Friday, April 23, 2010

Jawapan Pada Persoalan 103

Alhamdulillah, baru ada kesempatan untuk melihat soalan yang diajukan. Semoga Allah merahmati kita semua.

Guest salam,ustaz apakah doa yg perlu dibaca apabila tulang di angota badab kita patah2010-03-30 9:27 AM 


Bacakan surah al-Kahfi ayat 39 pada anggota yang patah tu

Guest ustaz, boleh tak tahlil untuk si mati kita buat 2-3 hari selepas kematiannya?wajib ke ustaz?2010-03-31 2:17 PM

Tidak  salah amalan tahlil tersebut kerana terdapat banyak pendapat, dan ia tidak wajib

Guest ustaz..betulkah kalau seseorang kalau meninggal dia akan balik jengok rumah tiga hari berturut-turut?   2010-03-31 2:16 PM

Allahualam, yang sahihnya, ia berada di dalam kuburnya ditanya soalan-soalan kubur

huda salam..nk tanya apa pandangan ustaz mengenai kisah perempuan yg mengandung hingga cukup bulan, dan kandungannye hilang tiba-tiba..Apa pandangan ustaz? 2010-03-31 11:57 AM

Wallahualam, kena rujuk bidan

z ustaz,sya ada hutg tp blum mampu byr,dlm msa yg sama,blh x sya bersedekah wpn sdkt? adkh amln sdkh sya akn trgantug?tksh ustaz?  2010-03-31 9:23 AM

Hutang mesti diselesaikan walaupun sedikit demi sedikit dan tidak menjadi permasalahan jika ingin bersedakah

Syukur Salam Ustaz, boleh x saya niatkan sedekah dgn memasukkan duit ke dlm akaun Al- Ijabah untuk anak saya yang dah lahir 2 bulan. Kiranya saya timbang Kiranya saya nilai rambut bayi tersebut dengan nilai emas dan saya masukkan ke dalam akaun Al- Ijabah...boleh x ustaz ?2010-03-31 9:08 AM

Boleh

z sya byk kali gagal dlm hdp,krjya dan rmhtga.skg sya byk brmenung mgnang nsb dri.sya hlg punca n matlamat hdp.sya tpksa mkn ubt anti kemurungan. minta jasa baik ustaz,doakan saya bhagia n berjaya dunia n akhrirat.tksh byk ustaz.  2010-03-31 9:05 AM

Insyallah, Allah bersamamu..

zah ustaz,sya slalu ada mslh penghalang utk mnuju kjayaan,apa2 yg dilakukan slalu x mjadi,apkh doa yg plg baik untuk melancarkan sgla usaha?tksh ustaz.  2010-03-31 8:54 AM

Amalan membaca surah al-Insyirah

Guest Salam ustaz, sahkan solat jika tertelan air liur, semasa wuduk hanya berkumur sahaja2010-03-31 6:23 AM

air liur sah

Guest pertanyaan kaki-2, minta ustz tafsirkan, mimpi ada org beritahu ada ular di dlm longkang,x jumpa, org itu bertegas memang ada ular, setelah dialirkan air di dlm longkang baru nampak seekor ular sawa putih bercorak tompok hitam dgn pertnye penuh spt baru lepas menelan mangsa, menuju kearah saya tetapi tidak menakutkan, setelah nampak menuju kearah sya, sya terjaga dr tidur, tlg ustz tafsirkan    2010-04-01 4:15 AM

diminati oleh orang yang dah ada pasangan

yana salam..ustaz knp kebnyakan org ckp selisih malaikat 44? knon nye xnk perkara x baik berlaku..   2010-04-01 2:46 AM 
Ayat orang tua-tua, saya kurang pasti kenapa 44

adik org x waras tlh mroskkn benda ssorg hinggakn trpaksa ttup kedai bbrapa hari,adakh adik ini dikira b'hutng utk selesikn ursniaga yg x jln bbrapa ari   2010-04-01 2:36 AM 
Warisnya kena ganti jika dia merosakkan itu adalah kesilapan waris yang tidak menjaga dengan betul

ibu salam utz,boleh ke kite buat fidyah puasa n solat utk arwah?tpi kite upah pd org alim la..2010-04-01 2:23 AM

