Alhamdulillah, kala ini, saya dalam penerbangan ke Brunei untuk beberapa urusan. Penerbangan ini mengambil masa 2 jam 20 minit. Kesempatan yang ada ini, dapat digunakan untuk melihat soalan yang diajukan. Semoga ada kebaikan dan manfaat untuk kita semua, insyaAllah…
zaimah Ustaz, makin byk yg dibelajar, makin byk yg saya tak tau. Makin byk yg dibelajar, rasanye makin byk dosa saya. Camne tu? Klau camni baik takyah blajar 2010-04-06 1:13 PM
Itu tanda anda sedang belajar, kalau makin belajar makan rasa hebat, itu tanda telah mula berhenti dari belajar
hj.Sabri tahniah kerana berjaya membawa anak anak yatim Al-Ijabah menunaikan umrah2010-04-06 10:40 AM
Alhamdulilah
una salam.., ustaz.., boleh berikan pndgn mengenai blog ini..?? sy musykil akan kesahihannya.. tq. link 2010-04-06 10:32 AM
InsyaAllah…
mus73 soalan: bleh tak solat qasar shj tanpa jamak? T kasih 2010-04-06 9:22 AM
Boleh
ana salam ziarah ustaz.mohon izin dr ust utk link kn blog ust d blog sy..syukran2010-04-06 8:45 AM
Silakan…
selimutsura salam ziarah mencari mutiara ilmu 2010-04-06 8:27 AM
Salam..
Guest Salam Ustaz, boleh tak ustaz tolong kongsikan apa yg diajar oleh Tuan Guru Baba Hj Yusuf supaya dapat diamalkan? 2010-04-06 5:08 AM
Insyallah
ibu adakah arwah suami ibu dikira berutang dgn rkn kongsi yg lain,sekiranya pniagaan yg diusahakn bersama tu dah meleset/gagaldiselamatkn? 2010-04-07 2:34 PM
lihat pada akad awal. Jika akadnya, rugi akan sama-sama, maka ibu juga kena menanggung kerugian yang berlaku
nak tahu Slm utz,mana lbih utama nak bwk ibu atau isteri dulu mnunaikan ibadah hj?2010-04-07 2:26 PM
Jika ibu dah berumur dan ada kemungkinan tidak sempat menunaikannya kemudian jika ditangguh, maka dahulukan ibu
wana mcm mn nk th jodoh sebenar? dah berkali-kali solat istikharah tp xde petunjuk2010-04-07 10:46 AM
Jodoh sebenar apabila kita telah berkahwin, jika bakal jodoh yang terbaik, ialah mana yang lebih dimudahkan selepas istikharah
Cikgu Yati Salam, Ustaz. Bolehkah saya mengerjakan umrah sunat dengan ditemani ibu, anak dan anak perempuan yang sudah baligh? Harap dapat penjelasan daripada us2010-04-07 9:29 AM
Boleh, tapi kalau nak apply visa, kena ada mahram lelaki. Minta travel Cikgu uruskan nanti
tonet,Salam Ustaz... Sy ada tbaca, perempuan yg melahirkan ank akan thapus dosa2 kecil. Klu meninggal kira mati syahid. Sekiranya seorg wanita tlh melahirkan 7 org ank n wanita tu meninggal sewaktu melahirkan ank yg ke 8. Soalannya
1) Wanita ini d kira mati syahid ke sdgkan d sepjg hyt nya tdk pernah solat
2) Ank nya yg meninggal bsama2nya tu blh ke menolong wanita tsbt sewaktu hari akhirat kelak
Sbb kat seorg ust kat rancangan 'Tanyalah Ust' klu x silap sy, klu 3 ank yg mati, ank2 tsbt blh menolong ibunya. Klu sorg je, mcm mn pulak..... Tp klu maknya 'kurang' amal ibadahnya, masih blh lg ke d tolong oleh ank2nya. Soalan nie tiada kena mengena dgn sesiapa tp sekadar nak tahu coz sering bmain d minda. 2010-04-07 8:20 AM
1. Syahid yang ulama kita bahaskan bukanlah syahid besar. Syahid besar hanyalah apabila mati berjuang di jalan Allah. Ia syahid kecil, iaitu mati dengan menyaksikan bahawa kita diuji Allah dan kita bersabar. Ada kelebihan syahid kecil ini. Soal dia tidak pernah solat, itu hal dia dengan Allah. Sama ada Allah ampunkan atau tidak, itu di atas rahmat dan kasih sayang Allah.
