Rabu 31 Mac 2010 jam 8.00 malam, kami dijemput untuk menghadiri satu jamuan makan di rumah Habib Ahmad Saga di Syari’ Mansur
Gambar : Anak-anak yaim al-Ijabah bersama penjaga mereka
Kami menaiki van menuju ke rumah beliau dan solat Isyak berjemaah di sana.
Habib Ahmad Saga, seorang yang fasih berbahasa Melayu kerana sering ke Nusantara, cukup pandai menghiburkan hati kami yang hadir pada malam ini. Sangat menghormati tetamu dan begitu kasih dengan anak yatim.
Anak-anak Ijabah tidak kering gusi dibuatnya mendengar celoteh Habib Ahmad Saga. Setiap seorang dari mereka dikepitnya seperti anaknya.
Di dalam rumah Habib Ahmad
Habib Ahmad mempunyai anak bernama Abdul Aziz, kebetulan salah seorang anak kita bernama Abdul Aziz. Dia menyuruh anaknya saling berpelukan ukhwah dengan anak kita.
Boleh agak tak apa yang dicelotehkan?…
Bersama meraikan kami malam ini juga ialah Habib Yusuf al-Liyhani
Majlis diserikan dengan nasyid dari anak-anak al-Ijabah
Berbual dengan seorang tetamu dari Sulawesi yang baru menzirahi Baitul Maqdis.
Bersama Habib Ahmad Bahitham, seorang pensyarah di Universiti Ummul Qura yang sama-sama meraikan anak-anak Ijabah malam ini.
Malam ini, kami dihidangkan dengan nasi lauk ikan dan daging unta
Bukan main selera lagi anak-anak Ijabah.
Habis satu dulang. Hebat tak anak-anak kita?…..
Di akhiri dengan doa dari Habib Yusuf al-Lihyani untuk kebaikan semua yang hadir terutama anak-anak al-Ijabah.
Sebelum pulang, Habib Ahmad mencium setiap kepala anak-anak yatim al-Ijabah.
Salam perpisahan, insyaAllah, panjang umur dan murah rezki, jumpa lagi.
Kami di hantar pulang ke hotel oleh anak Habib Ahmad Saga.
Sesungguhnya, Ukhwah Islamiah, menyatukan umat berbilang bangsa.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah
16 Rabiul Akhir 1431/1 April 2010 jam 10.30 malam
No comments:
Post a Comment