Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.
Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka. (saya akan tulis kemudian tajuk khas bab ini)
Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.
'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan"? Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.
"Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "
"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "
"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".
Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel." Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.
Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama':-
"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.
"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
12 Mei 09 jam 12.55 malam.
Bintang Enam yang menjadi lambang rasmi negara Israel
Blog yang membicarakan mengenai perjalanan kembara dakwah, soal-jawab agama, masalah rumah tangga, keluarga dan rakaman rancangan Usrah TV9, Tanyalah Ustaz TV9, IKIM.fm Persona de Zahra, Al-Kuliyyah TV3, rumah kebajikan anak yatim dan hiv, juga undang-undang keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...
-
Perjalanan saya ke Saint Petersburg mempunyai satu misi. Saya ingin bertemu dengan Prof. Dr . Alexander K. Ogloblin, pengkaji Nusantara per...
-
7 April 2012, saya bersama dengan ahli rombongan ke Ben Yehuda St, penempatan orang Yahudi di Jerusalem ini. Nama jalan ini diambil sempena ...
-
“Mmm, ustaz, boleh tak ceritakan bagaimana Nabi Yahya dibunuh” Tanya seorang anak murid pada saya. Rupanya ada yang mengikuti kisah Nabi ...
22 comments:
artikel nie bagus.
saya dah buat kajian, memang betul bintang bucu enam ini bukan milik orang yahudi.
Mereka mengambil ini pada abad ke 19 dan selepas itu lambang ini digunakan sebagai sasaran oleh Nazi. Oleh itu, seluruh dunia menganggap lambang itu adalah lambang zionis atau yahudi.
Artikel macam ini la yang diharapkan dari seorang ustaz. Bukan asyik dok berteori dgn hujah rapuh.
Teruskan usaha.. dan saya akan teruskan menegur tanpa belas jika ada yang saya rasakan tak betul.
24 mei lom lagi ustaz,kalu 24 april mungkin ye la ustaz?typo date tuh :).
terima kasih ustaz ngn cerita pengalaman ustaz.best baca :) luas pengetahuan dibuatnya.
Tersilap tarikh, terima kasih, saya akan buat pembetulan
Ustaz, Singapore searang ni betul2 gunakan taktik Israel, mengubah sejarah Republik itu. Tengoklah dah ada Melayu Singapura yang bangga beragama Kristian dan bela anjing tapi mengaku Islam.Tengoklah disini.http://www.mykittun.com/
http://www.heshmael-saluki.com/
Ustaz pa hukum pegang anjing ni?
Hamba Insaf
menarik cerita nih ustaz...
siap dah ada orang tolong verify lg....
Salam,
Bila nak naikkan pangkat Shahabudeen ni? Penat dia jaga and guard blog ni dari kesilapan dan buat pembetulan.. Isk isk.. dasat dasat..
lebih baik dari mengampu dan memuji ustaz tak habis2 sampai naik asap kata org kedah.
Assalamualaikum ustaz,satu fakta yang menarik.Cuma lebih menarik bila ustaz menekankan pada kepentingan menghayati sejarah.Bukan bangsa Arab sahaja bermasalah sebegitu,bangsa Melayu-Islam kita pun belum kenal sejarah kita sendiri.Akhirnya jatuh mengagumi budaya dan sejarah orang.
klu berdasarkan kajian harun yahya....
bintang enam segi merupakan cap mohor utk nabi sulaiman....
tapi pada anggapan freemason,bintang enam segi ini berasal dri mesir purba...mula gigunakan oleh kesatria Templar(Freemason) ketika melihat simbol ini di baitul-maqdis(Gerakan Freemason Sedunia, HARUN YAHYA).....
shahabudieen ni prasan bagus..
org isreal panggil bintang ni sbg star of david atau bintang nabi daud. kalau ikut wikipedia lambang ini paling awal digunakan dlm manuskrip yg bertarikh 1008 masihi. dan memg tiada bukti nyata lambang ini digunakan pada masa nabi isa.
tetapi bangsa kana'an memg jauh telah maju tamadun mereka pada zaman nabi isa.
alhamdulillah ustaz.. syukran untuk artikel ini..
TAHNIAH ATAS PENJELASAN.SEMOGA ISLAM TERUS DI PUNCAK
tahniah...anda berjaya membongkar rasiah bintang 6 dgn hanya mendenger cerita seorang peminta sedekah yang hidup mengharap simpati orang.....bintang 6 adalah lambang keturunan ibrahim(abraham) yang mana beliau adalah anak yang keenam dalam adik beradik dan dipilih dan dijanjikan tanah suci oleh Allah..tahniah kerana memesongkan sejaraj...sejarah bangsa sendiri pon anda belum khtqam tak perlu meneroka jauh
ustaz..bleh ke lmbng bintng 2 kite pkai or simpn.? sdangkn lambng2 2 diguna untk nyembah iblis kononye...sy pon xpasti kebenarannye..bley ustaz jelaskn.?
berdasarkan riwayat-riwayat sahih yang dikumpulkan oleh Qishashun Anbiyaa' Ibratun Li-Ulil Albaab, beberapa ketika selepas kematian isterinya Raahail, Nabi Yaakub AS telah pergi berkunjung kepada ayahnya, Nabi Ishak AS.
Masa itu, Ishak AS tinggal di sebuah kampung bernama Hibron, dan termasuk bahagian wilayah Kan'aan iaitu satu wilayah yang pernah diduduki oleh Nabi Ibrahim AS.
maka tepatlah cerita admin, dan juga Anonymous yang mengatakan bahawa bintang 6 tu adalah lambang keluarga Nabi Ibrahim, yakni anak keenam dan juga dipilih untuk dijanjikan tanah suci oleh Allah.
Apa kurangnya kita orang Melayu yg diajarkan sejarah yang rata-ratanya tak betul belaka. Sangat menyedihkan. Saya harap semua umat Islam dibukakan hati mencari Sejarah sebenar orang-orang Islam. Amin~ :)
Salam...ustaz mintak share....suka artikel ni..
bintang bucu enam ini akan ada ada tangan Imam Mahdi..
bukti bintang bucu enam ini akan dapat dikenalpasti oleh para wali Allah..Imam Mahdi mewarisinya..Juga tertulis nama gelarannya pada ibu jari beliau..Mim Ha Dal Ya.
Assalamua'laikum ustaz... :)
Alhamdulillah, terima kasih... baru sy tau skrg. N fikiran lebih terbuka. Alhamdulillah, trma ksih byk3 :)
:)
Post a Comment