Sunday, September 6, 2009

Diari 111 - Catatan Masjid al-Haram

Pukul 5.30 petang 30 Ogos 09, semua jemaah berkumpul di lobi hotel. Kami bertolak masuk ke dalam Masjid al-Haram, memulakan tawaf.

Semasa tawaf, telah ada orang yang memegang kotak-kotak berisi kurma. Dia akan mempelawa orang ramai untuk mengambil kurmanya.

Orang ramai yang telah habis tawaf akan terus duduk di saf-saf sembahyang. Saya dan jemaah, tamat tawaf 10 minit sebelum azam Maghrib.

“Ok, kita solat sunat tawaf dan terus berbuka. Nanti jumpa dekat tangga sebelah sana untuk saie” kata saya pada jemaah perempuan.

Selesai solat, saya duduk menunggu azan Maghrib. Ramai yang menghulurkan tamar, air dan juga kopi arab.

Tidak akan lapar orang yang tawaf ketika ini. Akan ada sahaja orang yang menghulurkan air dan tamar.

Azan berkumandang, semua yang ada berbuka puasa. Selepas berbuka, kami menunggu iqamat. Malam ini merupakan malam merdeka bagi Negara kita. Semoga Allah terus pelihara kesejahteraannya dan terus menjadikan Islam semakin kuat pengamalannya.

Mata saya tertumpu pada seorang yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok hitam. Begitu patriotik malam pada malam merdeka ini.

Iqamat dilaungkan. Semua jemaah membentuk saf mengelilingi Ka’abah. Takbir mula diangkat.

Berbeza dengan di Madinah, solat Maghrib di Mekah ini lebih panjang dari di Madinah.

Tamat solat, saya membawa jemaah untuk saie. Ketika ini, pekerja Masjid al-Haram sibuk membersihkan masjid. Di simbahkan air sabun dan mereka berlari-lari membersihkan masjid. Saki baki orang berbuka disapu bersih. Termasuk juga kasut-kasut yang diletakkan disekitar tiang masjid.

“Hajee.. Hejee, Hajee..” kata mereka memberi amaran kepada para jemaah yang ada di sekitar masjid al-Haram ini. Kebanyakkan mereka adalah warga Bangladesh. Hanya seorang mandur, memakai jubah putih, dengan serban merah mengarahkan mereka ke sana dan sini.

Pada ketika ini, ramai juga orang di tempat saie. Tetapi kami serombongan dapat menghabiskan dengan cepat. Ketika ini, tempat saie di tingkat bawah dan atas boleh digunakan. Ia mengurangkan kesesakan di tempat biasa.

Di tempat saie ini juga, kerja-kerja pembersihan juga sibuk dibuat. Sekali sekala, kami terpaksa ketepi untuk memberi laluan krew pembersih menjalankan tugas mereka.

Kami selesai membuat saie sebelum waktu isyak. Alhamdulillah, selepas tahallul, bermakna selesailah ibadah umarah untuk kali ini.

Nabi saw menyatakan bahawa, umrah pada bulan Ramadhan akan dikurniakan pahala seperti ibadah haji.
Semoga ia mengundang keredhaan Allah.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
6 September 09, jam 1.00 pagi
Akan ada orang yang menghulurkan air pada jemaah
Tamar juga diberikan
Kelihatan seorang yang menghulurkan kopi Arab
Malam merdeka di Kaabah, berpakaian lengkap Baju Melayu
Selepas berbuka, ada orang yang mengumpulkan bekas-bekas makanan
Krew pembersih yang membersihkan al-Haram
Kasut juga habis di sapunya
Pembersihan Masjid al-Haram
Kenangan selesai saie bersama beberapa jemaah

Diari 110 - Catatan Perjalana Madinah - Mekah

Saya dan ahli jemaah bertolak dari Madinah jam 12.00 pagi 30 Ogos 09. Kami perlu sampai ke Mekah pada waktu Asar. Perkiraan saya, pada bulan Ramadhan ini, lebih baik tawaf selepas Asar. Jika dibuat pada waktu malam sudah tentu ramai orang.

Perjalanan ke Mekah dipimpin oleh pemandu kami, Abu Iwad.

Perjalanan merentasi padang pasir antara Mekah dan Madinah. Abu Iwad membawa van yang kami naiki dengan laju.

Saya yang duduk di hadapan terasa goncangan angin dari kanan jalan, ketika Abu Iwad memecut selaju 150 km/ jam.

Sekali sekala, saya bersuara juga:-

“Intabih Abuya…” (jaga-jaga ayah..)

Barulah dia memperlahankan kenderaan. Agak lama, laju balik. Sampai malas nak tegur. Ikutlah, semoga selamat.

Melihat saya diam, dia cuba mengajak saya berbual.

