Saturday, May 2, 2009

Universiti Kehidupan 59 -Laut Mati

Kita nak kongsi sikit pengajaran dari kisah laut mati, tempat paling rendah di dunia iaitu 411 meter dari paras laut.
Laut mati merupakan sebuah tasik besar seluas 60 km panjang. Rasa airnya terlalu masin sehinggakan seperti terasa pedas di lidah jika merasanya. Tidak ada hidupan di sini Ia merupakan Kota Sodom iaitu kota kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosex. Kemurkaan Allah menyebabkan bumi ini diterbalikkan dihenyak hingga teggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan yang beriman diselamatkan Allah dan tinggal di Jerusalem. Dari tempat ini ke Jerusalem lebih kurang 60 km.
Melawat tempat seperti ini disebut oleh Allah di dalam al-Quran untuk kita mengambil iktibar. Di dalam al-Quran Allah menyatakan:-
Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa.

kita digalakkan pergi bukan untuk bersuka ria tetapi dengan 4 perkara

1. mengetahui sejarah kaum tersebut
2. mengetahui jenis penderhakaan mereka
3. mengetahui azab yang diturunkan
4. mengambil iktibar akan cerita tersebut.

Saya, Hj Otman, Abang Aziz dan Dato Yahya mandi di sini, manakala Helmi, Haji Esa dan Hj Jaafar hanya menunggu sahaja
Kami seperti terapung-apung dipermukaan air dan tidak tengelam. Barangkali beginilah perasaan itik ketika berada di dalam air.

Yang menarik di laut mati ialah ia menceritakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah terhadap kaum Luth. Mereka telah mendustakan apa yang telah di sampaikan oleh Nabi Luth. Maka diterbalikkan bumi ini.

Kesan kemurkaan ini hinggakan Allah tidak membenarkan sesuatu makhluk pun hidup di dalamnya. Laut mati tidak berpenghuni. Ia tidak didiami oleh hidupan laut. Kandungan garamnya menyebabkan tiada hidupan yang boleh hidup.

Hal ini berlaku juga pada lumpur laut mati. Oleh kerana tanah di tempat ini telah Allah jadikan untuk menghapuskan makhluk yang tidak baik, Allah meletakkan juga pada lumpur laut mati kelebihan yang sama. Ia mempunyai khasiat untuk membuang perkara yang tidak baik dari diri kita seperti membuang sel-sel kulit yang mati. Ramai orang yang mandi di sini melumurkan muka dan badan mereka dengan lumpur di sini. Ada orang yang membuat produk kecantikan dari lumpur laut mati ini. Ia merupakan produk kulit yang terkenal di dunia sebagai produk hasil bumi yang dapat memperbaiki penyakit yang berkaitan dengan kulit.
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad Abdullah
Jacir Palace Inter Continental Bethlaham
2 Mei o9, jam 7.45 pagi
Laut mati dari sebelah Israel
Ramai yang datang untuk mandi, airnya melekit sepeti berminyak
Kita tidak akan tenggeam di sini
Yahudi Ortodox mempunyai tempat mandinya sendiri dan tidak campur dengan orang lain.
Allah jadikan juga kelebihan pada lumpur laut mati dapat menghilangkan perkara tidak baik dari badan seperti sakit kulit (gambar- cuba teka siapa?)
Setelah disapu lumpur, kulit nampak lebih licin dan segar. Maha suci Allah yang menjadi semua perakara ada kelebihannya. (gambar - Cuba teka siapa?)

28 comments:

Shahabudeen Jalil said...

setahu saya, tak boleh enjoy macam nie di laut mati. Tu tempat yang dilaknat Allah.. kita boleh pergi, tengok dan ambil iktibar.

Kalau dok main2 terapung, atau main2 dengan lumpur macam nie,ini dah macam melancong dan berseronok.

Moga ustaz kita diberi panduan.

Cuba tengok hadith yang nabi arahkan unta2nya untuk cepat bergerak supaya dapat melalui satu2 tempat tu dengan cepat kerana tempat itu pernah diturunkan bala.

Nabi takde plak pergi mandi2, main lumpur kat situ.

Yang kata lumpur tu berkhasiat untuk kulit pun tidak ada dalil Quran dan tidak ada kajian yang tepat.

Moga ustaz diberi petunjuk.

Anonymous said...

x yah la extreme sgt. benda tu bukan dosa pun. kalau x masuk dalam air cana nak tau tahap apungannya. kalau stakat nak amik iktibar, x yah g sana dari sini pun blh..

nurhidayah said...

Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Kalau melalui kawasan Laut Mati pun diorang perlu menundukkan kepala supaya diorang tak melihat laut tu. Punya nya la benci nya pada Laut Mati. Kita sekarang siap cakap Laut Mati berkat. Tok Imam pergi mandi bawa pelampung. Pastu bawa balik pula air nya dalam botol untuk dimandikan anak cucu. Ambil berkat kata nya. Berkat apa jadah dah kalau dilaknat. Air Laut Mati tu makruh hukum nya kalau digunakan. Haih!

Lain kali kalau tak tahu tanya. Jangan pandai - pandai cakap itu berkat. Ini halal dan itu haram. Pastu lu ingat dari mana asal perkatan sodom nie. Dari kota Sodom la. Sodomy = Liwat. Sekian..

man said...

buat ape nak sukat tahap apungan laut tu?? u pegi sana nak ambil ikhtibar ke or nak buat kajian sains??? fikir2 lah sendiri..........

Unknown said...

Laut mati tempat yg dilaknat Allah S.W.T, sesuaikah kita enjoy di sana dan bersuka suka??

Kena belajar balik nampaknya..

wslam..

Ismail said...

hmm.. tu ler. buat apa nak mandi tempat di laknat macam tu. haih, kalau dah ustaz buat macam tu, orang biasa macam kami ni lagi la... ustaz kena la tunjuk contoh elok... haihhh..

Anonymous said...

Assalamualaikum ya ikhwan...jgn extreme sgt brader..xkn mandi kat laut mati boleh jd isu..bkn berdosa pon..either kite nk mandi or amik iktibar dua2 pon boleh..mmg tempat tu pnh mendapat bala..kite sdr x yg kat malaysia sendiri pon bile2 mase pon boleh dpt bala??.maksiat berleluase..pemimpin x adil..fitnah-memfitnah??

haz@ris said...

bukan extreme .. cuma kita kena lah sama belajat dan saling mengingati. kalau dah memang para ulama sendiri menyatakan makruh kenapa kita hendak teruskan lagi. bukankah baik untu kita saling mengingati. tinggalkan yang ragu2 .. kalau sedikit2 kita kurangkan yang makruh.. apatah lagi yang haram.. maka Insyaallah .. walau dimana kita berada akan dilindungi Allah.

hamba Allah said...

sedih tgk org islam yang berilmu bersuka ria ditempat yang dilaknati Allah swt.

hamba Allah said...

sedih tengok orang yang berilmu suka ria di laut mati yang mana terang-terangan tempat tersebut dilaknat oleh Allah.

Anonymous said...

kita patut lebih sedih, dengan ujian yg Allah SWT turunkan kpd kita, dimana kita masih lg tidak sedar, Seseorang yg sesetengah pihak agungkan sebagai pemimpin, banyak kali melakukan dosa besar, baik yg terbukti melalui video, ataupun lain tp masih lg tidak diperangi. Bila ustaz mandi laut mati, ramaila plak yg konplen, ckp zaman dulu nabi pun tak buat etc, tp ade ker korng pernah terfikir, takkanlah bakal PM kita nk pilih org yg Menyondol bontot mcm kaum sadum (SODOM). ini boleh buktikan setiap ceramah mesti ada ".. Mestilah kamu taat kepada pemimpin,,.." tp kena habiskan ayat tu "..dan memerangi mereka jika mereka melakukan dosa-dosa besar.." Haa.. xcukup lagi ker? siap video berzina pun ada tp ramai yg xpercaya.. Wallahualam..sama-sama lah kita doakan tuhan membukakan hati kita kepada perkara yg benar. Cuba ambil contoh PM sekarang mana ada marah2.. cool jer..

la_abwa said...

assalamu'alaikum,

Saya baru jer baca entry ustaz ni saja nak cari kepastian. Saya melawat Laut mati ni tahun 1996 (januari) sebelum pergi ke baitul muqaddis(palestin). Balik dr sana sy ada tanya sorang studen hadis yg blajar di mesir ttg hukum guna air laut mati dan bahan2 darinya dia kata harus. Tp saya lupa nama ustaz tu masa tu dia masih student. saya tak mandi pun cuma celup tangan jer.. itupun dah masin.

lepas tu sy baca banyak pandangan yg berbeza ttg hal ini dan seharusnya kita berlapang dada. Kalau nak kira tempat dan orang yg dilaknat banyak . Malah Di Mekah pun ramai musuh Allah yg mati di sana. Begitu juga di Mesir masih ada mami firaun dan laut merah yg menenggelamkan firaun pun masih terbentang. Apakah kita tak boleh guna air laut merah untuk wudhu' kerana Firaun pernah mati disana? Firaun lagi teruk sebab mengaku tuhan.

