Wednesday, April 14, 2010

Diari 204 – Perhimpunan MASAA

Ketika saya berada di UIAM di dalam pengajian LLM (AIOL), kawan-kawan sekelas saya kebanyakkannya terdiri dari pegawai-pegawai undang-undang di jabatan-jabatan kerajaan.

Mereka adalah orang-orang yang hebat di dalam kerjaya mereka. Ada di antara mereka berasal dari sekolah yang sama dengan saya iaitu Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu Kelantan.

Berbual mengenai sekolah lama, kami begitu gembira bercerita mengenai kisah-kisah lama kami.

Apa kelebihan Maahad Muhammadi pada ketika itu.

Jika dilihat dari mata saya, antaranya ialah  kesinambungan guru besarnya yang sangat penyabar dan berjiwa pendidik. Tidak mudah anak-anak murid dari Maahad Muhammadi itu dibuang walaupun mereka mempunyai kesalahan disiplin.

“Kalau di sekolah Maahad pun mereka teruk, kalau kita buang, di luar, lagilah teruk nanti” kata Ustaz Nik Razi Nik Mat, pengetua di zaman saya.

“Tapi betul ustaz, saya dulu memang nakal sikit” kata salah sahabat sepengajian saya di UIAM ini.

“Lompat pagar, malas belajar, tapi, guru besar waktu tu, akan selalu dirikan solat hajat untuk anak-anak murid sekolah ini” tambah sahabat saya lagi.

Hasilnya, mereka sekarang adalah orang-orang yang hebat di dalam kerjaya mereka.

Terpulanglah pada pembaca untuk menilainya, tapi saya cukup percaya pada solat meminta hajat agar Allah berikan kebaikan kepada kita di dunia mahupun di akhirat.

Hari ini, Allah telah amanahkan satu sekolah agama untuk saya. Ia tidak sehebat Maahad Muhammadi yang muridnya menjangkau hampir 2000 orang kala itu.

Ia hanyalah sebuah sekolah bernama Maahad Sains al-Quran al-Amin (MASAA)

Sebuah sekolah yang menggabungkan pendidikan akademi dan agama dan tahfiz al-Quran.

Keputusan peperiksaan di dalam PMRnya Alhamdulillah, tapi itu bukan cabaran sebenar sekolah ini.

Cabaran sebenarnya ialah bagaimana ingin menjadikan anak-anak ini bakal pemimpin masa akan datang, orang yang mempunyai ilmu dan jiwa yang kental menghadapi cabaran-cabaran hidup dunia ini, yang hati mereka bagai hati wali-wali Allah yang tidak gentar pada urusan dunia dan tidak bersedih kerananya.

Hari ini, Selasa 13 April 2010, saya bersama guru-guru menghadiri perhimpunan murid di MASAA .

Ada denda disiplin yang dikenakan pada pelajar kala ini.

“Eleh ustaz, perlahannya rotan” bisik seorang guru pada saya ketika saya menghayunkan rotan pada anak ini.

Kalau nak ikutkan sakit atau tidak, pasti mereka hanya boleh tergelak dengan rotan ini.

Tapi, ia bukan matlamat, matlamatnya ialah mereka menjadi orang yang soleh dan solehah.

Selain dari denda yang sangat ringan ini, solat hajat dan doa perlu dipanjatkan pada mereka semua agar Allah lindungi mereka dari anasir yang kurang sihat.

Barangkali saya teridola dengan kaedah Maahad Muhammadi ketika itu.

“Hari ini, awak semua berhimpun di MASAA ini, satu hari nanti saya mahu awak berhimpun di dewan-dewan Parlimen, dewan perniagaan antara bangsa, dewan PBB, membahaskan mengenai kemaslahatan umat Islam, belajarlah betul-betul, dan saya doakan kamu semua berjaya di dalam hidup” doa saya pada semua di akhir perhimpunan.

Inilah anak-anak saya, anak-anak bangsa saya, anak-anak seIslam saya. Saya harapkan mereka menjadi orang-orang yang hebat untuk masa depan, agar mereka selamat di dunia dan selamat di akhirat, amin….

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

29 Rabiul Akhir 1431/ 14 April 2010 jam 12.30 tengah hari

IMG_6956

Perhimpunan MASAA

IMG_6965

Ada denda disiplin hari ini.

IMG_6974

antara pelajar muslimah.

5 comments:

S said...

salam,

ustaz,
smoga Alah memberi taufiq kepada ustaz dalam mendidik bangsa.

atuk said...

Assalamualaikum Ustaz

kita tidak tahu apa akan terjadi di masa akan datang

insyaallah berdoa shj semoga anak didik kita berjaya di dunia dan akhirat

Wassalam

taj said...

Salam,

saya kak Taj, kita pernah jumpa pd majlis tahlil di bilik Hj Mohd Azli di Mekah tempohari...moga masih ingat pd akak..

insyaAllah, semoga anak didik ustaz akan berjaya memperjuangkan Islam sehingga akhir hayat... berjuang dgn cemerlang...amin

Ustaz Amin said...

Amin....

wira said...

assalamualaikum utz...

saya nak tanya berapa umur anak boleh masuk sekolah MAASA tu..

wassalam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...