“Engkau tahu tak, di Saudi ni, yang paling laju bawa kereta ialah orang Saudi dan orang Mesir. Tapi mereka cekap dan mahir” katanya.

“Kenapa? Kamu ingin cakap kamu ni cekaplah ye?” kata saya menyindir.

Abu Iwad ketawa besar. Dia yang berasal dari Qabilah Harabi agak peramah orangnya. Qabilah Harabi ialah Qabilah yang berasal dari Madinah. Selain dari Qabilah Harabi, yang agak terkenal di Madinah ialah Qabilah Zahrani dan Qabilah Qahthani.

Lagi 150 km untuk sampai Mekah, tiba-tiba, jalan dilanda ribut. Kenderaan yang kami naiki bergoyang dilanda ribut.

Ribut di sini tidak seperti ribut di Malaysia. Ribut di sini membawa bersama pasir-pasir dari bukit di kanan dan kiri jalan.

Saya berpaling ke belakang. Semua ahli rombongan sedang tidur. Perlahan saya membacakan doa untuk keselamatan perjalanan.

Di dalam mana-mana perjalanan, kita terdedah dengan berbagai risiko. Kita boleh mengurangkan risiko sesuatu tetapi Allah sahaja yang menyelamatkan.

Saya pernah berbual dengan Dato’ Hj. Masnawi Aton dari Irna Yakin Travel. Beliau menceritakan mengenai jemaah pertama beliau yang eksiden ketika dalam perjalanan dari Jedah ke Madinah. Beberapa jemaah meninggal dan dikebumikan di Baqi’ baru di Madinah.

Begitu juga dengan jemaah dari Zahafiz Travel yang pernah mengalami kejadian yang mengorbankan Allahyarham Haji Khairil Anuar.

Sebab itu, untuk selamat dalam perjalanan, selain dari usaha yang kita tingkatkan, hendaklah kita selalu berdoa pada Allah s.w.t.

Allah yang menyelamatkan dan Allah yang Maha Kuasa mengasihi setiap dari kita yang memohon kepadaNya.

Alhamdulillah, kami sampai ke Mekah jam 4.30 petang. Kami duduk di al-Marwa Hotel, jalan Ibrahim Khalil, Misfalah. Ia 180 meter dari Masjid al-Haram.

Itu untungnya jemaah dari Malaysia, selalu dapat Hotel yang agak dekat dengan Masjid al-Haram. Pada masa ini, Mekah agak ramai. Maklumlah, sekarang bulan Ramadhan.

Jemaah dari Semenanjung Tanah Arab ada yang duduk sebulan, beribadah untuk mendapatkan kelebihan bulan Ramadhan.

Alangkah indahnya setiap kali azan dilaungkan. Tenang dan memanggil setiap individu untuk ke Masjid.

Pada ketika tulisan ini dibuat, saya merasa agak sedih ketika berkesempatan melihat berita dari TV 9 yang memaparkan orang bukan Islam sudah mula berani mempertikaikan azan yang dilaungkan.

Dahulu, saya hanya dapat berkongsi surat bantahan penduduk bukan Islam mengenai azan yang dihantar pada MAIS. Hari ini, saya dapat dengar dengan telinga saya sendiri.

“Mmm, apa mahu jadi?”

Apa pun, kita harap yang terbaik untuk umat Islam di Negara kita. Laungan azan telah dilaungkan sejak sebelum wujudnya Malaysia, sejak ratusan tahun dahulu.

Jangan sampai ia terhenti kerana kelemahan kita.

Semoga, Allah terus memberikan kekuatan dan keikhlasan untuk pejuang Islam di Negara kita, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
6 September 09, jam 12.30 tengah malam
Ribut pasir yang berlaku sekitar 150 km sebelum sampai ke Mekah
Ribut menghayunkan kenderaan yang lalu lalang di sini
Mekah yang agak sesak ketika ini

Saturday, September 5, 2009

Sisipan 6 – Takziah Kepada Keluarga Allahyarham

Saya dengan ini, mengucapkan takziah kepada keluarga ADUN Bagan Pinang, Allayarham Azman Mohd Noor, 55 tahun yang meninggal dunia pada 2:30 petang tadi di Hospital Seremban Specialist Center akibat serangan jantung .

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menggolongkan beliau bersama orang-orang yang soleh, amin…

Satu lagi hamba Allah dijemput bertemuNya. Kuasa dan pangkat ditinggalkan. Yang dibawa hanyalah amalan.

Setiap kita juga pasti akan bertemuNya. Iktibar kematian iktibar terbaik untuk meningkatkan amalan.

Semoga Allah terus membimbing kita ke arahNya.

