Tuesday, May 19, 2009

Universiti Kehidupan 69 - Kristian di Jerusalem

24 April 03, kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan. Hari ini hari jumaat dan kami akan bersembahyang di al-Aqsa. Kami keluar dari Jacir Palace Hotel di Bethlehm jam 9 pagi.

Ketika semua ahli rombongan masuk ke dalam coster, naik seorang budak berumur lebih kurang 9 tahun. Dia menjual poskad. Dia menjual satu set poskad dengan harga 2 USD.

Beberapa orang dari kami membeli poskad yang dijualnya. Lebih kepada untuk membantu. Setelah membayar, budak ini mula turun dari coster. Saya membelek poskad ini, kesemua poskad yang dijual adalah gambar tempat-tempat suci kristian.

Saya terus memanggil budak ini dan menyatakan,

"Adik, ada tak yang lain, yang ini semua gambar kristian. Takkalah saya nak beli gambar tempat-tempat kristian, kita kan orang Islam."

"Tak ada, ini sahaja yang saya ada", budak ini menjawab.

"Mmm, kalau macam tu tak apa la", kata saya.

Coster mula bergerak. Dalam perjalanan, saya berbual-bual dengan Nasir.

"Mr. Muhammad, saya lupa nak bagitau kami sesuatu"

"Apa dia", Tanya saya

"Di sini, kita takkan kenal mana satu orang Islam mana satu orang kristian. Walaupun nama dia Islam, belum tentu dia Islam" jelas Nasir.

"Orang kristian di sini tak sama dengan orang kristian di tempat lain. Orang kristian di Jerusalem diikat dengan perjanjian Umar dan kami sangat menghormati perjanjian ini" Nasir menambah.

"Orang kristian di sini kebanyakkannya dari bangsa Arab Pelestin juga. Jadi mereka juga ditindas oleh yahudi". Katanya lagi.

Baru saya teringat. Memang sikap orang kristian di sini agak berbeza dengan tempat lain. Mungkin kerana semangat kebangsan Arab itu lebih kuat berbanding dengan semangat kristian yang ada.

Ketika Saidina Umar datang ke Jerusalem untuk membuka kota ini, beliau disambut oleh orang kristian di sini. Mereka menurunkan gambar-gambar pensaliban ketika Saidina Umar diajak melawat gereja-gereja di sini.

Ada dua tempat, ketika Saidina Umar di ajak melawat gereja, masuk waktu sembahyang. Para paderi mempersilakan Umar untuk sembahyang di dalam gereja. Saidina Umar menolak pelawaan ini dan beliau menunaikan solat di luar gereja.

"Aku tidak mahu satu hari nanti orang Islam akan merampas gereja ini dengan mengatakan Umar pernah bersembahyang di sini." Tegas Umar.

Dua gereja itu ialah di Gereja tempat Nabi Isa di lahirkan di Bethleham dan juga gereja tempat pensaliban di Jerusalem. Pada waktu sekarang, dikedua-dua tempat Saidina Umar dan tentera Islam bersembahyang di dirikan sebuah masjid dinamakan dengan masjid Umar.

Di akhir lawatan, Umar membuat perjanjian toleransi agama bertulis pertama di dunia. Perjanjian itu disebuat sebagai perjanjian Umariyyah.

Perjanjian ini yang dipegang oleh penduduk di sini sampai sekarang.

Pada zaman peperangan salib kurun ke 11 masihi, ada satu divison di dalam angkatan Salahuddin al-Ayubi. Semuanya orang kristian Jerusalem. Panglima mereka bernama Isa al-Awwam, dikenali dibarat dengan nama Isa the swimmer. Mereka berjuang bersama-sama dengan Salahuddin al-Ayubi menentang tentera salib.

Pada ketika tentera salib di kalahkan di peperangan Hittin, Guy de Lusigna, raja dan panglima salib yang ditawan bertanya kepada Isa,

"kamu orang krisitan, kenapa kamu mengkhianati tentera salib"

Isa al-Awwan menjawab,

"aku memerangi tentera salib dari eropah kerana aku tidak mahu mengkhianati perjanjian Umar".

Kami serombongan melawat kedua-dua masjid Umar ini. Kami melihat sendiri perjanjian Umar yang masih diletakkan pintu hadapat masjid. Ia bersebelahan dengan gereja besar mereka.

Lama saya memerhatikan perjanjian ini. Seorang yang lalu di sini menyapa saya.

"Kami tak perlukan nasihat Amerika untuk mengajar bagaimana toleransi agama, Saidina Umar lama telah karangkan untuk kita. Dan orang Islam tidak pernah mengingkari perjanjian. Hanya orang yahudi dan bukan Islam sahaja selalu mengkhiatanati sesuatu perjanjian."

Saya hanya tersenyum, membenarkan kenyataannya. Sesungguhnya Islam itu sangat indah dan menghormati orang lain. Islam menganjurkan perdamaian, keamanan dan keselamatan.

Orang Islam ibarat lebah, memberikan madu untuk kebaikan, jika mereka hinggap di sesuatu tempat, tidak mematahkan ranting, tetapi mereka mempunyai sengat yang hebat jika diganggu.

Semoga, kita terus menghayati Islam, semoga Allah memberi keselamatan kepada kita semua di dunia dan di akhirat.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-fakri ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
19 Mei 09 jam 8.45 pagi
Masjid Umar di sebelah Church of Nativity, di Bethlahem, tempat Nabi Isa dilahirkan
Church of Nativity

Di dalam
Tempat di mana Nabi Isa dilahirkan
suasana di dalam Church of Nativity
Lambang kristian ini digunakan hanya di Jerusalem sahaja, tidak di mana-mana dunia lain.
Gereja tempat salib. Ia di dalam kota Jerusalem. Masjid Umar hanya 100 meter dari sini.
Bagi orang kristian, Isa a.s telah disalib, bagi orang Islam, yang disalib bukan Nabi Isa. tapi orang lain yang telah diserupakan oleh Allah. Gambar adalah tempat di mana orang diserupakan dengan Isa ini diletakkan setelah mati disalib.
llusi pelukis yang menggambarkan mengenai sejarah batu di atas
Kebanyakkan kristian di dunia meyakini Isa dimakamkan di sini sebelum jasadnya hilang. Bagi kristian Protestan, mereka menganggap perkara ini tidak benar. Ini kerana, dari zaman dulu lagi, tidak akan ada kubur di dalam kota Jerusalem. Semuanya mesti diluar tembok Jerusalem. Bagaimana tempat ini boleh dikatakan sebagai kubur Isa.
Orang memasang lilin ditepi makam
Mereka menyalakan lilin kemudian mematikannya untuk dibawa balik kerumah. Kononnya untuk menjadikan lilin ini ada kelebihannya
Perjanjian Umariyyah di masjid Umar di Jerusalem
Suasana Masjid Umar di Jerusalem dari dalam

4 comments:

KA said...

salam ustaz....minta izin letak artikel ni dlm blog...saya akan linkkan blk ke blog ustaz...terima kasih...

Ustaz Amin said...

silakan

stereotheisme said...

Salaam Pak Ustaz..

siapakah yg diserupakan dg Nabi Isa untuk disalib itu..?

Terima Kasih Ustaz..

Salaam.

Anonymous said...

Salam ustaz~
Boleh saya tahu isi kandungan yg terdapat dalam perjanjian Umariyyah tersebut.

Insan Ingin Tahu.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...