Ahad 18 April 2010, selepas kuliah Subuh di Surau Seksyen 11 Shah Alam, saya memenuhi undangan bagi program Seminar Fiqh Pergigian di UiTM Shah Alam.
Program bermula jam 8.30 pagi dengan bacaan doa.
Selepas itu, semua yang hadir melaungkan lagu “Negaraku” dan lagu “UiTM Di Hatiku”
Program dirasmikan oleh Tim. Dekan Akademi Fakulti Pergigian. Prof Madya Datin Dr. Mahyuni Dato’ Masud.
Jam 9.00 pagi, Saya memulakan perbentangan dengan membahaskan Tasawwur Fiqh Pergigian.
Kemudian, perbentangan diteruskan kepada prinsip Qawaid Fiqhiyyah (Legal Maxim) yang digunakan untuk membahaskan fiqh pergigian ini.
Semua peserta berehat jam 10.00 untuk sarapan pagi. Jam 10.40, program diteruskan dengan forum bertajuk “Islam dan Pergigian”
Forum ini berlangsung hingga jam 1.00 tengah hari. Berbagai persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan Islam dan pergigian.
Saya mengucapkan tahniah kepada Dental Students Association (DENSA) Universiti Teknologi Mara ini yang menganjurkan program kefahaman Islam ini.
Di dalam hadis, Nabi saw menyatakan bahawa:-
“Jika Allah menghendaki kebaikan pada seseorang , akan difahamkan mereka mengenai agama”
Secara peribadi saya melihat, kebanyakkan orang Islam sudah mula kembali kepada Islam terutama generasi muda yang terpelajar. Sekularisme telah mula ditinggalkan.
Dengan izin Allah, saya telah berprogram dengan banyak pelajar dan persatuan pelajar. Di dalam mahupun di luar negara, di Rusia, Korea, belum lagi yang duduk di negara-negara Arab, begitu juga di Malaysia.
Kebanyakkan pelajar-pelajar sekarang sudah menghampiri Islam dan berusaha untuk meningkatkan kefahaman terhadapnya.
Gelombang pengamalan Islam di kalangan generasi muda memberi maksud bahawa tidak lama lagi, dunia akan dilapisi dengan generasi yang inginkan Islam, satu petanda bagi berakhirnya zaman sekularisme.
Saya melihat wajah-wajah setiap mereka. Begitu berminat untuk memahami mengenai fiqh pergigian ini.
Di bawah ini, saya kongsikan persoalan yang ditimbulkan sewaktu forum Seminar Fiqh Pergigian ini antaranya:-
1. ‘Surgical Procedure’ yang melibatkan kecantikan, apakah pilihan yang boleh diberikan (pembedahan) dan apa kata Islam mengenainya
2. Apa hukum bagi tujuan pesakit membuat pembedahan untuk Kecantikan
3. Rawatan implant dan bridge, bagaimana cara penerangan dari aspek feqah untuk terangkan kepada pesakit. Bolehkah pesakit yang meninggal dunia membawa implant (kena keluarkan balik atau tidak)?
4. Perlukah doktor yang membuat minor surgery memberi option kepada pesakit untuk membuat LA (kena buat banyak kali. Pembedahan empat gigi) atau GA (memerlukan pesakit untuk tidur dan terdedah aurat).
5. Perlukah diikut jika diarahkan membuka tudung atau inner di dalam dewan bedah (mengelakkan infection) sedangkan pelajar hanya memerhati. (Ada hospital suruh buka, ada hospital tidak suruh buka). Perlukah diikut peraturan itu.
6. Apakah hukum gaji locum kepada doktor gigi baru graduate yang membuatnya di swasta walaupun tidak mendapat kebenaran oleh kerajaan.
7. Adakah doktor perlu menasihati pesakit yang memakai susuk setelah doktor menyedari kehadiran bahan itu selepas membuat radiograph. Bagaimana untuk ‘approach’ pesakit itu.
8. Bolehkah dentist wanita memakai minyak wangi bagi mengelakkan badan berbau dan ketidakselesaan pesakit. Bolehkah berhias diri demi pesakit?
9. Apakah haram menggunakan tulang untuk dijadikan bahan fluoride yang terkandung di dalam ubat gigi? Adakah sumber tulang itu perlu disembelih?
Inilah di antara persoalan yang dikongsikan di dalam seminar Fiqh Pergigian ini.
Selepas ini, UiTM berhasrat untuk mengadakan Simposium Kebangsaan mengenai fiqh pergigian ini.
Semoga ia dapat di laksanakan untuk memantapkan lagi kefahaman Islam di dalam bidang perubatan ini, amin..
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
5 Jamadil Awal 1431/ 19 April 2010 jam 10.30 malam
Antara AJK terlibat
Dimulakan dengan bacaan doa
Pengerusi Majlis
Program dirasmikan oleh Tim. Dekan Akademi Fakulti Pergigian. Prof Madya Datin Dr. Mahyuni Dato’ Masud.
Perbentangan Fiqh Pergigian
Rehat
Cantik bagunan di UiTM ini.
Forum yang berlangsung lebih dua jam, banyak persoalan yang dapat dikongsikan
Kenangan bersama pelajar Pergigian UiTM
3 comments:
Assalamualaikum Ustaz Amin
salam ziarah
assalamualaikum Ustaz,
maaf mengganggu. Bolehkah Ust memberi jawapan utk soalan2 di atas?
saya memerlukannya, selaku bakal Dentist tahun hadapan. Trm kasih Ustaz. Saya menghargainya.
assalam wbt . Jawapan apa diberi : Apakah hukum gaji locum kepada doktor gigi baru graduate yang membuatnya di swasta walaupun tidak mendapat kebenaran oleh kerajaan??
Post a Comment