“Sisipan Mengumumkan Peristiwa”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
5 September 09, jam 2.30 pagi

Jawapan Pada Persoalan 57

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

Ingin Tahu salam. Ustaz, jika pelaku onani tdk dpt menhn nafsu dia di bln puasa, slps itu mgosok zakar dia tanpa keluar mani utk hlgkn nafsu trsbt, ape hukumnya? 2009-09-03 11:36 PM

Puasa tak batal. Hukum haram sebab ia ke arah membatalkan puasa dengan sengaja.

Noor@Taj Ustaz klu ada & diberi peluang saya ingin mengikuti romb ust ke Mekah. Nanti blh war2kan utk kami trt serta ustaz? 2009-09-03 11:17 PM

insyaAllah…

tonet 1-Ust, kata2 n pbuatan ibubapa mertua sy sgt2 mguris hati n perasaaan sy. 13 Sep nie genap la 2 th 4 blh sy bsbr n pendam segala2nya dlm hati... Psoalannya, bg mn caranya utk sy hilangkan rasa sakit hati atas pbuatan mrk thadap sy? Sy maafkan mrk tp x dpt mlupakannya... > suka mluahkan segala2nya tp suami n adik-bradiknya sy x bg coz dier takut ibubapanya bkecil hati walaupun dlm hal ini dier tahu n sedia maklum siapa yg bslh.... Tlg sy ust... Sy blh mgalah, memohon maaf walaupun bkn slh sy tp utk kembali spt dahulu, adalah sukar bg sy...2009-09-04 12:43 AM

1. sabar bukan pasrah, sabar ialah kematangan kita berfikir Sesatu itu ada hikmah. Kadang kala ramai orang rasa dia telah lama sabar, tapi sebenarnya dia tidak pernah bersabar.

2. Untuk hilangkan rasa sakit hati, doa pada Allah banyak-banyak

3. sedekahkan fatihah banyak untuk ibu/ bapa mertua, semoga dilembutkan hati

tonet Ust, klu org fitnah kat kita, perlu ke kita mpertahankan diri / bdiam diri n bserah pd Allah... 2009-09-04 12:35 AM

bercakap ketika orang bertanya sahaja. Tak perlu ke sana ke sini bercerita

nur_izaiti salam ustaz..syukran sbb menjawap soalan sy. usatad pap smear 2 de la ujian utk megesan kanser pangkal rahim ujian yg dilakukan apabila seseorg wanita menjalani hbg seks aktif biasanye utk org dh kawin. ustaz sy harap penjelasan sy ni x disalahertikan. sy menceritakan dr sudut sains yg sy faham n benda ni wajib bg yg dh kawin tp masih ramai yg takut utk melakukannya sbb segan sbb ramai pakar sakit puan de la Doktor lelaki Hbngn kelamin yg 1 shj sdh ckp menjdkn permukaan pangkal rahim terdedah dgn virus n kuman pd permukaan pangkal rahim terdpt "transformation zone" yg diselaputi sel awal yg sensitif. Sel ini blh berubah menjd sel kanser jika terdpt tekanan drpd virus dan kuman ika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim 2009-09-03 11:42 PM

kalau alat itu dimasukkan ke dalam faraj ketika puasa, maka batal puasa. Pasang lepas Ramadhan kalau tidak terdesak.

aiman salam. ustaz doakan kejayaan saya di sana akan mengambil peperiksaan UPSR. AIMAN FIRADAUS BIN ABDUL RAZAK. Tkasih ustaz. 2009-09-04 3:13 AM

Amin, Allah bersamanya..

musashi salam.. aku ada masalah dengan persoalan antara kebanaran dan kecelaruan. bagaimana jika seorang kanak-kanak yang lahir dalam keluarga yang memang tidak pernah mengetahui tentang islam 2009-09-04 3:10 AM

Semoga Allah beri hidayah padanya dan semoga kita selalu berdakwah pada mereka

aha ustaz,semasa blog ni dtulis ustaz sedang tidur kami dsini siang,adakah sama malm lailatulqadar diseluruh dunia 2009-09-04 2:47 AM

Sama, Lailatul Qadar ialah satu malam bermula Maghrib hingga ke Subuh. Banyak orang tertukar dengan waktu istimewa iaitu dua pertiga malam. Itu waktu afdal.

aha SALAM USTAZ,Saya mngikuti blok ustaz ni selepas utz keluaq tv9,banyak jwn uztz adalh petunjuk&ilham yg Esa,tlg doakan agar terus dberi ptunjukNya,amin 2009-09-04 2:44 AM

Amin.. Allah bersamamu

Die Salam ustaz, klu di bulan puasa kita terangsang tapi tidak sampai keluar mani...batal tak puasa? atau ia mengurangkan pahala puasa kita ? 2009-09-04 2:27 AM

Tak batal, pahala kurang jika terangsang dengan melihat melalui syahwat.

