Sunday, April 4, 2010

Diari 198 – Perkuburan Syara’ik

Hari ini 3 April 2010, selepas jamuan di Hotel Hj. Arshad, anak-anak al-Ijabah akan di dedahkan dengan penghantaran mayat dari Masjidil Haram ke kubur.

Ada dua tanah perkuburan yang besar di sini, iaitu Ma’la dan Syara’ik.  Hari ini, kami pergi ke Syara’ik

Semua anak-anak Ijabah bersolat asar di Masjdil Haram. Setelah solat Asar, kami menunggu untuk solat jenazah.

IMG_6002

Tamat sahaja solat jenazah, kami terus ke tempat van jenazah. Di sini biasanya akan disediakan dua buah coaster untuk membawa sesiapa yang ingin menghantar jenazah ke tanah perkuburan

Ada tabung khairat kematian di dalam coaster ini.

van jenazah dan coaster memecut laju ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan Syara’ik agak jauh, lebih kurang 40 minit perjalanan dari Masjdil Haram

Tanah perkuburan Syara’ik

Untuk naik ke tanah perkuburan, tidak dibenarkan memakai kasut. Sesampai sahaja di tanah perkuburan ini, bau mayat telah dapat dihidu. Saya yang biasa bau mayat dapat mengesan bau ini dengan cepat. Ia seperti bau bangkai ayam tapi lebih menusuk lagi…

Tanah perkuburan di sini telah siap dibina. Ia seperti kubur Islam di negeri China. Sesiapa nak membacanya boleh melawat entri di bawah.

http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-150-khutbah-jenazah.html

http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-151-pengebumian.html

http://www.ustazamin.com/2010/01/diari-152-apa-orang-china-muslim-di.html

Ia adalah satu lubang konkrit yang telah dibina sedalam 8 kaki. Hanya ada dua penutup bagi satu-satu lubang kubur.

Akan ada tiga orang yang menunggu di bawah dan mayat akan dimasukkan

Sarung mayat berwarna coklat akan dibukan dan tinggal kain kafan sahaja.

Urusan dibuat dengan pantas sekali

Selepas itu, akan dihulurkan tangga untuk orang dibawah naik.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali, di mana dan bila, kita tak tahu, yang boleh diusahakan ialah bagaimana kita mati, di dalam keadaan diredhai atau tidak…

2 penutup konkrit akan diletakkan di atas pintu kubur

Kemudian mereka akan menutup pintu konkrit itu dengan rumput kering.

Rumput kering akan diratakan di atas kubur

Selepas itu, beberapa baldi air akan dituangkan pada tanah kubur untuk menjadikan tanah kubur itu mampat.

Setelah itu, barulah tanah itu diratakan atas kubur. Tanah yang digunakan untuk menutup kubur itu satu kaki lebih sahaja. Kalau nak dikira, memang senang nak buka balik kubur ni. Oleh kerana timbusan tanah tidak berapa banyak, maka, perkuburan di sini agak berbau

IMG_6008

Kenangan anak-anak Ijabah di perkuburan Syara’ik

IMG_6009

Papan tanda doa di tanah kubur

IMG_6011

Sehebat mana kita, ditinggalkan sendirian untuk menghadap Allah

IMG_6034

Bersama pemandu coaster ke tanah perkuburan

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

19 Rabiul Akhir 1431/4 April 2010 jam 3.00 petang

1 comment:

Ayasu Kuro-Obi said...

assalamualaikum ustaz, umrah baru2 ni rasanya ada ternampak ustaz di hotel Manazil, masa tu Che Lie (Manzlie) dan Hj.Arshad ada sama, kalau tak silap lah ustazlah org nya.

Saya hanya sempat angkat jenazah je, dari van ke dlm masjidil haram, dan bwk masuk smula ke van, tapi x ikut hantar ke kubur, x biasa sekpon karang diorang tinggal saya situ, duit dah la x bwk...hehe...

Saiful, Kemaman, Trg

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...