17 April 2010 jam 9.00 malam, kesempatan berada di Johor ini, saya dijemput untuk satu lagi ceramah Maulidur Rasul di Taman Timor Skudai Johor.
Sambutan Maulidur Rasul di sini telah dimulakan sejak semalam. Berbagai aktiviti disusun untuk warga di sini dan kemuncaknya ialah ceramah malam ini.
Program sebegini memang bagus kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan antara tetangga.
Bermula dengan gotong royong memasak, berarak, berselawat, warga di sini bersama-sama membahu menjayakan sambutan ini.
Ada yang masak, ada yang menyiapkan pentas, ada menderma seekor kambing untuk majlis ini.
Apa yang paling baik dalam majlis ini ialah, generasi anak-anak kecil yang diajak untuk bersama di dalamnya. Paling kurang, keterlibatan mereka, dapat mendedahkan mereka dengan sambutan majlis-majlis yang baik untuk pembentukkan personaliti mereka.
Kalau dari kecil sering datang ke majlis mungkar, sudah tentu pembentukan personaliti lebih menjurus pada pendedahan tersebut.
Kedatangan saya disambut oleh AJK surau ini. Malam ini, saya membawa pendekatan ceramah semi--multimedia. Tidak penuh multimedia seperti di Yayasan restu tempohari.
Saya dipersilakan untuk menjamu selera dahulu.
“Semua gotong royong masak sendiri ni ustaz” kata salah seorang AJK di sini pada saya.
“Memang bagus tu, jadi ukhwah antara sesama kita akan semakin kuat” kata saya pula.
Majlis dimulakan dengan bacaan selawat oleh AJK surau. Kemudian, persembahan selawat dan nasyid oleh anak-anak kecil kawasan ini.
Gembira saya melihat generasi pelapis ini. Semoga, majlis mencintai Nabi seperti ini mendarah daging dalam diri mereka.
Ceramah bermula jam 9.40 malam dan tamat jam 10.45 malam.
Tamat progam, saya difahamkan, ramai juga para ustaz yang bersama-sama di dalam program malam ini.
Ini kelebihan para ustaz sekitar sini. Sebab budaya kebanyakan di Malaysia, jarang para ustaz duduk di majlis ilmu ustaz lain.
Salah seorang yang saya temu ialah sahabat saya ketika belajar dahulu, Ustaz Rifqi.
Malam ini, saya dan rombongan terus bertolak pulang ke Selangor kerana subuh esoknya terdapat kuliah Subuh di Sek 11 Shah Alam dan Seminar Fiqh Pergigian di UiTM selepas itu.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
4 Jamadil Awal 1431/18 April 2010 jam 9.45 malam
Susah juga nak cari taman ini, susah sebab tak biasa….
Bukan main besar lagi banner sambutan majlis malam ini
Surah al-Syakirin, tapak program malam ini.
Sebelum memulakan program, kami dipersilakan menjamu selera
Majlis dimulakan dengan selawat beramai-ramai oleh AJK Surau
Kemudian selawat dan nasyid dari anak-anak kecil di sini
Ceramah semi-multimedia mengenai mencintai Nabi saw
Selawat bersama-sama yang hadir
cenderamata untuk anak-anak generasi pelapis
Terima kasih, panjang umur jumpa lagi, insyaAllah….
2 comments:
Terima kasih kpd ust yg hadir ke tmpat kami dan merakamkan gambar untuk tatapan semua..zul
salam sye RAZALI BIN HAJI SHAMSUDIN(PENGURUSI SURAU TAMAN TIMUR) INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN TUAN MENYAMPAIKAN CERAMAH DI TEMPAT SYE,, HANYA TUHAN MAMPU MEMBALAS JASA TUAN..
Post a Comment