Kak Ida Salam Ustaz, Mohon Ustaz tolong doakan kejayaan anak saya (Izzuddeen b Ishak) yang akan mengambil UPSR minggu depan. Syukran 2009-09-04 1:44 AM

Amin.. Allah bersamanya..

Anggerikdesa Salam ustaz..bolehkah sy menghafal ayat suci al-quran ketika di dlm haid. 2009-09-04 4:33 AM

Niatkan untuk belajar..

putra Salam ustaz, doa kan saya sekeluarga dapat ke sana lagi, insyallah. 2009-09-04 4:02 AM

Amin.. Allah bersamamu sekeluarga..

culatupai assalamualaikum ! Pengamal Ilmu Hitam yang membela Hantu/Jin betulkah isteri nya akan di tiduri olih syaitan yang dia bela itu? 2009-09-04 4:00 AM

wallahu alam, kena tanya dia…

Kak Nor Ustaz, ada nak bawa group umrah dalam bulan december visa pelancong? Saya dan keluarga ingin nak serta. Syarikat mana? Terima kasih. 2009-09-04 3:57 AM

Kalau ada saya akan maklumkan insyaAllah..

nazrah_noor salam ustaz, moga dipermudahkan urusan di sana. salam dari krew penerbitan al hidayah.. 2009-09-04 3:57 AM

Terima kasih dik.. Allah bersamamu, salam kembali untuk semua krew penerbitan al-Hidayah..

tonet 1-Ust, mgapa skrg ramai org Ismal yg hya pd IC / Surat branak? Selalu myalahkan kehidupan yg susah yg myebabkan x dpt bljr... Sepatutnya kesusahan mjadikan kita > b'usaha bsungguh2 n tdk mbiarkan ank m'ikut jejak langkah mrk yg tdk b'ilmu... Maaf slh taip....Bkn Ismal tp Islam.... 2009-09-04 3:32 AM

kos belajar sekarang tinggi. Sebab itu perlunya Universiti Wakaf. InsyaAllah, saya sedang usahakan.. amin..

lida salam ustaz..kenapa solat jemaah zohor dan asar dibaca senyap..sedangkan subuh, maghrib dan isyak dibaca dgn suara yg kuat 2009-09-04 6:49 AM

hikmahnya supaya orang tak tidur..

syura Slm ustz.Xpe ke klu sya way solat tahajud tnpa mbca tasbih2 khas smsa ruku' dsb? maaf..slh eja..mksud saya buat solat tahajud..... 2009-09-04 5:26 AM

tak apa..

SJJJJ 'sape shbt kite akn mncrmnkan sape kite'..prnh dgr x?awk untung dpt b'shbt dg org mcm ustz n sma2 buat kje kbjikan so jgn la buang pahala2 yg awk dh kmpul dsbbkn mlut awk.b'sykrlah awk dprtemukn n ada pluang b'shbt dg org alim wpun sorg psti tmpiasnya akn tkna kt awk..fkr2lah whai SJ 2009-09-04 3:23 AM

SJ keh keh keh.. tujuan shoutbox ni bukan unt tanya soalan la ngok. Tujuan dia untuk kita shout apa kita fikir. Sheikh, guna nama sendiri dulu. Sng ckp. unt org mengumpat, mmg sesuai jwb mcm ni. baru dia akan terfikir psl org lain. bukan psl diri sendiri saja.2009-09-04 4:59 AM

honey ish..apa ni SJ dgn SJJJ ni..dh la tu.Bln puasa ni.SJ tak perlulah nak ngok ngok kan orang. 2009-09-04 5:25 AM

SJJJJ hmm..sng gnilah encik SJ,sume soaln yg dtnya dsini biar ustz amin je yg jwb.Bkn pe,klu djwb oleh yg bkn ahlinya tkut2 jd lain lak.. niat awk mgkn baik tp cra awk mnjwb tu klu leh mnyinggung prasaan org jd dosa lak..x gitu ke? 2009-09-04 4:54 AM

SJ saya bagi penyelesaian. Cari kesalahan diri sendiri dulu. Kalau nak salahkan bos sepanjang masa, mudah ler keje. he he he. 2009-09-04 4:40 AM

SJJJJ sdh sdh la tu SJ..wlau apepun tjuan awk nk 'smash' mreka yg tny soalan kt sni tp mmg xptut awk buat gtu.sya x rsa aisya nur ngmpat..dia cma critakan mslh dia spya ustz dpt tlg bg pndpt..awk mgkn dh ddk d tmpt tingi..dh stbil or mgkn dh jd bos.Mgkn sb tu awk x empati.. 2009-09-04 3:13 AM