Fidyah itu ganti puasa dengan secupak beras yang di makan. Barang kali ibu tanyaa mengenai ganti puasa, kalau ganti puasa afdalnya, waris yang membuatnya

ibu seronok ibu mngikuti dairi rakam pjlnn ustz di mdinah n mekah.boleh ke ambil gmbr dlm masjid?x di hlg ke oleh pngawl2.masa ibu g thun 2002 x dbaginya 2010-04-01 2:19 AM

Boleh

Nana Slm ustaz.ada hukum kalau duit pinjaman dijadikan duit simpanan?  2010-03-31 11:54 PM

boleh, kalau simpanan, cukup tahun kena zakat

Guest salam.adakah asb haram dlm syariat islam  2010-03-31 2:29 PM

Hukum asb sudah ada fatwa, ia harus, sila rujuk fatwa kebangsaan

Guest ustaz...lna2 saya rasa diri semakin jauh dri hidayah. iman pula rasa makin berkurang. saya tak jahat dri segi pbuatan tapi hati saya yg jahat  2010-03-31 2:22 PM

Banyakkan istighfar kepada Allah dan doa minta Allah bimbing kita

anisah ustz,kebykan masjid meletakkan Al-Quran didlm almari tetapi papan alasnya diatas almari,berdosa kah  2010-04-02 7:24 AM

Tidak jika tidak mempunyai niat untuk menghina al-Quran, Cuma dari segi adab, salah

anisah salam,ustz blh tak digunakan beg yg dibuat dari kulit binatang tanpa disamak seperti kulit kambing/lembu  2010-04-02 7:22 AM

Boleh tapi jangan bawa untuk solat

Zaim salam ustaz. apakah maksud mimpi ini, saya & abang mlihat sbuah masjid sedang runtuh. adakah mainan @ ada maksud? harap ustaz dpt mberi pjelasan. tq.  2010-04-02 4:33 AM

Ada benda besar yang sedang berlaku yang abang tidak perasaan

tulip salam.ustaz,ape tindkan yg spatutny kmi (ahli rakan masjid universiti) buat utk tegur shbt2 lain yg suke berdua-duaan antra laki & prmpuan?  2010-04-02 4:31 AM

Bagus teruskan usaha amr makruf dan nahi munkar itu dan jangan putus asa

darimoscow salam ustaz.. ape pendapat ustaz ttg suicide-bomber kat moscow ni2010-04-02 3:37 AM

Pendapat saya tak setuju kerana membabitkan orang awam, tetapi, kena rujuk fatwa setempat kerana mereka lebih tahu apa sebenarnya berlaku

Doraemon Salam Ustz, mohon tanya.. sy dlm musafir, boleh ke kalau saya ikut imam tempatan smyg jumaat 2 rakaat. tp niat zohor jamak qasar dgn asar?  2010-04-02 2:54 AM

kalau ikut imam yang penuh 4 rakaat, kita kena buat 4

hafifiassalamualaikum.....ustaz......mcm mne nk hilang sifat was-was  2010-04-01 1:57 PM

Rajin-rajin baca surah an-Nas

u apa maksud mimpi anak saudara..selalu sgt mimpi  2010-04-01 10:53 AM

sayang

ABDULLAH1412H SEMOGA ALLAH MEREDHOI KITA  2010-04-01 7:02 AM

Amin…

Chaq salam ustaz, izinkan saya link blog ustaz ke blog saya  2010-04-03 10:51 AM

Silakan..

zah blhkah seog wnita yg pnh bzina ttp tlh btaubat,berdoa kpd Allah spya mdpt suami yg soleh?adakah dia dianggp mganiaya n menipu llki baik itu?  2010-04-03 9:10 AM

Tidak dianggap menipu, jika seseorang sudah bertaubat nasuha maka dia kembali suci

Raz Sbahgian % divden ASB dari pelaburan bukan "Shariah compliant"– sykt rokok, bank konvnsional. Bolehke % divden itu disalurkn kerumah yatim/miskin. Klau divdn itu boleh disalurkn, kena britahu rumah itu sumber $ itu? If kena btahu, sukar klau kita salurkan thru internet banking. 2010-04-02 11:51 PM

boleh beri tahu kena maklumkan kerana wang syubhat ada cara menguruskannya. Maklumkan melalui saluran yang ada seperti telifon, sms, email dan sebagainya

jaz bila isteri mengandung, suami sy selalu suka pergi karoke dan suka ria bersama rakan2nya.apakah harus sy lakukan..  2010-04-02 5:51 PM