2. Anak yang meninggal bersama, ada kelebihannya untuk ibu dan ayahnya. Dalam hadis sebut, tiga, dan dua. Satu tidak dibahaskan dan tidak ditanya sahabat. Jadi, di atas kiasan ada kelebihan terhadap kematian anak itu, maka kita tidak nafikan bahawa ia tetap ada kelebihan.
ida Assalamualaikum.Boleh beri panduan/amalan/ayat2 al-quran untuk jadikan amalan bagi menghadapi temuduga supaya tidak gugup dan bolih menjawab tanpa tekanan perasaan hingga tak bolih berkata2 tolonglah ustaz ya. Terima Kaseh 2010-04-09 2:26 AM
baca surah al-Insyirah
tonet,Salam Ustaz... Kenapa org suka bBOHONG sdgkan itu ciri2 org yg MUNAFIK. Mcm mn pula nak myedarkannya 2010-04-08 9:58 AM
sedarkan dengan iman dan ilmu, bagi kita, terus doakannya
GUEST tiap kali istikharah jodoh mesti nampk muka nenek sy..knpa ye.. 2010-04-08 9:27 AM
Bakal pasangan ada perlu ada ciri-ciri kebaikkan nenek
Ingintahu salam ustaz, apakah hukum membina pusara konkrit di atas kuburan ibubapa saya, t/k2010-04-08 5:16 AM
Hindarkan.
Guest salam ustaz...kalau x keberatan boleh tak ustaz bertahu saya bagaimana nak hubungi al-kuliyyah kerana saya berminat nak program bersama al-kuliyyah 2010-04-08 4:48 AM
Nak program macam mana? Kalau nak jadi penonton, ikuti jika ada life program. Boleh berhubung dengan pihak TV3 langsung
fuad saya ada soalan disini macamana mandi wajid yg terdapat plaster....kerana kemalangan misalnya.. 2010-04-08 4:36 AM
Tayammum
anisah ustaz, saf pertama dlm solat begitu besar ganjarannya, adakah ia untuk lelaki sahaja,bagaimana dengan saf pertama perempuan yg berada di belakang lela2010-04-08 3:09 AM
Saf perempuan di kalangan orang perempuan yang pertama juga dikira pahala yang besar
najla ustaz, apa doa yg patut diamalkan utk lembutkan hati org tua?2010-04-08 12:52 AM
Doakan dan bacakan fatihah untuknya
sharifah79 ustaz.sy ada penyakit saraf & saya perlu mkn ubat setiap 5 jam.apa harus sy buat sbb sy msh ada 5 hr puasa yg x qado sdg kan sy x mampu puasa. 2010-04-09 12:20 PM
Kalau terdapat halangan, maka boleh berfidyah
wifePu3 Suami sy ada hbgn dgn wanita lain, gi kerja sya cium tgn dia, cari nafkah bantu dia, tp trgamak dia bwa prpuan lain msuk rmh sya semasa ketiadaan sya sya jmpa ppuan tu, tnya cte sebnr, sya mta pnjlsan suami, tp x ngaku, apakah sya patut maafkan dia, dosa dia trlalu besar pd sya dn x dpt sya terima. 