SJ he he he.. SJJJ ni tak dpt fhm benda mudah. Itu pun nak guna nama org lain. Guna nama sendiri la. Mengumpat ler tu dok citer buruk bos kat sana & sini 2009-09-04 4:39 AM

tiadanama SJ_klu nk tegur mesti dgn bahasa yg sopan ..nabi sendri berlemah-lembuh dlm bertutur kata walaupun berhdpn dgn musuh Islam.. 2009-09-04 2:34 PM

tiadanama sy rasa SJ ni seorg bos yg slalu kna kutuk kot..sbb tu dia anti org yg kutuk bos byk2 la bersbr ye 'bos' bln pose ni x baik gaduh2 2009-09-04 7:29 AM

SJ bos ke tak bos, yg pasti, aku ikut hadis untuk menentang org mengumpat. tiadanama menentang nabi. nauzubillah. 2009-09-04 12:19 PM

tarmizi mengenai solat dlm masjid,btlkah solat klu trsentuh dgn knk2 y blm bersnt? 2009-09-04 8:30 AM

kanak-kanak tak sunat menanggung najis pada kemaluannya. Sentuh tak apa, jangan menanggung mereka seperti membiarkan dia duduk atas peha kita.

zahariah slm utz.seorg ank llki sy brumur 3 thn blm brsnt.ada pndpt mngatakn tdk sah tawaf jika mendokong knk2 blum bersnt ketika tawaf.adkh benar? bgaimana pula jika kita memimpin tgnnya mmn dgkn sy ign mmbwnya prgi umrah pd thn ini.harap ustaz dpt mmblsnya.trima ksh 2009-09-04 8:28 AM

tak

Guest Semuga isu HIVi tidak dipanaskan lagi. Bak kata ustaz apa yang patut kite buat bukan apa yang patutu mereka buat sepatutnya. 2009-09-04 7:47 AM

Amin…

Along Salam.. Kisah susu ke sapi ke, sudah2 la. Jgn ingat2 lg nanti rasa kecewa ingat ini pn slah satu ujian Nya nk tau keikhlasan & tujuan kita. kepada semua yg terlibat semoga Allah merahmati kamu semua... Amin. 2009-09-04 7:30 AM

Amin..

darling05 Ustaz, bila saya baca articak ini, hati saya pun begitu sayu, kenara lembu punya susu sapi punya nama, tetepi ALLAH lebih mengetahui. 2009-09-04 7:23 AM

Semoga Allah merahmati kita semua..

mojo saya teringin mengikut rombongan ustaz untuk menunaikan umrah. bagaimana cara nye ye ustaz 2009-09-04 7:20 AM

Nanti kalau saya pergi saya maklumkan..

lida bilakah yang dikatakan tidur khaulullah itu? selepas atau sebelum zohor. 2009-09-04 3:21 PM

sebelum zohor

lida bagaimana mudah utk bangun qiamulail.boleh ustaz bagi cara-caranya 2009-09-04 3:20 PM

kurangkan makan sebelum tidur dan bertaubat sebelum tidur

lida bagaimana ingin mengikhlaskan dalam membuat sesuatu? 2009-09-04 3:19 PM

ingat Allah dan akhirat..

lida saya ingin membantu ustaz dalam yayasan ini.bagaimana? 2009-09-04 3:18 PM

terima kasih, nanti saya akan war-warkan..

purnama tentang HIV tu ustaz jgn bersedih..mungkin Allah sdg menguji ustaz dan rakan2 dakwah. Wallahualam.. 2009-09-04 2:52 PM

Allah memberkati kita semua, amin..

purnama ustaz..bolehkah minta petunjuk melalui doa..cthnya dlm doa harian lps solat..bgimn nk th ilham tu dtg dr Allah dan bkn bisikn syaitn 2009-09-04 2:43 PM

boleh, ilham adalah lintasan utama

Guest salam ustaz.apakah kurma kegemaran nabi muhammad 2009-09-04 1:24 PM

Tak diberitahu secara detail. Tapi kurma yang Nabi tanam ialah Ajwa’

lida salam ustaz, lalu di depan orang yang solat apa hukumnya 2009-09-04 10:57 AM

haram jika saja-saja.

Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
4 September 09, jam 8.24 malam

Friday, September 4, 2009

al-Ijabah 19 - Isu Muslim Di Gereja - Mari Kembali Bersatu

Ketika saya menulis entri ini, perasaan saya bercampur baur, terharu dan syukur. Terharu kerana Allah izinkan pesakit HIV muslim keluar dari gereja, syukur kerana bermula dengan beberap orang, kini telah ratusan individu yang telibat secara aktif sama ada dari MAIS atau dari NGO.

Cuma, saya ingin mengajak seluruh sahabat dan pembaca kepada fokus awal di dalam usaha ini, iaitu mengeluarkan Muslim dari gereja untuk mencari keredhaan Allah.

Ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke gereja ini, adakah kita fikir para syaitan akan senang dengan kerja ini? Dari awal, mereka cuba menggagalkan usaha ini, melemahkan semangat, memecah belahkan setiap individu yang telibat.

