Wednesday, April 14, 2010

Diari 205 – Seminar Fiqh Pergigian

Perbahasan Fiqh perubatan memang agak baru di negara ini. Ia tidak pernah dijadikan salah satu mata pelajaran di mana-mana tempat pengajian. Tapi perkara ini sebenarnya agak penting kerana perubatan adalah sebahagaian dari hidup kita.

InsyaAllah, dengan izinNya juga, saya akan mengendalikan satu seminar Fiqh Perubatan bersama Dental Students Association (DENSA) di Universiti Teknologi Mara pada 18 April ini.

Hari ini, 13 April 2010, jam 9.30 malam, saya bersama wakil Dental Students Association (DENSA) berbincang mengenai perjalanan seminar ini.

Apa yang menarik di seminar ini, Fiqh perubatan telah difokuskan menjadi satu bab kecil iaitu fiqh pergigian. Ia akan membincangkan mengenai isu-isu di dalam bidang pergigian.

Ketika saya mula membuka kitab dan buku-buku kajian mengenai bidang perubatan terutamanya di dalam hukum hakam di dalam pergigian, saya rasa begitu bersyukur menjadi seorang beragama Islam.

Islam yang memang sifatnya syumul (menyeluruh) membahaskan semua bidang di dalam kehidupan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar benda.

Benarlah firman Allah di dalam al-Quran:-

Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. (Surah al-An’am ayat 38)

Sebahagian mufassirin menafsirkan Al-Kitab itu dengan Lauhul mahfudz dengan arti bahwa nasib semua makhluk itu sudah dituliskan (ditetapkan) dalam Lauhul mahfudz.

Dan ada pula yang menafsirkannya dengan Al-Quraan dengan arti: dalam Al-Quraan itu telah ada pokok-pokok agama, norma-norma, hukum-hukum, hikmah-hikmah dan pimpinan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat, dan kebahagiaan makhluk pada umumnya.

Tidak ada di dalam dunia ini satu agama lain dari Islam yang membahaskan mengenai kehidupan manusia secara menyeluruh, dari bidang ekonomi, kesihatan, pentadbiran, kenegaraan, kehakiman dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, kita semua tidak dianggap hidup oleh Allah di dunia ini sehinggalah kita menerima segala apa yang diturunkan oleh Allah.

Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa :-

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan (Surah al-Anfal ayat 24)

Oleh yang demkian, setiap patah dari apa yang diturunkan Allah, dan setiap kalimah yang diucap oleh Nabi, hendaklah kita berusaha untuk menyahutnya. Kerana sahutan kita terhadap apa yang diturunkan Allah akan menjadikan kita hidup.

Hidup dengan penuh ketenangan dan keselamatan, bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

29 Rabiul Akhir 1431/ 14 April 2010 jam 5.30 petang

IMG_6979

Perbincangan dengan Dental Students Association (DENSA) dari Universiti Teknologi Mara

IMG_6989

Fokus Fiqh Perubatan yang ingin dijadikan seminar telah difokuskan menjadi Fiqh Pergigian

IMG_6990

Ia akan membincangkan mengenai isu-isu kesihatan gigi di dalam Islam

IMG_6994

“Aik, ini program di tempat kita ni” kata salah seorang mereka melihat jadual bulanan saya.

1 comment:

Rozali said...

Assalamualaikum Ustaz Amin

kebanyakan kita tidak pentingkan penjagaan gigi

kebersihan itu kan amalan sunah

Wassalam