Saturday, May 9, 2009

Diari 64 - Salam Pulang

Alhamdulillah, hari ini 8 Jun 09, tamat semua urusan. Dengan izinNya jua saya memohon untuk dipermudahkan perjalanan pulang ke tanahair tercinta.

Saya bertolak dari Suwaileh Amman jam 3 petang sejurus selesai makan tengah hari yang di masak oleh keluarga Abang Zul. Isterinya sedang mengikuti pengajian Bahasa Arab di peringkat Phd.

Hari ini hari jumaat dan kebanyakkan kedai di Amman ini tutup. Dalam perjalan ke Airport, saya melihat ramai orang beratur di jalan. Tentera berbaris setiap 200 meter siap dengan senapang seperti ingin berperang.

Rupanya hari ini, Pope Benedict dari Vatican City datang ke Jordan. Dia melawat gereja-gereja sekitar Jordan.

Bendera Jordan dinaikan bersama bendera rasmi Kristian bewarna kuning. Sampai di Airport, ramai orang yang berbaris menunggu kedatangan Pope. Kebanyakkan mereka orang kristian. Saya katakan kebanyakkan kerana saya ada melihat juga orang yang memakai tudung berbaris sama.

Bagi orang Islam, entah apa yang mereka sambut saya pun tak tahu.

Sampai di lapangan terbang, saya menguruskan perjalan masuk, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Perjalanan saya akan melalui Doha. Dari Amman ke Doha mengambil masa 2 jam. Kapal Terbang Qatar Airways ini meninggalkan Queen Alia Airport pada jam 5.15 petang.

Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Setakat ini, saya baru menuliskan diari perjalanan. Artikel Universiti Kehidupan belum lagi di kupas. InsyaAllah, banyak yang akan kita kongsikan nanti.

Sesungguhnya, hidup merupakan sebuah perjalanan. Dari satu tempat ke satu tempat ada perhentiannya. Orang yang rugi ialah yang sentiasa mengeluh ketika diperhentian sedangkan berapa banyak pelajaran yang sedang diberi oleh Allah.

Perhentian umur, tempat berdiri, tidur dan duduk semuanya akan diperlihatkan kembali nanti di akhirat, adakah ia menjadi amalan atau menjadi kemurkaan.

Turun dan naik nafas kita sebenarnya sentiasa di dalam perjalanan, semoga ia terhenti diperhentian keredaan.

"Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan"

al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah al-Amin
Qatar Doha
8 Mei 09 jam 9.40 malam

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...