Jika tidak berjaya menggagalkan, mereka akan membuatnya kucar kacir, hilang ikhlas, hilang focus, mencari nama, mencari kedudukan, mengambil kepentingan dan sebagainya.

Sebab itu dari awal, saya tidak melibatkan orang politik sama ada dari Pas, PKR, Umno dan sebagainya walaupun beberapa kali saya ada bertemu dan dihubungi dengan tokoh-tokoh parti ini.

Ini kerana, kalau mereka ingin membantu, ketepikan kepentingan politik, dahulukan kepentingan Islam.

Pada mula-mula saya berkenalan dengan unit riqab, adakah syaitan suka? Pasti mereka akan menggagalkan pertemuan ini dan pasti dia akan memporak perandakan pertemuan yang ada.

Perkara ini benar-benar berlaku apabila pertama kali Nurhani dari MAIS menyusun unit Riqab bermesyurat bersama-sama saya dan sahabat-sahabat di USJ 6 pada 7 Julai 09.

Malam ini, dari awal saya telah katakan bahawa, kita datang bukan dari mana-mana pertubuhan, kita datang sebagai orang Islam yang inginkan saudara Islam kita keluar dari gereja.

Saya yang mempengerusikan mesyuarat malam itu, menjaganya dengan baik. Hampir dua jam ia berjalan dengan baik melainkan setengah jam akhir, sahabat dari Ijabah bertanyakan apa yang Riqab sama-sama akan buat.

Panas ini bermula apabila salah seorang pegawai meminta agar setiap apa yang dibuat dilaporkan pada MAIS. Berlakulah ungkit mengungkit dan sebagainya.

Saya beristighfar panjang malam itu, syaitan telah berjaya memanaskan mesyuarat ini. Malam ini, saya tidak terus pulang, saya naik van MAIS dan sama-sama balik ke pejabat MAIS di Shah Alam. Saya cuba meredakan dari sahabat-sahabat Riqab. Saya tak mahu ketegangan ini berpanjangan hingga memecahbelahkan usaha yang cuba dibuat.

Usaha diteruskan dan sudah tentu, syaitan dengan sungguh-sungguh akan cuba menggagalkannya.

Kepanasan seterusnya bermula apabila Nurhani mengusahakan agar saya bertemu dengan Dato’ Adzib pengerusi MAIS. Dato’ begitu terkejut kerana maklumat yang beliau dapat selama ini ialah penghuni di situ tidak mahu keluar.Dato’ Adzib meluluskan RM 50 000 dan diletakkan di bawah seliaan bahagian Riqab.

Saya faham perasaan sahabat dari Riqab, sudah tentu dengan lulusnya peruntukan dari Dato’Adzib seolah-olah menggangu tugas yang diletakkan dibahu mereka. Kenapa Nurhani dan Saya yang jumpa, sepatutnya bidang tugas mereka.

Siapa ustaz Muhamad ni? Barangkali macam pertubuhan lain, hanya nak mintak dana untuk buat projek. Perkataan ini sampai ke telinga saya sedangkan kita telah memulakan sebelum ada mana-mana peruntukan

Kebetulan yang membantu saya di dalam mengusahakan rumah HIV ini ialah Kak Liza. Kak Liza sebelum ini ada membuat rumah kebajikan Baitul Fiqh, iaitu rumah perlindungan gadis yang mengandung di luar nikah. Kak Liza memang biasa berurusan dengan Riqab dan memang telah ada sedikit ketegangan dengan Riqab.

Ketegangan lama antara Kak Liza dan Riqab menjadikan saya juga tempias dengan hal ini.

Barangkali, handalnya syaitan memecah belahkan usaha ini. Mungkin dihati kecil masing-masing merasa sangsi dengan ketelusan masing-masing.

Kemudian, berlangsung mesyuarat pada 16 Julai 09 yang dipengerusikan oleh Dato’Khusrin mengenai rumah HIV ini.

Mesyurat ini disusuh oleh Nurhani, bukan unit Riqab, jadi berlaku juga ketegangan dalam hal ini. Pandai betul syaitan membisikan perkara yang tidak baik.

Pada hari ini, barulah Yayasan Budi dijemput untuk tujuan ini. Mesyurat pada hari ini, Yayasan Budi betul-betul disokong untuk melaksanakan tugas ini. Hingga lebih separuh mesyurat membincangkan mengenai perjalanan yang akan dibuat oleh Yayasan Budi. Padahal, Yayasan budi tidak tahu mengenai hal ini.

