Friday, April 16, 2010

Diari 206 – Macam-Macam Jenis Orang….

14 April 2010,jam 7.00 petang, saya memenuhi undangan kuliah Magrib di masjd SS4A, Kelana Jaya. Malam ini. Tajuk perbincangan malam ini ialah mengenai dosa-dosa besar.

Sedang saya memberikan pengisian, beberapa kali, saya dihubungi oleh beberapa orang kenalan saya melalui telifon saya. Telifon yang saya perlahankan “ringing”nya tetap agak mengganggu kosentrasi saya.

“Pelik, apa hal ni” kata saya.

Bertepatan habis memberikan kuliah, ketika semua jemaah sedang membuat saf untuk solat Isyak, saya dihubungi pula oleh Kak YM Raja Mazian (Bekas penerbit dan pengacara al-Hidayah TV3). Beliau suka membahasakan dirinya dengan nama Kak Yan.

“Kak, saya nak solat Isyak ni, nanti saya call balik ye” kata saya.

“Ok ustaz, nanti call kak balik ye, ada perkara penting ni” jawabnya.

Selesai solat isyak berjemaah, kami semua dijemput untuk turun ke bahagian bawah masjid. Jamuan nasi telah disediakan.

Memang kebiasaannya, selepas program malam di masjid-masjid, biasanya akan dihidangkan makan. Hidangan untuk para ustaz pula biasanya yang paling terbaik. Sebab itulah kebanyakkan ustaz tembam-tembam belaka.

Pernah di surau Desaria, Sunway, seorang jemaah, Dr. Ghafur menyapa saya:-

“Ustaz, malam ni, nasi lemak, bertambahlah kolestrol kita ustaz” katanya sambil tergelak kecil.

Berbalik pada kisah kita. Habis makan malam di Masiid SS4A Kelana Jaya ini, saya bertolak ke Kuala Lumpur. Ada satu lagi hal ingin diuruskan.

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, saya menghubungi Kak YM Raja Mazian.

“Assalamualaikum kak, apa cerita” tanya saya.

“Ustaz, betul ke ada anak buah ustaz namanya ustaz Rahim?” tanya Kak Yan.

“Tak ada kak, kenapa?” tanya saya hairan.

“Ustaz, ada seorang yang mengaku wakil ustaz kutip derma sekitar Sek. 9 Shah Alam” Jelas Kak Yan

“Ada kawan akak dia kena, dia bagi RM 200. Kalau betul memang anak buah ustaz tak apalah, kak takut kalau orang guna nama ustaz aje” kata Kak Yan lagi.

“Eh, tak ada tu kak” jawab saya ringkas.

“Yelah, saya pun tahu, ustaz tak pernah guna cara minta-minta macam tu” kata Kak Yan lagi.

“Isk, ada juga orang macam tu ye ustaz” kata Kak Yan lagi.

Setelah perbualan kami tamat, saya berfikir sendirian.

Beginilah kehidupan. Ada orang yang suka mengambil kesempatan untuk keuntungan mereka atas nama orang lain.

Tapi percayalah, cara ini tidak akan membuatkan seorang itu kaya.

Berbuat sesuatu dengan cara yang salah tidak akan menyebabkan kita berkembang dengan keberkatan.

Untuk keberkatan, kita memerlukan usaha yang murni dan jujur. Kerana, keberkatan lahir dengan yang baik.

Semoga orang itu diberi hidayah untuk bersifat benar di dalam tindakannya, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Taipan Shah Alam

Jumaat 2 Jamadil Awal 1431/16 April 2010 jam 6.00 petang

2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ustaz Amin

kadang yg pelik nya mereka itu disertakan dgn dokumen2 yg nampak asli


Wassalam

S said...

salam,

ustaz,
mencuri secara terhurmat.
smoga Allah memberi hidayah dan taufik kepada sipenipu itu.