Tuesday, April 27, 2010

Diari 216 – Sekitar Pengalaman Ceramah Di Masjid Bunut, Brunei

Saya ingin kongsikan pengalaman, memberikan ceramah di Brunei ini.

Hari Ahad 25 April 2010 selepas Maghrib, saya dijemput untuk memenuhi kuliah Magrib di Masjid Bunut.

Pandangan awal saya ketika memberikan ceramah di sini agak mendebarkan.

Ini kerana, pada peringkat awal jemputan, kebenaran untuk berceramah di sini agak susah.

“Mereka nak lihat latar belang dahulu, Ahli Sunnah atau tidak” kata Awang Zulkifli yang menguruskan ceramah saya di sini.

Memang di Perlembangaan Brunei dengan tegas menjelaskan bahawa, negara ini adalah negara Islam yang berpegang aliran Ahli Sunnah Wal Jemaah.

Jadi, mana-mana fahaman lain dari Ahli Sunnah, dikawal dari sudut undang-undang.

Ketika gerakan Wahabi banyak di Nusantara, Di Brunei, ia dikawal dengan tegas dan tidak diberi lalaun sama sekali.

Alhamdulillah, inilah jasa yang ditinggalkan orang yang mula-mula menggubal Perlembangaan Brunei ini.

Saya bersolat jemaah di Masjid Bunut ini. Solat diketui oleh Imam Syeikh Idham Syeikh Idrus, adik saudara kepada Prof. Mahmud Saedon, tokoh undang-undang di Malaysia dan Brunei ini.

Selepas solat, saya dipersilakan untuk memberikan ceramah.

Tajuk yang saya bawakan ialah “Pengurusan Akhirat”.

Ceramah di sini perlu dihabiskan bertepatan dengan waktu Isyak. Jadi setiap ceramah hanyalah selama lebih kurang setangah jam sahaja..

Masjid di sini berhawa dingin dan sound systemnya memang terbaik.

Saya yang memang biasa dengan sound system memerhatikan sound system yang digunakan.

Di masjid al-Amirah (ceramah di masjid keesokkannya) saya memerhatikan mikrofon yang digunakan. Jenama “Shure” dan jika di Malaysia, mikrofon itu  berharga hampir 10 000 ringgit.

Kalau sound system begini, memanglah penceramah pun sedap nak ceramah, pendengar pun sedap nak dengar.

Sedikit sahaja suara dikeluarkan akan terdengar setiap gemersikan suara itu. Jika doa dialunkan dengan intonasi yang berqasidah, mampu menitiskan air mata pendengarnya.

“Mmm, kalau di Malaysia, sound system begini kan sedap” bisik hati saya.

Selepas ceramah, saya dan rombongan diajak untuk makan direstoran bersebelahan dengan masjid.

“Memang selalu ada makan di sini ke?” tanya saya.

“Tak, nak raikan ustaz sahaja” jawab Tuan Imam.

Majid bunut tidaklah besar, Cuma keceriaannya memang terserlah. Sebab itu ia memenangai pertandingan masjid terbaik di Brunei untuk tiga kali berturut-turut dan terpaksa dikecualikan dari terus bertanding untuk tiga kali berikutnya.

Kami mula bersalaman selepas jamaun selesai. Imam masjid Bunut menarik tangan saya ke satu sudut.

“Ustaz, ceramah ustaz Alhamdulillah, bagus, satu pesanana saya pada ustaz, teruslah berpegang dengan ayat ini sambil beliau membacakan kepada saya :-

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah (845) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(Surah an-Nahli ayat 125)

“InsyaAllah, saya akan sentiasa ingat” jawab saya.

“Doakan saya ye untuk terus berbakti pada agama ini” pinta saya.

“InsyaAllah, amin…” jawab Tuan Imam ringkas.

Semoga, perkenalan ini memberi kebaikan untuk terus berkasih sayang sesama muslim.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Selasa, 13 Jamadil Awal 1431/ 27 April 2010 jam 8.40 malam

IMG_8045

Salam pengenalan orang Brunei

IMG_8040

Tajuk ceramah kala ini ialah “Pengurusan Akhirat”

IMG_8031

sama seperti jemaah di Malaysia, dinding tempat terenak untuk mendengar ceramah

IMG_8034

IMG_8052

Dari kanan gambar, saya, Imam Syeikh Idham Syeikh Idrus, ketua kampung, dan Abang Zulkifli

IMG_8063

Jamuan di restoran selepas ceramah

IMG_8053

Auda (Awang dan Dayang) istilah untuk Encik dan Puan

IMG_8054

Almari maklumat setempat

1 comment:

Iskandar Zulkarnain said...

Seorang yang sentiasa belajar, mengajar dan berkongsi ilmu tidak akan putus-putus menacari dan mencurahkan ilmunya walau dimana sekali ia berada. Pilihan adalah ditangan kita.

Insya Allah nantikan undangan seterusnya dari Abang Dzul dan warga Brunei bagi sesi ceramah akan datang.

Kita mampu merancang dan serahkan selebihnya kepada ketentuan Allah SWT.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...