Saya telah mula rasa tak sedap hati ketika itu. Saya hanya beristghfar panjang. Ketika Yayasan Budi diminta bentang mengenai perjalanan, mereka hanya menjawab:-

“Kami hanya dijemput pagi ini, jadi tak ada apa yang nak bentang”

Semuanya berakhir dengan baik apabila Dato’ Khusrin bertanya pandangan saya:

“Apa pandanga Ustaz kalau Yayasan Budi yang buat”

Ketika itu saya menjawab:-

“saya tak kisah Dato’, tapi adakah mereka nak ikut Yayasan Budi, sedangkan Yayasan Budi, tak pernah datang pun ke gereja itu”

Dato’ Khusrin diam sejenak, kemudian, berkata:-

“Kalau macam tu, apa yang ustaz buat, teruskan, kita akan bantu”

Kematangan pertimbangan Dato’Khusrin tentu tidak menyenangkan syaitan yang menandakan usaha mengeluarkan muslim dari gereja hampir direalisasikan.

Sementara itu, saya dan sahabat yang lain terus mengeluarkan seorang demi seorang muslim dari gereja.

Usaha yang dibuat oleh Yayasan Ijabah bukan dilahirkan oleh Riqab. Ia dari izin Allah dan dengan bantuan Nurhani dan sahabat dari unit Undang-Undang MAIS.

Sudah tentu, syaitan mudah membisikkan sangka-sangka yang tidak baik.

Kelemahan dari Rumah Ijabah pula ialah pengurus rumah HIV ini ialah Kak Liza yang memang pernah panas dengan unit Riqab.

Saya sudah melihat perkara ini dari awal. Sebab, itu dari bahagian saya, saya selalu memesankan mengenai keredhaan Allah. Saya tak mahu nanti ia akan membuka ruang syaitan memecah belahkan peraka ini.

Dari al-Ijabah, sahabat selalu terasa, dengan makan yang tak cukup, dengan pembelian tilam dan katil yang perlu menunggu tempat di Yayasan Budi siap, sedangkan dari Ijabah, penghuni telah ada ketika itu.

Pada malam kak Liza menghubungi saya mengenai penghuni tidur di simen, saya terus mengusahakan tilam dari rumah anak Yatim al-Ijabah. Saya tak mahu membuka ruang rasa tak puas hati Kak Liza dengan unit Riqab. Kenapa perlu tunggu Yayasan Budi siap baru nak hantar katil dan tilam, kita kan dah ada penghuni, sana belum lagi.

Saya jumpa pegawai yang bertugas, saya tahu dia telah banyak membuat itu dan ini. Jika mensyuarat dengan rumah al-Ijabah saya memberitahu yang terbaik.

Syaitan melihat kejayaan telah hampir.

Ketegangan seterusnya berlaku apabila bahagian riqab MAIS membuat taklimat pengendalian HIV bersama Rumah Ukhwah Yayasan Ijabah, Yayasan Budi dan dari NGO, PENAWAR pada 17 Ogos 09.

Ketika itu Kak Liza memberitahu bahawa, rupanya terdapat suami pegawai ini di Yayasan Budi. Patutlah bersungguh untuk menyuruh Yayasan Budi membuat perkara ini.

Keesokkannya, Nurhani dari Bahagian Undang-Undang dan Puan Nuraini dari bahagian Audit, bertanyakan adakah perkara ini benar?. Pegawai ini mengakui kebenarannya. Maka beliau dinasihatkan agar suaminya tidak terlibat di dalam pengendalian rumah ini, takut akan dikaitkan dengan pengaruh yang tidak wajar.

Saya berhajat membuat perlancaran sebelum Ramadhan mengenai rumah ini. Semua persiapan telah dibuat, Katering telah ditempat. Khemah telah dipesan. Tetapi, last minute dikhabarkan oleh pegawai berkenaan bahawa mereka hanya akan menyusun lawatan Dato’Khusrin ke kedua-dua rumah ini.

Saya batalkan segala persiapan. Saya diberitahu, pelancaran nanti akan dibuat bersama dan akan disusun oleh Riqab. Ini kerana, tarikh ini, rumah di Yayasan Budi belum bersedia.Nanti pelancaran akan dimaklumkan pada saya dan dirancang bersama.

Kata-kata untuk merancang bersama, rupanya tidak tepat. Pelancaran diatur tanpa makluman dan sahabat dari al-Ijabah hanya diberitahu pada pagi program.

Perkara ini menjadikan syaitan mempunyai ruang untuk memanaskan keadaan.

Program pelancaran yang kurang penyeliaan menyebabkan ramai wartawan yang datang lambat. Dengan tiada press release akhirnya ramai wartawan yang tidak dapat kisah sebenar secara menyeluruh. Mereka membuat liputan tetapi banyak berlaku ketirisan maklumat.

Ketika ulasan dibuat, maka banyak yang terasa, banyak yang bersangka buruk, banyak yang tak puas hati.

“Allah…” bisik hati saya. Kita berjaya keluarkan muslim dari gereja, tapi syaitan sempat membisikan perancangan pecah belahnya sebelum mereka diikat di bulan Ramadhna.

