“Muhamad, saya minta izin untuk gembirakan anak-anak kamu boleh?” kata Habib Ahmad Saga menghubungi saya.
“Boleh insyaAllah, tapi tak boleh lama ye, sebab kami semua nak berkemas, esok kami akan pulang ke Malaysia” jawab saya.
“Baiklah, dalam dua jam, kita makan-makan sikit” kata Habib Ahmad.
“InsyaAllah” jawab saya ringkas.
Malam ini, 4 April 2010, jam 8.00 malam, kami di bawa ke taman taman tema “Asmak Fattah” di Tariq Jiddah.
“Kat sini ke Ustaz, yee…, ari tu kami nampak tempat ni, berdoa juga untuk datang sini” kata anak-anak Ijabah pada saya.
“Mmm, makbul lah tu…” kata saya.
Kami dijemput untuk duduk di satu tempat.
Di sini, kami dijamu dengan manisan dan air kopi Arab.
Anak-anak Ijabah kemudian dijemput untuk ke tempat taman tema ini.
Gembira bukan main lagi anak-anak Ijabah. Hari akhir di tanah Haram ini, alhamdulillah mereka di raikan oleh sahabat saya di sini.
“ Haa.. yang ini semua kena naik…” kata Habib Saga pada saya. Beliau dan Habib Yusuf Lehyani juga turut bersama-sama.
“Haai… semua buat peninglah, biar anak-anak sahaja yang naiklah” kata saya.
“Ye lah, saya pun pening naik benda ni” kata Habib Ahmad yang mungkin tak pernah naik benda-benda macam ni sebelum ini.
Selepas itu, kami dijamu dengan makanan yang sedap. Habib Ahmad dan Habib Yusuf begitu gembira melihat anak-anak Ijabah gembira.
Selepas habis makan, tiba-tiba hujan turun dengan renyainya. Habib Yusuf keluar dari tempat makan kami, beliau kemudian berdoa panjang. Kami semua mengikut beliau keluar untuk berdoa bersama-sama.
Bumi Mekah memang jarang hujan. Jadi, Habib Yusuf merasa sangat dirahmati apabila selesai makan bersama anak yatim kita, hujan turun menyimbah kami.
“ Sudah berapa bulan hujan tidak turun, alhamdulillah, mudah-mudahan berkat” kata Habib Ahmad.
Tidak lama selepas itu, hujan turun dengan lebih lebat laginya. Kali ini, saya diminta untuk berdoa pula.
Hujan semakin lebat, tiba-tiba, Habib Yusuf menangis, yang ada di sekeliling mula turut menangis, kami disimbahi hujan kota Mekah malam ini.
Anak-anak Ijabah pun turut menitiskan air mata, termasuk para penjaganya sekali, suasana jadi begitu sayu dengan suasana hujan yang turun semakin lebat.
Habis berdoa, Habib Yusuf terus memeluk anak-anak Ijabah, anak-anak Ijabah semakin sayu dan semakin mengeluarkan air mata.
Habib Yusuf tidak henti-henti berdoa untuk kami semua
Habib Ahmad yang terkenal dengan ceria berkata.
“Saya tak boleh sedih, saya tak boleh sedih, saya tak boleh sedih"….”
Tiba-tiba:-
“Huaaaaaaa…. sedihnya saya, mari peluk saya anak-anak…, sudah lama saya tidak menangis, sedihnya saya….” kata Habib Ahmad
Setiap seorang dari anak-anak Ijabah dipeluk dan didoakannya
“Kamu jadi anak baik ye…” kata Habib Ahmad
Aduh… sayu sungguh suasana malam ini. Beginilah sepatutnya hati orang mukmin, sentiasa kasih terutama dengan anak-anak yatim…
Hujan mula reda. Suasana juga semakin reda..
“Muhamad, kamu kata dua jam sahaja, sekarang sudah empat jam, mari saya hantar kamu semua balik, kamu mahu berkemas kan…” kata Habib Ahmad pada saya.
Kami pun dihantar balik ke hotel kami.
Malam ini, rasa macam tak mahu berpisah sahaja, hingga di hadapan hotel pun masih lagi saling salam dan berpelukan.
“Doakan saya di sini ye” kata Habib Yusuf.
Lambaian akhir untuk waktu ini, panjang umur dan murah rezki kita jumpa lagi wahai ahli Mekah, amin….
“Bila nak jumpa lagi ye ustaz, rasa macam ayah pula mereka ni” kata salah seorang anak ijabah.
“InsyaAllah, panjang umur dan ada rezki, kita mesti jumpa lagi, kalau tidak di sini, di akhirat nanti insyaAllah”
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah
20 Rabiul Akhir 1431/5 April 2010 jam 1.30 pagi.
10 comments:
salam ustaz,
menitis air mata kak nab bila baca entri ini. entah kenapa saya rasa sayu...
ustaz...doakan akak ye!
saya pun sebak.
Salam Ustaz,
Sebak saya baca n3 ni... menitis air mata tak dapat dibendung lagi.
Moga anak2 al-ijabah menjadi anak yang soleh dan berjasa untuk agama, bangsa dan negara.
Tahniah ustaz dan rakan2 serta penderma budiman yang mengembirakan hari2 mereka di tanah suci.
Salam,
Sedihnya entri ni... nasib baik baca kat opis, jadi kena control airmata.. Begitulah sepatutnya orang Islam, kasih sayang tak mengira pangkat, bangsa, rupa dan status. Asalnya mungkin kasihan, akhirnya menjadi kasih sayang yang sejati..Terharu sangat2.. Semoga anak2 Ijabah terus sukses di bawah bimbingan Ustaz..
salam ustaz
sebak membacanya, tergenang air mata ku
MasyaAllah ustaz,terharunya baca enti ni,menangis jgk
Salam...Masyaallah...ALhamdulillah Ustaz selamat sampai semoga dapat Umrah yg Mabrur....sedih semasa rombongan Ustaz menaiki bas meningalkan kami di Makkah ini.
salam ustaz Amin,
amat menyentuh qalbu.
kalaulah kak S ada bersama disaat indah itu.......subhanallah.
Salam perkenalan Ustaz Amin. Saya Imran. Puas sebenarnya sy cari kisah lanjut berhubung anak2 yatim al-ijabah ni. Saya tanya En Azli di blog PDKM, tanya Ustaz Arshad diblognya semua tak berjawap, alhamdulillah pagi ni saya terjumpa blog ustaz, terjawaplah segalanya. SUBHANALLAH, menitis airmata saya subuh hari ni, baca n3 ustaz....sebak sesgt. Moga Habib Ahmad terus diberkati dan dikasihiNya....inysaAllah.
Salam taaruf dr Paris ye Ustaz, ingin sekali bertemu Ustaz dan menggembirakkan anak2 Ijabah, moga dimakbuliNya.
salam ustad..
sedih baca entry nih..moga dapat banyak ganjaran atas kebaikan yang dibuat.
Post a Comment