Sunday, April 4, 2010

Diari 197 – Jemputan Makan Tengah Hari Bersama Haji Arshad Sekeluarga

“Hah Ustaz, tak makan kat hotel lagi ke?” kata Hamdi setiap kali saya menelifonnya untuk memintanya agar tidak masak .

Dia adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan makan kami selama kami berada di Mekah ini. Sudah beberapa kali, kami tidak makan di hotel kerana memenuhi jemputan luar.

Hari ini, 3 April 2010 jam 2 petang, selepas menziarahi Tuan Guru Baba Haji Yusuf, anak-anak al-Ijabah memenuhi jemputan makan tengah hari bersama Haji Arshad dan keluarga beliau di Hotel Manzil Raid Mekah.

Beliau adalah pengurus hotel di sini.

Selepas solat zuhur, anak-anak Ijabah ada yang sudah pergi sendiri. Sekitar Masjdil Haram sudah menjadi seperti kampung mereka. Ke sana dan ke sini sudah tidak perlu berteman.

Saya mengambil van sewa bagi ibu saya yang memilih untuk menaiki van kerana tak larat nak jalan. Ibu saya bersama anak-anak perempuan al-Ijabah dan beberapa lagi menaiki van ke Hotel Manzil Raid.

Sampai di sana, hidangan telah dihidangkan. Kami semua naik dan menjamu selera.

Anak-anak Ijabah mendapat tuah lagi apabila mendapat hadiah Riyal 50 seorang. Bukan main senyum lagi, sampai ke telinga.

“Rezki kamu semua… cuma balik nanti, belajar rajin-rajin” pesan saya pada mereka.

Kami di hotel ini sampai hampir masuk waktu Asar.

Lepas Asar hari ini, anak-anak Ijabah akan di dedahkan dengan penghataran jenazah ke tanah perkuburan di tanah haram ini.

Mereka akan dibawa ke perkuburan Syara’ik, Mekah al-Mukarramah, melihat bagaiman jenazah dikebumikan di sini. Semoga mendapat pendedahan berguna buat mereka.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

19 Rabiul Akhir 1431/4 April 2010 jam 12.15 tengah malam

IMG_5939

Haji Arshad, kiri gambar.

IMG_5944 

IMG_5952

IMG_5954

IMG_5986

anak-anak Ijabah mendapat Riyal 50 seorang

IMG_5996

Kenangan di Manzil Raid anak-anak Ijabah dan pihak pengurus hotel.

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...