Hari ini, 3 April 2010, anak-anak al-Ijabah didedahkan dengan penghantaran mayat dari Masjidil Haram ke tanah perkuburan.
Selepas Magrib hari ini, saya membawa pula anak-anak Ijabah ke masjlis zikir dan selawat di Rusaifah Mekah al-Mukarramah
Majlis hari ini agak besar, di hadiri oleh banyak ulama dan orang-orang soleh dari sekitar kota Mekah dan Hadramaut Yaman.
Ketika kami sampai, majlis zikir telah bermula.
Di dalam majlis ini hari ini, terdapat ramai yang hadir, bukan sahaja dari Mekah tapi Turki, Eropah, sekitar negara-negara Arab dan lain-lain lagi.
Majlis zikir tamat dan kami bersolat isyak dengan berjemaah
Setelah solat Isyak, majlis bacaan selawat pula bermula, saya dipersilakan untuk duduk di atas ketika ini. Saya mengajak anak-anak Ijabah duduk berhampiran dengan saya
Ketika bermula, para hadirin di hidangkan dengan kek sebagai alas perut
Bacaan selawat malam ini dari berbagai kitab, dari Berzanji, Dibaie, Burdah dan Diyaul Lami’, dan sebagainya. Tetamu semakin ramai.
Malam ini, kami begitu merasa merindui Allah dan Rasul saw ketika bait-bait selawat itu dibacakan.
Ada antara rombongan Ijabah hingga menitiskan air mata…
Apa yang menarik, selepas hidangan kek diberikan, kami diberikan setiap seorang kayu sugi…
Salam dan sejahtera kepadamu wahai Kekasih Allah….
Para hadirin sama-sama membacakan selawat pada Nabi saw.
Saf hadapan yang memimpin bacaan selawat
Selepas tamat, kami semua dijamu dengan nasi Mandy kambing.
Bersama Habib Aidit dari Seiyun Hadramaut
Anak Ijabah bergambar kenangan dengan Habib Aidit. Beliau mendoakan agar kompleks Yayasan al-Ijabah dibantu Allah, amin…
Anak-anak Ijabah juga dikenalkan dengan Habib Ali al-Haddad (kiri saya) dan Habib Alwi al-Haddad (kanan saya)
Mereka berdua juga mendoakan untuk kebaikan kami semua dan kompleks Yayasan al-Ijabah dibantu Allah, amin….
Kami disambut pula oleh Habib Muhammad Jaafar Jamalullail.
“Sultan kamu tu (Raja Perlis) saudara saya…..” katanya
Habib Muhammad Jaafar kemudian berkongsi dengan kami peta kedudukan rumah Nabi dan sekitarnya di Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi saw.
Kenangan bersama Habib Muhammad Jaafar Jamalullail.
Semoga pendedahan menziarahi orang-orang soleh dan duduk di masjlis zikir dan selawat, memberi manfaat pada yang hadir terutama untuk anak-anak al-Ijabah, amin….
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah
19 Rabiul Akhir 1431/4 April 2010 jam 4.45 petang
1 comment:
salam ustaz,
kak nab kagum dengan segala aturcara2 yg ustaz lakukan bersama2 dgn anak ijabah ini sejak mereka sampai di bumi barakah ini. sebenarnya hari2 kak nab baca, tapi tak tinggalkan komen. petang tadi pun kak nab tengok ustaz secara live di beli CL. alhamdulillah kerana mendoakan kami semua. amin!
Post a Comment