4.4.10, sya desak dia trus trng, bru ngaku, tp cte lma ktanya, dia mta maaf xkn ulg kesilapan, sygkn sya n rmhtngga, apakah sya ptut maafkan dia ustaz Hati sya bnr2 trluka, slma ne kami amt bhg, x prnh brgduh, tp dia brlakun dpn sya. rupanya selama ne sya trtipu. Apa patut saya buat ustaz, sya trlalu jujur, taat dn setia, abis kje trus blk rmh, solat, kms rmh n msk mkn mlm, apa lg yg dia mahu dri sya. Tlg ustaz, sya x tau pada siapa sya nk mengadu, hati sya hancur dgn sikap dia, klu x dosa sya dh tglkan dia dn rmhtangga sya.2010-04-09 8:40 AM
Sabar dan doakan, kalau perlu, boleh rujuk pada jabatan agama untuk kaunseling
tonet,Salam Ustaz... Kenapa tdpt pbezaan pdpt atr Ust / Tokoh Agama mengenai sesuatu isu. Keadaan ini amat mengelirukan (x tahu nak ikut yg mn 1) 2010-04-09 8:18 AM
Ikut fatwa
Muhd Assalamualaikum..1-Adakah air bisa(warna jernih@kekuningan) dr.kudis blh dibawa solat? 2-Adakah rawatan resudung/muka blh dirawat oleh Pakar Wanita? 2010-04-12 7:58 AM
Air bisa bukan nanah, boleh ke sembahyang. Rawatan resdung boleh dibuat oleh wanita jika tidak ada pilihan dan memang kita perlukan rawatan itu
Guest ust,sy buat solat istikarah,malamnya saya mimpi darah yang cair keluar dengan banyak dari payu dara sy.apa maknanya 2010-04-11 4:36 PM
Ada perkara tak baik yang perlu kita perbaiki
ibu apa beza musibah dgn ujian utz? 2010-04-11 3:02 PM
Bezanya kesan, musibah untuk hapuskan dosa dan ujian untuk tingkatkan darjat
pn.su slm.apakh maksud mimpi seorg dtg memberitahu saya bhw rasulullah menyuruh saya membuat/membina rumah di suatu tempat.. 2010-04-11 9:15 AM
Wallahualam,
zaimah perlu tak kita baca doa selepas solat qabliyah & bakdiyah?2010-04-11 7:24 AM
Elok baca doa
zaimah kalau kita solat sunat qabliyah&bakdiyah perlu ke kita baca doa iftitah?2010-04-11 7:22 AM
Sunat untuk dibaca
anisah ustaz,air hingus yg menitik pd telekong, adakah najis 2010-04-11 6:36 AM
Tidak najis
msziera As'salam. Bolehkah seorg perempuan mencukur bulu kaki, bukan tuk menunjuk tp rimas krn agak panjang.. 2010-04-10 5:48 PM
Boleh, jika ada kemudharatan
hafifi assalamualaikum..ustaz...cam ne nk hilngkn prsaan was2 ??? 2010-04-10 9:06 AM
Baca surah an-Nas
azah79 ustaz sy ada pinjam ptptn utk blajar,tetapi ptptn ada unsur riba, jadi adakah saya berdosa sbb buat loan itu dan juga ketika membyrnya dikira dosa? 2010-04-09 12:24 PM
Rasanya isu ini dah selesai, bayaran lebihan itu duit pengurusan dan bukannya keuntungan dari pinjaman. Jika ia keuntungan dari pinjaman maka itu riba’. Dan kalau PTPTN itu riba, maka, jika kita ada kemampuan, maka tidak boleh ambil, Wallahualam
