Hari itu 27 April 2010, hari terakhir saya di Brunei. Pagi ini saya dijemput untuk memberikan kuliah Subuh di Masjid Lambak Berakas.
Subuh di sini 4.55 pagi jadi, pukul 6.00 pagi tu dah agak terang. Sedangkan waktu masuk ke pejabat seperti di Malaysia, jam 8.00 pagi. Orang Brunei mempunyai waktu yang agak panjang dari waktu subuh ke waktu permulaan kerja atau sekolah.
Kalau kita di Malaysia, ada yang waktu subuh pukul 6.00 pagi, jadi, lepas tu terus nak bergegas mengejar pergi kerja.
Sesetengah anak sekolah kadang kala tak solat subuh kerana takut tertinggal bas sekolah. Begitu juga bagi sesetengah orang yang bekerja kilang. Kadang kala tertinggal solat kerana takut ditinggalkan bas sekolah.
Saya berkenalan dengan Imam di sini, Imam Haji Asyraf, seorang yang peramah dan telah beberapa kali datang ke Malaysia.
Sama seperti kuliah, Magrhib, tempoh berkuliah lebih jurang setengah jam.
Tajuk yang saya bawakan pagi ini juga mengenai “Pengurusan Akhirat”, satu tajuk yang agak penting untuk direnungkan untuk kita merancang kehidupan akhirat kita.
Hari ini, ramai orang sibuk merancang hari tuanya, tetapi lupa untuk merancang hari akhiratnya. Semoga kita tergolong di dalam orang yang sentiasa merancang dan bersedia untuk kehidupan akhirat. Di dalam hadis, nabi saw menyatakan bahawa:-
الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا
Orang yang cerdik itu adalah orang yang merendah diri dan beramal untuk persediaan selepas mati dan orang yang lemah (bodoh) adalah orang yang mengikut hawa nafsunya (hadis riwayat at-Tarmizi).
Apakah sebaik-baik persediaan mati? Iaitu amalan dan terbaik adalah amalan yang terus kekal pahalanya walaupun kita sudah tiada.
Dan amalan yang kekal pahalanya itu ialah
1. Sedekah Jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang sentiasa mendoakan
Semoga kita tergolong di dalam orang yang sentiasa memperbaiki diri untuk kehidupan akhirat kita.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
Rabu 16 Jamadil Awal 1431/ 30 April 2010 11.45 pagi
Masjid Lambak Berakas
Selepas kuliah, biasanya kita akan mengisi buku lawatan
Bersama Imam Haji Asyraf
Di sini, kuliah Maghrib pun mengisi dada akhbar
No comments:
Post a Comment