Begitu juga kaum nabi Noh.. ada yg engkar dan tenggelam dek Bah besar. Mereka juga kaum yg dilaknat. Apakah benar laut mati ini menjadi masin dan lumpurnya berkhasiat disebabkan manusia yg durhaka ? ada baiknya kita kaji dari sewangannya taksub dengan satu hadis shj.

Allahuaklam.

la_abwa said...

Liwat adalah dimurkai Allah. Mensyirikkan Allah pula dosa yg tak terampun. Menuduh orang melakukan liwat amatlah besar dosanya. Islam mengajar umatnya mendatangkan saksi ke atas tuduhan bukan menerima sahaj apa yg ditulis dalam akhbar. sedangkan akhbar yg sama juag turut memparkan gambar2 yg mencemar nama baik agama (gambar artis2 yg seksi contohnya)

Siap yg menuduh tanpa bukti dan terbukti pula tuduhan itu bermotifkan politik, fikirlah tempat kamu di akhirat. sanggupkan mendatangkan saksi di hadapan Allah? Lebbih baik berdiam diri dari menuduh. Sikap cool bukan jaminan mrk benar.

malah pemborosan juga dilaknat dan dikatakan sebagai kawan syaitan. oleh itu, jgn kita terikut2 orang menuduh sedangkan kita hanya baca dan percaya satu pihak dan lain hal kita tutup mata.

kena faham hukum hakam sebelum ajak orang menuduh dan percaya dgn tuduhan. Kena lihat juga kepelikan kes.Islam melarang seseorang mengaibkan org lain dan membukan aib sendiri.Allah dah tetapkan hukuman bagi sesuatu kesalahan, jgn kita pulak buat hukuman lain macam kita tuhan.Fikirlah.

cicit Daeng Man said...

Tak salah kita akur pada nasihat yang baik. Syukur pada Allah kerana masih ada yang peduli dan prihatin memberikan nasihat yang baik. Bagaimana jika Allah palingkan hati kita dan tatkala itu tidak ada seorang pun peduli dan prihatin untuk memberikan nasihat pada kita. Sebagai Ustaz, tidak salah kita raikan nasihat yang baik-baik. sama-sama kita tanamkan dalam hati kita agar menjauhi i'jabin Nafsi. Sesungguhnya apabila seseorang itu sudah melanda penyakit i'jabin Nafsi hinggakan orang bagi nasihat pada kita kita tolak, kita tuduh pula org tu ekstrem dan sebagainya. Yang tak sependapat dengan kita kita, kata ekstrem. yang sependapat dgn kita, kita kata ha yang ni bagus. dari mana datangnya ukuran itu? apakah dari ilmu dan iman atau dari nafsu? sama-sama kita muhasabah.Sama-sama kita pohon di jauhkan dari 7 wabak penyakit yang boleh merosakkan seseorang dai'e ( rujuk kitab Wabak Sepanjang Jalan). Sekian, terima kasih. Hanya Allah yang Maha Tahu.

Anonymous said...

ahahahahaaa.....kalau kita kurang pandai tentang agama jangan lah kita tunjuk pandai...ustaz tu mandi lumpur kan......tujuan nye adalah mengubati penyakit iaitu membuang benda tak elok pada kulit....x salah kita buat sambil bersuka ria......islam ada ke menegah kita bersuka ria.....??? kepada SHAHABUDEEN JALIL anda jangan terlalu menuduh....gambar memang nampak mcm bersuka ria....niat hati siapa yang tau???anda malaikat ke nk nilai dalaman orang?

Anonymous said...

apekebangang nyer.1 mandi di laut mati adalah harus and makruh..kl xperlu mandi xpyh mandi.kl mandi pn xdpt pe2 cume nabi pesan mcm sahabat kite cite pada zaman sahabat dl. menuduh org membuat zina liwat semua kl ade bukti xpe p ni mahkamah pn cakap si fulan xbersalah so ko nak ckp pe..no body perfect la bro.at least kite bersedia untuk berubah..yg memerintah skrg pn ape kurangnyer..jgn dok taksub sgt la dengan yg skrg.try dl bg kat pembangkang 5 tahun.tgk pe jadi.kl xberkenan tukarla balik.amarica ok je tukar2 president.hu2.. niat amal dan sampaikan pada org laine

Anonymous said...

gaduh2 sama islam....hish..pastu masuk hal politik plak...jangan bersifat majusi or yahudi k smua2.....malaikat tak menilai..hanya Allah Azjawajalla sahaja..nak bercakap guna Hadis,belajar dulu.Rasullullah dah wafat,Dia meninggalkan Alquran,k.ambil fahamla..jangan Bodoh sangat semua2k.