Hani Slm ust,betulke umat nabi Muhd hanya hidup 1500tahun hijrah saje?tq 2010-04-13 2:29 AM
Wallahualam, ada yang berpendapat demikian
Hani Slm us,betulke org yg meninggal hari jumaat..tidak disoal siasat hingga hari kiamat?tq 2010-04-13 2:28 AM
Ada yang mengatakan demikian, yang pasti, mereka mati pada hari yang mulia dan baik
adi mihar alhamdulillah...ustaz dah menulis kembali... semoga Allah akan sentiasa memudahkan segala urusan ustaz...semoga sentiasa diberkatiNya 2010-04-13 2:14 AM
Amin…
wifePu3 Baru2 ne april, sya dpt tau dia ada anta mms pd pmpuan tu, love valentine day dn beberapa gmbr lucah, sya x sgka ustaz bgtu bruk prangai suami sya dpn sya dia trlalu baik, tggjwb sema dia jlnkn x prnh abaikan sya, tp blkg sya perangai amat bruk skli. Dia jga disygi oleh semua famly sya apa tindakan yg ptut sya buat ustaz, sya benar2 tertekan dn amat terkilan dgn sikap dia. TERKILAN SESGT ustaz! 2010-04-13 1:35 AM
Doakan kak, doakan… dan bersabarlah… serta muhasabah diri
LEH` Ustz,seorg ibu yg suka mmarahi anak2 wlupn ank2 hampir usia emas x terima tegurn anak2,suka cerca,sumph anak2,wlaupun segala kehendk,kemudahn dsedikan masih lagi x puas,anak2 x bolih lakukn tersilap,maruah anak2 dcerita kpd org lain,kdg2 ank pun buruksgka,bgmana nk lembut walau mcm2 iktiar dlkukn, 2010-04-13 12:52 AM
Maafkan ibu dan doakan dia
hafifi salam ustaz...sye ade msalah bisul dilutut..sye bush bisul trsbut dn tmpal gune tisu.,.lpas 2 sye solat fardu magrib.dn snt mgrib..adkh sah solat sye? 2010-04-12 9:12 AM
Sah…
norah jehnal Amin, apa alamat mimpi masuk ke dalam kaabah? 2010-04-13 9:54 AM
Kebaikan
Ibu Muaz Salam Ustaz,team kami membuat tender kemudian slh sorg dpd team kami membuat permintaan kpd vendor yg memenangi tender tsbt utk meberikn....... "sekian brngan" kpd stp dpd kami.Adakh penerimaan barangan itu dianggap rasuah?Ada yg mengatakan ia sbg bonus.Naluri sy lbh mengatakan "itu" salah. 2010-04-13 8:01 AM
Kalau dijanjikan awal dan sebagai syarat, itu tidak boleh
kamariah assalammualaikum ustad,sy ingin tahu bagaimana hendak mengubati penyakit 'santau'? 2010-04-13 7:55 AM
Baca tiga ayat akhir surah al-Hasr
Guest apakah hukum kita menutup aurat 2010-04-13 7:53 AM
Wajib…
Ibu Muaz Salam Ustaz.. 2010-04-13 7:48 AM
Walaikumslm
Ringgo salam ziarah .. 2010-04-13 7:03 AM
Saya Ya habib Al amin..saya melihat anda, dan anda akan melihat saya. Didalam hati kamu ada Dia, kamu akan jadi kekasih Dia tanpa kamu sedar 2010-04-13 5:26 AM
Amin… begitu juga anda..
