Tuesday, April 27, 2010

Diari 213 – Perjalanan Brunei

Perjalanan ke Brunie kali ini tidaklah sesibuk perjalanan saya ke tempat-tempat yang lain. Hari ini, subuh 24 April 2010, saya memenuhi undangan kuliah subuh di Masjid Kelana Petra Kelana Jaya.

Biasanya, waktu lain, setengah jam sebelum bertolak ke airport barulah mula mengemas baju kerana terlalu sibuk. Kala ini, masa agak lapang.

Jam 11.00 saya bertolak dari rumah dan singgah ke rumah ibu saya di Subang Jaya. Kemudian, terus ke LCCT. Penerbangan dijangka jam 1.10 tengah hari.

Jam 12.45 saya mula masuk ke ruangan menunggu.

Tempat duduk di dalam kapal kala ini ialah di tempat duduk nombor 15. Jam 1.20 tengah hari, kapal mula meninggalkan lapangan terbang LCCT.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bandar Sri Begawan mengambil masa 2 jam 20 minit. Di dalam kapal terbang kala ini, saya memenuhkan masa dengan membaca dan menjawab persoalan yang diajukan di dalam blog saya ini.

Jam 3.45 petang, kapal terbang mula mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Bandar Seri Begawan.

Saya di sambut oleh Abang Zul dan menginap di Voctech International House.

Malam ini, saya tidak mempunyai apa-apa program. Kesempatan yang ada, saya dikunjungi oleh sahabat Allahyarham ayah saya, Haji Dolah dan isterinya.

Berbual dengan sahabat Allahyarham ayah saya, mengenangkan kembali ingatan kepada beliau. Banyak Haji Dolah bercerita mengenai pengalamannya bersama Allahyarham ayah saya.

“Nanti telifon Mak, cakap nak kirim apa dari sini ye” kata Haji Dolah.

Beliau yang pernah belajar di UiTM dan mengambil Master di UKM begitu ramah.

Selepas Haji Dolah pulang, saya hanya bersiap untuk beberapa prgoram keesokkan paginya.

Esok saya ada pembentangan mengenai Sistem Ekonomi Islam di dalam Kursus Borong China (www.kursusborongchina.com) dan seterusnya memenuhi beberapa jemputan di sini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Voctech International House, Brunei

13 Jamadil Awal 1431/ 27 April 2010 jam 7.15 pagi

IMG_7706

Brunei dari atas

IMG_7709

Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei

IMG_7714

Sekitar Brunie

IMG_7715

Pasar seperti pasar lambak di negara kita

IMG_7736 

Sahabat Allahyarham ayahanda saya, Haji Dolah

2 comments:

My Life said...

SALAM USTAZ
SEMOGA SELAMAT SEMUANYA.. INSYAALLAH

Anonymous said...

assalamuaaikum ustaz..saya nak tanya ustaz haruskah kita buat kenduri arwah ayah mengikut hari iaitu 7/44/dan 100hari.selepas 7mlm buat tahlil dan bacaan quran 30 juzuk untuk arwah ayah hingga hari ini sudah 65 hari kenduri untuk arwah ayah blum buat.insyaalloh hari jumaat akan dtg saya abang dan adik2 akan buat apakah hukum pada pendapat ustaz?