Banyakkan berdoa agar suami diberikan hidayah

aznil apakah tanda2 seseorg tu jodoh kite   2010-04-02 2:04 PM 
Kita kahwin dengan dia

noraini assalammualaikum ustaz.mintak tolong ustaz doakan hidup dalam kesejahteraan di dunia dan akhirat. amin.  2010-04-02 1:48 PM

Insyallah Allah bersama kak…

lara ustaz..klu prmpuan klu kte merisik dia diam tanda setuju..tp klu kite merisik lelaki diam tu tanda setuju ke?  2010-04-02 1:05 PM

Boleh jadi juga kot, takut laki tu malu. Tapi yang terbaik, tunggu hingga dia cakap sebab lafaz yang keluar itulah yang benar dari kita hanya sangka-sangka

najla ustaz, mcm mana kita nak tolak hajat sesorg (secara berhemah) yg nak sgt memperisterikan kita sdgkan kita langsung takde perasaan pada dia?  2010-04-02 12:21 PM

tegas tapi lembut

Guest salam ustaz.. apa hukumnya jika teringat atau sengaja mengingat perbuatan zina yang pernah dilakukan? 2010-04-04 7:14 AM 
hindarkan, jika ingat boleh menjadi kita ingin buat semula, ingatan itu boleh jadi haram

az zahrah salam ustaz.. ustaz ape maksud mimpi kena rasuk?  2010-04-04 7:11 AM

ada perkara yang kita sedang risau

az apa maksud mimpi pernah jejak kaki ke bulan n kemudian melawat ke angkasa melihat bulan dri dekat nmpk kawah2..nmpk sgt bsr, dan sungguh cantik dan timbul rasa kagum dgn ciptaan Tuhan..dan sedikit takut dlm dri   2010-04-04 5:22 AM

Sedang tenang

confiuses niat nak jamak taqdim pada watu solat jumaat? tq ustaz2010-04-04 3:02 AM

boleh

confiuses slm ustz.. sy selalu perasan beberapa org yg terhangguk2 (dek kerana tahan mengantuk) dlm solat subuh..batal atau tidak solat dorng ustz?  2010-04-04 3:01 AM

Jika sampai terlelap yang langsung tak dengar, maka batal solat

tetamu adakah dosa syirik diampunkan oleh allah?  2010-04-04 12:30 AM

Diampunkan jika dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh, yang Allah kata tidak diampunkan adalah di akhirat

cha ustaz , mcm mne nak kusyuk dlam solat , sye da mcm2 buat da ,  2010-04-03 11:29 AM

Doa, minta pada Allah

amin assalamualaikum ustaz apa hukumnya jika menyedekahkan al fatihah buat nabi muhamad dan penghuni kubur ?  2010-04-04 11:10 AM

Pada sesiapa pun boleh

wan saat mendgr bacaan al-Quran atupun ceramah agama.kita sering merasa diri kita hina.adakalanya menitiskn air mata keinsafan.tp keadaan sekejap sahaja. mengapa ustaz bagaimana utk kita mendidik jiwa kita  2010-04-04 11:03 AM

Iman itu turun dan naik, kalau macam tu, kena selalu dengar ceramah

Ali KL slm ustz. bolehkh doa yg telah diijazahkan oleh seseorg guru cth yg ank2 ijabah dpt dr TG Baba Mekah dikongsi bersama org lian kalau boleh..boleh la ustaz kongsikan buat kita semua yg sentiasa dahagakan ilmu ni ya ustaz   2010-04-04 10:48 AM

InsyaAllah, paling baik, kalau ada masa kita jumpa

Ali KL slm ustz.dlm buku2 agama ada menjelaskan bhw solat sunat taubat tiada batas waktu.maknanya ia boleh dilakukan bila2 masa tidak kira waktu ke ustz 2010-04-04 10:39 AM

