Saturday, April 3, 2010

Diari 195 – Usrah Jeddah

2 April 2010 jam 5.00 petang, saya dan anak-anak Ijabah bertolak dari Kota Mekah ke Jeddah dengan menaiki bas.

Malam ini, kami ada majlis ilmu bersama Kelab Malaysia Jeddah (KMJ) yang dibuat di Islamic Development Bank (IDB).

Majlis ilmu ini dibuat setiap minggu sejak 2005 dan ia dipanggil sebagai usrah Jeddah.

Kami sampai di tempat program di Jeddah jam 7.30 petang. Terus solat maghrib berjemaah.

Malam ini, saya diminta untuk menyampaikan satu kuliah.

“Ustaz, dalam sejam, sejam setengah” kata Haji Ahmad Tarmizi, Presiden Kelab ini.

“Lama juga tu, sejam, sejam setengah, tapi insyaAllah” kata saya.

Saya dijemput untuk duduk di hadapan semua yang hadir.

“Apa tajuk yang nak disampaikan ye” bisik hati saya.

“Aaah, kalau sejam atau sejam setengah ni, saya bawa tajuk 15 pasangan ilmu” kata saya.

Tajuk pasangan ilmu ini pernah saya bawa di dalam program “Tanyalah Ustaz” tidak lama dulu.

Yang ingin merujuk pada isi kuliah, boleh melayari entry di bawah:-

http://www.ustazamin.com/2009/12/bicara-ilmu-10-tanyalah-ustaz-pasangan.html

Majlis dimulakan dengan saya menerangkan latar belakang ringkas Yayasan al-Ijabah, satu Yayasan yang menjaga dua rumah kebajikan iaitu anak yatim dan orang HIV muslim.

Kemudian, diteruskan dengan tajuk perbicangan malam ini.

Semua kupasan dapat disempurnakan pada jam 8.45 malam. Kami kemudian bersolat berjemaah bersama-sama.

Malam ini, sahabat dari Usrah Jeddah membuat kutipan bagi anak-anak Ijabah. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas sumbangan sahabat-sahabat sekalian.

Jamuan malam ini ialah nasi lemak.

Saya tersenyum sendiri. Rezki tekak orang Melayu, mana-mana pun, ada juga masakan Melayu.

Jam 10.00 malam, kami pulang ke Kota Mekah dan berhenti untuk berniat umrah. Malam ini, sekali lagi anak-anak Ijabah dapat menyempurakan umrah dengan penuh semangatnya. Satu jam setengah sahaja siap semua sekali.

Barangkali, rasa segar pekena nasi lemak dari Jeddah kot…

Terima kasih pada semua sahabat-sahabat di sini, panjang umur, murah rezki, kita jumpa lagi, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

18 Rabiul Akhir 1431/3 April 2010 jam 12.00 tengah hari

IMG_5760

Bersama Haji Ahmad Tarmizi, Presiden Kelab Malaysia Jeddah (KMJ).

Kuliah malam ini bertajuk 15 pasangan ilmu

IMG_5766

Hadirin yang hadir

IMG_5776

Hadirin yang hadir

IMG_5795 

IMG_5803

Majlis di akhiri dengan sola isyak berjemaah

IMG_5805

santai jemaah selepas kuliah

IMG_5818

Sahabat di sini membuat kutipan untuk al-Ijabah, terima kasih saya ucapkan.

IMG_5825

Kenangan bersama sahabat di Jeddah

IMG_5829

Malam ini, kami di jamu dengan nasi lemak Jeddah.

IMG_5841

Panjang umur, jumpa lagi insyaAllah.

Balik ke Mekah, kami membuat satu umrah, alhamdulillah….

2 comments:

Fahmi jeddah said...

salam ustaz,

minta izin save foto usrah jeddah ni untuk kenangan.

syukran.

Ahmad Tarmizi said...

Salam,

Terima kasih diatas kesudian rombongan Ustaz Amin dan anak-anak yatim Yayasan Al Ijabah ke majils usroh mingguan kami tempoh hari.

InsyaAllah mudah-mudahan jika ada rezeki dan dipanjangkan umur dapatlah kita berjumpa lagi tanah suci dan jangan lah segan silu untuk menghubungi kami nanti jika Ustaz datang lagi.

jazakaAllah

Ahmad Tarmizi

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...