Tuesday, April 27, 2010

Diari 215 – Kursus Borong China Di Brunei

Ahad 25 April 2010, jam 8.00 pagi-5.00 petang, Kursus Borong China (www.kursusborongchina.com) telah melepasi jangkauan geografi apabila dianjurkan di Brunei.

Alhamdulillah, ramai juga yang menyertainya.

“Ramai juga orang Brunei yang ingin menjadi usahawan” bisik hati saya.

Ia dikendalikan oleh pengasasnya, Shahbudeen Jalil dari Anzac Consultancy.

Pada waktu petang, saya mengisi tajuk Peniaga dan Ekonomi Islam.

Sepatutnya, slot saya adalah satu jam. Tetapi, apabila saya membentangkan mengenai sistem ekonomi Islam, banyak istilah yang mereka kurang biasa mendengarnya.

Jadi, slot saya menjadi agak kaku.

Ia hanya menjadi bermaya kembali ketika saya menceritakan pengalaman saya menguruskan jenazah di China. Perbentangan disertakan dengan gambar-gambar yang dipancarkan melalui projector.

“Mati itu di mana-mana, jangan takut….” Kata saya.

“Dan kalau kita ditakdirkan mati di sana sekalipun, insyaAllah, persatuan Muslim di negara China akan membantu, inilah ikatan persaudaraan yang dibentuk di dalam Islam” tambah saya lagi sambil menceritakan kisah bagaimana Persatuan Muslim Shenzen membantu saya mengebumikan jenazah Allahyarham pakcik saya pada Januari lepas.

Slot saya dihabiskan dalam masa 45 minit.

Kursus Borong China yang dianjurkan di sini kala ini mendapat liputan dari bilik berita di RTB (Radio Televisyen Brunei).

Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh Yang Berhormat, Awang Haji Abu Bakar bin Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Penghulu Mukim Lumapas.

Di hujung kursus, ramai yang berpuas hati dengan perjalanannya.

Semoga ia memberi manfaat kepada seluruh yang hadir terutama kepada rakyat Brunei yang mengikuti kursus ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Selasa, 13 Jamadil Awal 1431/ 27 April 2010 jam 4.30 petang

Dalam perjalanan dari Brunei ke Kuala Lumpur

IMG_7798

Shahabudeen Jalil, pengasas Kursus Borong China yang dianjurkan di Brunei.

IMG_7978

Kursus ini mendapat liputan dari bilik berita RTB (Radio Televesyen Brunei)

IMG_7789

IMG_7796

Antara yang hadir

IMG_7977

Slot mengenai peranan peniaga dalam Islam dan tasawwur (gambaran) ekonomi Islam

Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh Yang Berhormat, Awang Haji Abu Bakar bin Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Penghulu Mukim Lumapas.

  

Di tutup dengan doa

IMG_8009

Kenangan selepas kursus

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...