Kecuali lepas subuh hingga waktu isyrak dan lepas asar

Guest salam.. ustaz, apakah hukumnya jika kita dah niat untuk buat sesuatu perkara tetapi kita tak laksanakan?  2010-04-04 9:32 AM

Kalau berniat membuat perkara baik maka sudah berpahala

az zahrah Salam ustaz.. kalau kita sendawa apa patut di ucapkan?  2010-04-04 9:07 AM

Alhamdulilah

az zahrah Salam ustaz.. apakah hukumnya jika menbandingkan sifat diri sendiri dgn org lain?2010-04-04 9:02 AM

Kalau sifat baik pada diri, boleh jatuh riak jika membanding untuk merasa kemegahan, kalau kekurangan, akan menyebabkan kurang bersyukur

Linda Assalamualaikum Ustaz... saya ada satu kemusyikilan tentang Forex adakah ianya HALAL dari sudut pandangan Islam?  2010-04-05 7:50 AM

Hindarkan

lilyputeh salam ustaz.saya bermimpi yang saya antara yang terpilih untuk naik ke kapal mewah.dr atas kapal nampak pulau yg sangat cantik wp gayat.apa maksudnya2010-04-05 6:51 AM

Berhati-hati dalam tindakan waktu dekat ini

Ahmad A salam bang mat.bila blk msia?lama xjumpa.saya ade di kl.kalau sempat bole ketemu.lama xjumpa abg mat.dr kwn abg mat di London   2010-04-04 6:05 PM

Insyaallah

Amar salam ustaz, doakan kejayaan kami skali di sana... kami lama tak jumpa ustaz kat kolej 6...2010-04-04 3:53 PM

Insyallah ada umur kita ketemu

nur salam ustaz.. mengapakah hati saya sering mengata yang pada seseorang? maksud saya selalu di hati saya beranggapan tak baik pada seseorang. tapi saya tak luahkan di mulut. Saya sedar yang hati saya berkata2 perkara yang tak baik. Saya selalu positifkan minda saya kearah kebaikan.. Alhadulillah fikiran saya padat melawan kata2 yang tak baik dalam hati saya.. Saya selalu beristighfar.. Ape kena dengan hati saya ni ustaz?   2010-04-04 11:54 AM

Kena didik lagi

tun slm..boleh tau selawat apakh yg ank2 ijabah dan ustz amalkan selalu itu..2010-04-04 11:44 AM


Selawat dari kitab Dibaie dan Burdah

ibu amln ayt apa plak yg mnjadikn org merasa lunak hati dgn apa yg kita katakn..utk pndakwah tpi utk ibu boleh x utk motivat ank2 kita..  2010-04-04 11:21 AM 

boleh, surah Taha ayat 1-5

LABU n LABI Salam.Ust, setahu sy belangkas xblh mkn krn ia bntng 2 alam. Halal ke ia dimakan?   2010-04-06 12:43 AM

Tak halal

Ringgo salam ziarah pagi ustz..  2010-04-05 5:54 PM

Salam…

Guest Salam. slps isya' saya tlh solat witir 3 rakaat, jika kemudiannya saya bangun utk btahajjud, berapa rakaatkah perlu saya solat witir..  2010-04-05 3:16 PM

Ada banyak pendapat, antaranya

-Terus solat tahajjud tak perlu witir 
- selepas tahajjud nanti buat witir semula

- witir dulu satu rakaat untuk genapkan jadi empat witir yang telah dibuat, kemudian solat tahajud, kemudian buat witir lagi tiga rakaat

wan ustaz..sy selalu menyalahi ketentuan Tuhan dan dugaan yg diberi..semua itu sy mengutuk dlm hati..kdg2 sy rase sgt kecewa, mrh, sedih..kmdian tersedar itu sume bisikan syaitan..kmudian cuba melwn prasaan kecewa dgn beristifar..bca ayt kursi..kmdian dtg kmbali..bgimn nk tetapkan hati?ini krn sy insane yg selalu diuji dgn perkara yg sgt sy tidak sukai..tlg la ustaz..sy rase sy seorg yg sgt x berguna n berdosa..adakah sy msih mampu mndpt phala ats dugaan diberi krn sy amat redhai dugaan itu kdg2 sy rase x adil apa yg sy hadapi..  2010-04-05 1:28 PM

