yahudi ni.. tp kalau kt imegresen arab pon ada semcm lebeh kurang.. kalau org dia ok je.. org lain kena buli.. tp yahudi lagi teruk la.. hehe

Ustaz Amin said...

Dia memang kerek, dia anggap bangsa dia pilihan dan bangsa lain sama kejadian macam binatang. Dia menganggap dia boleh tegur kesalahan tuhan. Tapi dia orang macam arab juga. Kalau beriman baik, sekarang ini semakin ramai mula masuk Islam, itu antara yang membimbangkan mereka

zulkifli shah said...

bahasa jawi
satu bahasa
satu nusantara
hidup islam palestin
hidup melayu patani
hidup melayu sulu
takbir

Ustaz Amin said...

Allahuakbar.. Islam pasti gemilang

Shahabudeen Jalil said...

"hidup islam palestin
hidup melayu patani
hidup melayu sulu"

sedutan dari pejuang kebangsaan.

kah kah kah..

apsal tak sebut "hidup arab palestin" ???