MaisarahShariff said...

to Anonymous . tak perlulah sebegitu sekali . Jangan nak memandai mandai nak tunjuk pandai . Semua benda ni biar diserahkan kat orang yang lebih tahu :) takperlu nak mengutuk ngutuk orang bagai . assalamualaikum ^^

najwanurulfathimah said...

sorry.. saya betul2 tak paham tentang hukum haramnya laut mati.. saya nak dapatkan kepastian tentang laut mati sama ada haram ke bagi kite orang muslim gunakan apa2 yang bersumberkan laut mati?? sebab sekarang saya berkerja menjual produk kecantikan dari laut mati. moga yang berilmu dapat share ape yang patut, supaya saya tidak ragu2 dalam menjalankan tugas saya.. assalammualaikum..

Anonymous said...

xda beza kalau utk tujuan perubatan yg terakhir..contohnya dkt hospital pun utk penyakit kritikal ada yg gunakan insulin bila teruk..ada doktor ckp, 2 insulin yg biasa diguna..dr sel singa dgn babi..tp majoriti diguna ialah babi..sbb singa susah dpt..atas diri masing2 nk terima insulin babi atau tggu maut..ada jgk yg xsanggup biar dlm diri berjalan sel haiwan haram..ada jgk yg redha..mcmana plk hal nya laut mati? kalau utk perubatan yg akhir..rasa jawapannya agak sama..apepun igt pada Tuhan byk2..

Anonymous said...

Serius lawak tgk comment suma, mcm suma x betul pun ye, tu la bila masing ada ilmu agama, suma tunjuk.bakat masing2, mndi laut je kot, klu x wat dosa waktu mndi laut, kira ok la tutu, lgpun garam elok tuk kulit, xde yg kata dosa mndi kt laut tu, korg pun xde bukti yg sah

Anonymous said...

PADA ada suatu hari, Rasulullah dan para pengikutnya telah bermusafir untuk menghadapi Perang Tabuk. Sebelum meneruskan perjalanan, mereka singgah di suatu tempat untuk beristirehat.

Sambil beristirehat, para sahabat berjalan-jalan menuju ke satu longgokan batu-batan. Batu-batan itu adalah kesan peninggalan kaum Tsamud pada zaman Nabi Saleh.

Ketika melalui kawasan tersebut, mereka menjumpai beberapa buah perigi. Perigi-perigi itu pernah digunakan oleh kaum Tsamud sebagai sumber minuman dan ternakan mereka.

Lalu para sahabat mengambil air dari perigi itu untuk menghilangkan dahaga. Mereka juga menggunakan air tersebut untuk mengadun roti.

Apabila Rasulullah mengetahui tentang perkara tersebut, baginda melarang mereka menggunakan air itu. Baginda juga menyuruh para sahabat supaya membuang adunan roti itu untuk dijadikan makanan unta.

Kemudian Rasulullah mengajak pengikutnya berpindah ke perigi yang pernah digunakan oleh unta Nabi Saleh. Walau bagaimanapun, baginda melarang mereka memasuki wilayah kaum Tsamud yang telah diazab oleh Allah suatu ketika dahulu.

Baginda bersabda, "Aku khuatir kalau kamu akan ditimpa azab seperti yang pernah menimpa kaum Tsamud. Oleh itu janganlah kamu masuk ke wilayah mereka".

Baginda juga bersabda, "Jangan kamu menjejakkan kaki ke tempat orang-orang yang pernah diseksa, kecuali kamu menangis. Sekiranya kamu tidak boleh menangis, jangan sekali-kali kamu menjejakkan kaki ke sana jika tidak ingin ditimpa bencana seperti yang mereka alami".
Kaum Nabi Lut juga diazab oleh Allah dengan menterbalik kan bumi iaitu di Laut Mati sekarang

Pomen kg said...

Buang yang keroh ambil yang jernih..

Pomen kg said...

Buang yang keroh ambil yang jernih..

Anonymous said...

Rasanya lebih elok dengar kata rasulullah. Semua nasihatnya datang dari Allah. Ada hikmah. Tapi kalau nk ikut pendapat sendiri terpulang lah.

Unknown said...

Anda ni ustaz yg post tu ke..susah nk terima teguran ye..ade je mnjawab..cuba muhasabah diri tu balik..org tegur,diam n pikir...bukan cari alasan nk belitkan..

Firdaus Daud said...

Yang ni saya setuju sangat. Sabahat dan Nabi pergi sana perasaannya keluh kesah, risau, org sekarang pergi sana bersuka ria..

Anonymous said...

Title Ustaz syok sendiri ni susah nak dgr nasihat orang. Bodoh sombong punya orang ..lepastu dh koyak reply anonymous, tahu pula malu nak reply sendiri.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...