Tuan sedang kena ujian hati, banyakkan berdoa untuk Allah lindungi

zikruallah assalamualaikum..ustz, sy seorg pljr yg bkl m'duduki PMR. sy t'kilan krn ustzh sy m'numpukn 9A je..tnpa m'mikirkan tujuan asal m'nuntut ilmu  2010-04-05 8:38 AM

Doakanlah ustazah tu

Guest Salam ustaz, adakah air sembahyang yang diambil sah sekiranya celak yang dipki di mata tidak dicuci dahulu  2010-04-05 8:06 AM

 
sah kerana celak tak halang air, kecuali celak yang dibuat dari bahan moden, macam lilin, kena hilangkan

Khadijah upah haji untuk ibu/ayah mana lebih baik anak lelaki buatkan atau upah pd orang. sekiranya anak lelaki belum bersedia macam mana?   2010-04-07 8:14 AM 

dari segi afdhal, anak sendiri, tapi kalau tunggu hingga anak bersedia, lambat sangat, maka minta orang buatkan

bam137 Slm,ustaz,seronok sgt & mmg da lama teringin utk melwt tmpt2 bsjrh Islam ni.Mmg sy mnt dlm mndlmi ilmu2 sjrh.Sy minta kbenarn utk copy pic&article  2010-04-07 7:08 AM

Silakan…

afira musla bt abdul hadi mcm mana nak doa supaya dpt 5aa dlm upsr 2010-04-06 2:08 PM

doa dalam bahasa Melayu pun bagus

Wallahualam

Jika masih kurang jelas, boleh ajukan semula soalan

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

Jumaat, 9 Jamadil Awal 1431/ 23 April 2010 jam 7.50 pagi

17 comments:

S said...

salam,

Ustaz,
Alhamdulillah. dapat banyak ilmu.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...

sy ingin bertanyakan hal mengenai mimpi.. sudah seringkali sy bermimpi bahawa rambut saya gugur dengan banyak... dan ada juga mimpi saya itu saya dirasuk.. adakah ini suatu mainan tidur ataupun sekadar bayangan saya.. mohon ustaz perjelaskan.. terima kasih..

Hikmah said...

Assalamualaikum ustaz. saya baru2 ni ada mimpi yg sy kena rasuk , tp dlm mimpi sy itu , sy melawan rasukan itu. dan ada sekali sy bermimpi ular hitam yg dibaling kpd sy oleh seorang lelaki tetapi sy melawan semula
adakah ini cuma mainan tidur atau ada maksudnya?

evagreen said...

Assalamualaikum ustz.. sy sudah byk kli bermimpi melihat kawan kerasukan.. sy menjadi musykil kerana bermimpi byk situasi spt sdg berenang di kolam mndi brsama rakn sy, tiba2 kwn sy itu krasukan.. terbangun sje dr tidur sy trus rse cemas dan takut.. adkh mimpi ini mempunyai mksud ataupun mmpi yg perlu sy abaikan sje?

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz.. Semalam saya bergaduh dengan kawasan saya.. Dia boleh dikatakan kuat agama.. Pada malam tu saya tidur, saya termimpi kaki saya diheret dan tiada siapa yang saya ingin meminta tolong melainkan kawan saya tu.. Walaupun saya bergaduh di alam realiti, kenapa dalam mimpi pun tetap ada perasaan marah? Tapi dalam mimpi tu, dia tolong saya untuk halau makhluk halus yang menarik kaki saya dan rasuk ke badan saya..

MA said...

Ustaz,apa maksud mimpi orang kena rasuk dan dalm mimpi tu saya yang buang makhluk halus tu dari badan seorang permpuan tu.Adakah perempuan bole buang makhluk halus dari badan orang?

MA said...

Ustaz,apa maksud mimpi orang kena rasuk dan dalm mimpi tu saya yang buang makhluk halus tu dari badan seorang permpuan tu.Adakah perempuan bole buang makhluk halus dari badan orang?

Nasreen Nadhirah said...

Assalamualaikum ustaz, saya mimpi gigi bongsu belah kanan saya dicabut oleh doktor. Apa makna mimpi tu?

