Monday, May 4, 2009

Jom Kongsi Pengalaman 38 - Petra

Kesempatan kali ini, kita akan berkongsi mengenai Petra ini. Ia terletak di Wadi Araba dan merupakan ibu kota kerajaan Nabatean. Di dirikan pada tahun 9 s.m hingga 40 m. Tempat ini terletak di celah-celah bukit yang susah ditembusi oleh musuh dan selamat dari bencana ribut padang pasir.
Pada permulaan masuk, kita akan bertemu dengan batu jin di mana di wujudkan cerita mengenai ada jin pengawal yang menjaga Petra ini. Ia bagi tujuan untuk menakutkan orang ramai mendekati kota ini pada waktu malam.
Kita akan mendapati banyak makam seperti ini. Ia sama seperti yang terdapat di Madain Saleh di Arab Saudi. Menurut kepercayaan orang Nabatean, tangga pada pintu makam ini ialah untuk roh naik ke langit.
Makam yang lebih besar. Lubang di kanan dan kiri ialah tempat mengkafankan mayat.
Orang Nabatean menyembah dewa dusara, iaitu tuhan bukit yang garang dan tiada bermulut. Di atas adalah patung dusara yang disembah mereka.
Petra dikenali dengan sistem pengaliran air yang baik. Di celah-celah bukit setinggi 40 meter ini terdapat parit-parit kecil yang mereka bina. Pada tahun 106 masihi, Rom telah menawan Petra, pada tahun 700 m, sistem pengairan air di sini rosak dan oleh kerana tidak ada lagi sumber air, maka perlahan-lahan kota ini ditinggalkan orang dan mulai hilang dari sejarah. Pada tahun 1812 m, Johan Burchardt memperkenalkan kembali Petra kepada dunia.
Sistem empangan air yang ada di sini. Terowong ini dipanggil dengan Dark Tunnel. Ia terdapat dipintu masuk "SIQ"
Patung penjaga Petra dengan unta yang hanya tinggal kakinya sahaja.
Pemandu pelancong menunjukkan kepada kami bagaimana orang dahulu mengadakan upacara memuja sesuatu di sini.
al-Khazneh, tempat permulaan kota ini. ia menyimpan berbagai harta, hingga ada yang berpendapat harta Firaun ada disimpan di sini.
Jauh berjalan, kita boleh berehat sambail minum teh. Di dalam ini semua ada, warung minum dan tandas awam.
Kita boleh menelusuri kota ini dengan menaiki keldai dan unta.
Unta, binatang pengembara terhebat zaman dahulu
Pada kurun ke 7 masihi, Islam datang ke kota ini dan menyaksikan penduduk Badui dan Arab setempat memeluk agama Islam. Walau bagaimana pun, Islamnya Badui sama macam Islam orang asli kita, perlu lebih didikan dan pengajaran.

"Musafir, Meluaskan pandangan memperbanyak pengalaman"
al-Fakri Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Amman Jordan
4 Mei o9, jam 6.45 petang

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum.

alhamdulillah berkesempatan saya ke Petra 2 bulan lalu.Tidak berpedomankan mana2 tour guide,saya merona2 sahaja di dalam kawasan Petra yang luas ni.Tak perasan pula pada batu penunggu jin itu.

Namun sesampainya di Petra tersentuh hati sanubari saya,bertemankan kenalan2 baru yang menghafal Quran,sesampainya ke End Of The World di puncak di Ad-Dir sempat saya bersolat 2 rakaat sambil kenalan2 baru saya membelek2 ayat a-Quran tentang kaum Thamud yang gagah perkasa

''Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanah yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah, maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.'' (QS al-A'raf: 74)

meremang bulu rumah ketika membacakan ayat ini,ketika berada betul2 di tapak tempat yang dirujuk oleh Allah S.W.T.

'Berjalanlah kamu di bumi Allah! dan Lihatlah! bagaimana akibat orang2 yang berdusta (akan rasul2)"

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...