Ibu Muaz Salam Ustaz, harap dapat dikongiskan ilmu daripada Baba Haji Yusuf yang boleh diamalkan untuk membuatkan pasangan suami isteri semakin kuat dan bahagi2010-04-13 3:35 AM
InsyaAllah…
Hani Slm us,betulke kita akan meninggal dunia sama hari dengan hari kita dilahirkan?cthnya..lahir hari ahad..meninggal pun hari ahad..tq 2010-04-13 2:30 AM
tidak semestinya
tonet,Salam Ustaz... Btl ke Ust, klu nak Khatam Al-Quran, MESTI menggunakan Al-Quran serta guru yg sama? Kompius..... 2010-04-14 8:15 AM
Tidak perlu, menggunakan al-Quran yang sama bukan syarat untuk khatam
Guest salam utz..seorang isteri meninggal dunia dan tidak mempunyai anak tapi masih mempunyai suami.siapakah berhak atas peningalan arwah yaitu wang dan barang kemas sekian2010-04-14 7:52 AM
Suami, ibu dan ayah
olieii sy nak tnya pnjang lebar mengenai hukum camna n kat mana tlg ust 2010-04-14 5:30 AM
Cuba la tanya di sini
strengenge salam ziarah..blog yang berguna... 2010-04-14 5:16 AM
Alhamdulillah
OLIEII salam ust. mcmna sy mak berkomunikasi online ngan ust 2010-04-14 5:02 AM
InsyaAllah, kalau ada masa nanti, boleh hubungi PA saya Aliya 019-6003643
Guest salam utz...benda yg keluar dari kedua dua lubang najis adalah dikira sebagai najis tapi bagaiman pula dgn telor ayam.. 2010-04-14 12:55 AM
Sebab itu kena basuh sebelum pecahkan untuk masak
abuzuhayra salam ust..nak tanya..kalau aqiqah anak lelaki berapa bahagian daging lembu..kalau kambing 2 ekor..lembu berapa bahagian?? 2010-04-13 2:43 PM
dua
Guest saya berniaga...kat sekolah dulu saya belajar keuntungan x ble lebih dr 2/3. macamna kalau kita ambil lebih dari tu? 2010-04-13 2:15 PM
Boleh kecuali makanan asasi
Guest.Assalamualaikum Ustazsaya ingin bertanya apa beza tuhan dan allah ?2010-04-15 12:41 AM
Rujuk surah al-Ikhlas
zura5206 salam ustaz terlebih dahulu saya minta ampun dan maaf kerana saya share blog ustaz ni d facebook saya.banyak pengajaran dan ilmu2 yg terdapat dlm blog terima kasih ustaz2010-04-14 5:12 PM
Sila sebarkan,
Guest.Assalamualaikum ustaz.boleh ke kita mempamerkan gamba kita yg tak pakai tudung utk tatapan umum, sedangkan kita pakai tudung.adakah ini sama macam membuka aurat juga ustaz.2010-04-14 9:04 AM
Hukumnya tetap haram kerana mempamerkan aurat
tonet,Salam Ustaz... Maksudnya, Baca Al-Quran A dr mula hingga abis n bljr dgn guru yg sama jugak.... Klu tetiba guru tu bhenti/meninggal n dtg guru baru, adakah kena ulang baca dr mula ... Atau guru ada ttp Al-Quran dah uzur n kena tukar yg baru, adakah kena mula dr awal jugak? Kat tpt sy, sy perhatikan ada yg dah 3th mgaji x khatam2 coz sering btukar guru n mrk tpaksa mula dr awal setiap kali btukar guru mgaji. Btk ke cara tu Ust/hya bidaan semata2.... Sy amat perlukan jawapan dr Ust utk mperbetulkan keadaan.... 2010-04-14 8:17 AM
Jika hanya menukar al-Quran tidak perlu mengulang dari awal. Tetapi jika jika kita mempelajari talaqi al-Quran secara musyafahah (bersanad), maka jika bertukar guru maka perlu diulang dari awal. Tapi kalau belajar untuk membaca dengan betul, tak perlu ulang dari awal
Semoga menetapi kehendak soalan. Kalau masih belum jelas, bolehlah bertanya kembali
“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Dalam Perjalanan dari KL ke Brunei
Sabtu 10 Jamadil Awal 1431/ 24 April 2010 jam 2.30 petang
* di post dari Voctech International House, Brunei Darussalam
1 comment:
assalamualaikum ustaz,pada masa kini saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan kat sarawak.isteri saya pulak bekerja kat johor..dan memandang kewangan agak kurang sedikit.sebagai ketua keluarga,saya telah mengambil keputusan untuk bekerja part time pada malam hari untuk menampung pendapatan keluarga.hal ini saya buat tanpa pengetahuan isteri kerana saya khuatir dia akan risau kerana terlampau bekerja.niat saya say cuma nak menambah pendapatan keluarga.persoalan saya,adakah perbuatan saya tanpa memberi tahu isteri saya ini adalah salah?
Post a Comment