Anonymous said...

Assalam,ustaz...sy selalu mimpi something weird...mimpi tu...ada sesuatu nak rasuk sy...then, sy cakap tidak kira apa pun yg berlaku sy pilih Allah...then, sy baca ayat kursi...dlm mimpi sy...ada 3 tahap...tahap pertama sy tlepas...tapi sebutan sy baca ayat kursi x jelas...sy hampir dkuasai...tahap kedua, sy tlepas dgn bacaan yg jelas, tahap ketiga...sy hampir dirasuk tetapi sy memilih Allah...sudah byk kali mimpi yg sama...dlm gambaran sy seolah2 ada 2 org kena rasuk...suasana rumah lama...gelap. Yg paling pelik dlm mimpi sy...benda tu cakap dah lama dia perhatikan sy...semua gerak geri sy...dlm gelap...sy pernah nampak 2 biji mata merah memerhatikan sy dlm gelap...sy x faham...sy jenis yg sukar utk percaya benda2 macam ni...then, sometime, sy bleh tahu sesuatu yg berlaku...before sy alami kejadian tsebut...sy betul2 x faham...selalu sy dengar org memanggil nama sy...sy check x de...kalau sy fikir sesuatu...perkara tu akan berlaku...sy x faham...byk sudah perkara pelik2 blaku...sy minta jasa baik ustaz jelaskan...tq so much

Nur raudah said...

Salam saya nk bertanya...saya sering bermimpi badan saya kejang dan ia mcm benar2 berlaku..mimpi ni berlaku btul2 di tempat saya tidur..saya tidak bole bergerak..saya xtau la saya kene rasuk ke apa..tapi saya rasa mcm kene rasuk sbb masa saya nk baca ayat2 pelindung x bole dan amat sakit sekali..saya rasa saya dlm separuh sedar tapi bdn saya sgt kejang dan x bole bergerak..mimpi ini akan berhenti apabila org datang dan saya pun trus bgn mcm biasa seperti tiada apa2 berlaku padahal dlm mimpi itu saya amat takut dan sakit....saya harap ustaz jwb soalan saya ini kerana saya tidak tahu nk buat apa dan mimpi ini sering berlaku mcm nk bgtau saya sesuatu...

Unknown said...

Salam ustaz, jika saya bermimpi saya dirasuk hantu tapi tidak bersikap ganas, ayah saya cuba untuk keluarkannya tetapi tak dapat dan apabila cuba hubungi ustaz, tidak dapat juga. Apakah maksudnya?

Unknown said...

Dalam mimpi tu, mata hitam saya penuh macam dalam movie2 horror bila kena rasuk

Afriena Natasha said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum ustaz. Saya seorang pesakit gangguan. Dan masih mendapatkan rawatan di Darul Syifa. Saya Selalu dapat mimpi menakutkan. Mimpi pertama, mimpi dikejar anjing hitam, mimpi kedua saya dirasuk & dikejar oleh ramai peruqyah. Adakah itu saya hanya terbawa2 perasaan atau itu adalah kesan daripada gangguan yg sedang saya hadapi.

Unknown said...

sebelum ni sy mimpi anak lelaki sy syed ieman hilang dan sy jumpa dia dlm longkang dan sy ambik peluk dan x bg dia keluar... semalam pula sy mimpi anak sy syed ieman kena bungkus kepala dengan plastik 3 lapisan di sebuah kedai dan hari ni sy mimpi suami mcm kena rasuk.. lepas tu anak lelaki saya syed heiqal menangis ( xtau sbb apa tp dia mmg manja suka menangis) dan anak lelaki saya sorang lg syed ieman berjalan meluru ke satu kawasan ramai kanak2 dan sesiapa pun x blh masuk ke kawasan tersebut.. mimpi2 ni hadir masa sy lelap dlm 10-15minit je

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz...sya nak tnya..sya kerap mimpi org tu kena rasuk..dalam mimpi tu saya tolong bacakan apa apa surah kat dia..apa maksudnya ustaz??

Unknown said...

salam ustaz. apa erti mimpi ibu hampir kena rasuk? dalam mimpi tu ibu saya seolah olah sedang lawan rasukan tu dengan baca ayat ayat alquran.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...