Tuesday, April 27, 2010

Diari 214 – Pertemuan Ilmiah Bersama Mufti Brunei

“Ustaz, esok perjumpaan dengan Mufti jam 10 pagi, salam..” satu massage masuk ke dalam telifon saya dari Sh. Adnan.

Beliau adalah orang yang mengaturkan perjumpaan saya dengan Pehin Datu Seri Maharaja Datu Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Hari ini, Selasa 27 April 2010, jam 9.15 pagi, Sh. Adnan telah berada di Voctech International House, tempat saya tinggal di Brunei ini.

Jam 9.30 pagi, kami bertolak ke Jabatan Mufti.

Sesampainya kami di sana, saya diajak melawat sekitar Jabatan Mufti ini. Di sini terdapat unit penerbitan buku-buku tulisan Mufti.

Mufti Brunei memang terkenal orang yang rajin menulis. Banyak koleksi tulisan beliau diterbitkan di sini.

Buku-buku ini pula semuanya dijual dengan harga yang disubsidikan oleh Kerajaan Brunei. Buku-buku tebal dengan kualiti kertas yang baik hanya dijual tak sampai 10 ringgit Brunei.

Di kompleks ini juga terdapat koleksi peribadi Sultan Brunei iaitu koleksi Quran, kitab-kitab lama, tongkat dan tasbih baginda.

Di sini juga terdapat kelambu pintu kaabah yang dihadiahkan oleh Raja Saudi kepada Sultan Brunei.

Saya memerhatikan setiap koleksi kitab-kitab lama yang banyak lagi belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

“Kalaulah aku diberi peluang menatap setiap rahsia kitab-kitab ini, alangkah beruntungnya” bisik hati saya

Jam 10.15 pagi. Saya dipersilakan untuk bertemu dengan Mufti.

Saya melangkah masuk. Dengan mukanya yang tenang, beliau menyambut saya dengan mesra.

Perbualan kami menjurus kepada Islam dan masyarakatnya. InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan isi perbualan kami.

Banyak nasihat-nasihat yang diberikan oleh Pehin Mufti yang sangat berguna.

Sebelum pulang, saya sempat menghadiahkan buku yang saya tulis.

“Pehin Mufti, ini buku kecil yang saya tulis sebagai khidmat pada masyarakat muslim, minta Pehin betulkan yang silap dan tegur yang salah, saya perlu bimbingan dengan orang-orang berpengalaman” kata saya.

“Alhamdulillah, terima kasih” kata Pehin Mufti.

“Tunggu sekejap ye, saya juga ada hadiah untuk kamu” kata Pehin Mufti.

Kemudian, beliau menghadiahkan kepada saya buku-buku karangan beliau sendiri.

Begitulah kebiasaan orang Alim, selain nasihat, mereka akan menghadiahkan kita kitab-kitab untuk manfaat kita.

Kerana dengan tulisan yang baik, ia menjadi nasihat pada kita di mana kita berada.

Hari ini, saya menerima sembilan buah kitab karangan beliau sendiri.

Jam.11.45 pagi. Saya melangkah keluar dari kawasan Kompleks Jabatan Mufti. Kala ini, Jabatan Mufti Brunei berada langsung di bawah Sultan.

“Pehin, doakan saya ye” kata saya di akhir pertemuan.

Alhamdulillah, hari akhir di Brunei ini, dapat ditutup dengan menziarahi orang Alim, semoga terus memberi manfaatnya untuk diri saya dan dapat kita kongsikan bersama.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Voctech International House

Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

13 Jamadil Awal 1431/ 27 April 2010 jam 12.30 tengah hari

IMG_8431

Beduk sebesar dua kali perahu besar, menjadi hiasan Jabatan Mufti

IMG_8399

Slogan Jabatan Mufti

IMG_8400

Carta tugasan

IMG_8401

Mendengar taklimat mengenai Jabatan Mufti

IMG_8404

Melawat bahagian penerbitan

IMG_8417 

IMG_8422

Bersama ustaz yang bertugas

IMG_8428

Sebahagian perpustakaan dan buku-buku serta kitab rujukan

IMG_8425

Bersama

Pehin Datu Seri Maharaja Datu Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

IMG_8427

Semoga, menziarahi orang Alim, memberi inspirasi kepada diri ini untuk terus berkhidmat pada agama, amin…

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...