Kesimpulannya, syaitan telah berjaya memanaskan keadaan lagi.

Tulisan ini mengajak kita kembali bersatu.

Dari Riqab, rasakan Ijabah ini sebahagian dari anda.

Dari Ijabah, buangkan sangka-sangka pada Riqab, saya saksikan mereka telah membuat yang terbaik. Tetapi selaku manusia, sedikit kekhilafan, baiki sama-sama.

Bagi Yayasan Budi, pimpinannya tidak tahu, mereka mangsa keadaan, mangsa sedikit pengurusan yang boleh disangka buruk. Jadi, saya akan tetap bersama anda untuk Islam.

Bagi pembaca sekelian, mari sama-sama melihat ke hadapan. Syaitan telah sangat kecewa dengan usaha ini. Mereka telah gagal menggagalkan usaha ini. Berkat Ramadhan, muslim telah keluar dari gereja ini.

Banyak akidah yang selamat, banyak imej yang pulih.

Adakah kita rasa selepas Ramadhan mereka tidak akan menggangu kita? Saya yakin, gelombang tentera syaitan akan lebih hebat lagi selepas Ramadhan ini. Jadi, mari bersama-sama bersatu menahan serangannya.

Mari sama-sama pandang kehadapan. Apa yang saya ingin buat?

Saya akan memperkukuhkan usaha ini. Menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Budi yang merupakan sahabat di dalam usaha ini. Kita akan membesarkan lagi kemampuan yang ada. Kita tak mahu gereja mengambil kesempatan lagi terhadap muslim di dalam hal ini.

Bagi Yayasan al-Ijabah, kita sedang berusaha membina kompleksnnya sendiri di Puchong. Kompleks ini bernilai 5 juta.

Niat asal usaha ini ialah untuk anak-anak yatim. Saya akan peruntukan sedikit bahagian bagi pesakit HIV ini di Kompleks Yayasan al-Ijabah ini.

Selain itu, saya bercita-cita untuk menubuhkan sebuah Universiti Wakaf. Sebuah universiti percuma untuk anak orang Islam. Pada saya pendidikan sangat penting. Setakat sekarang, kita hanya ada sekolah rendah dan menengah.

Di Universiti sekarang, walaupun bidang agama, keluar sahaja, hutang PTPTN telah ada 20-30 ribu. Macam mana nak jadi pendakwah yang hebat. Mesti nak fikir bayar hutang.

Kalau kita mahu melahirkan generasi hebat, ia bermula dengan pendidikan. Hari ini, kenapa ramai orang yang tidak hiraukan muslim di gereja tempoh hari, sebab tidak ada kesedaran. Sebab tidak dididik ke arah itu.

Jadi bermula sekarang, ketepikan bisikan syaitan yang ingin memecah belahkan, perbaiki diri masing-masing, Kita bersatu untuk berbakti. Semoga ia menjadikan kita disayangi Allah di dunia dan di akhirat.

Terima kasih padamu Allah. Aku mencintai Mu, semoga Kau beri juga kecintaanMu padaku dan seluruh sahabat yang bersama-sama dan juga pada pembaca blog ini. Satukan hati-hati kami untuk Mu ya Allah. Agar kami menjadi pembela agamaMu. Nanti, jemputlah aku bertemuMu dengan kasih sayangMu, amin…

"Mencari Kepulangan Yang Diredhai"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
4 September 09, jam 3.25 petang

Jawapan Pada Persoalan 56

Alhamdulillah, kesempatan yang ada, dapat kita berkongsi jawapan bagi persoalan yang diajukan

guest rindukan mekah bila baca web Ustaz ni,,kebetulan saya baru pulang dari sana bulan lepas.,Ustaz tolong ambil gambar di rumah Saidatina Khadijah 2009-09-02 9:33 AM

insyaAllah, kalau sempat

bob ustaz, sy xfaham apa yang ustaz maksud fitrah. mohon ustaz terangkan. macam nak gila sy fikirkan hal dia - ingat itu fitrah, ingatan dengan nafsu itu 2009-09-02 8:16 AM

fitrah itu ialah perasaan semula jadi manusia.

kakliza Salam ustaz. Kak nak tanya,apakah isteri kedua yg dinikahi dihujung usia,dah nak pencen layak trima pencen dan harta sepencarian. 2009-09-02 8:16 AM

Pencen layak, tapi akan dibahagikan ikut keperluan antara isteri pertama dan kedua. Harta sepencarian ialah harta yang terbit ketika tempoh perkahwinan. Jadi, jika isteri baru kahwin setahun dah bercerai, harta yang lahir dalam setahun itu sahaja.

Guest salam.ustaz apakah hukum jika seorang itu terlupa melakukan sujud syahwi 2009-09-02 8:09 AM

Sujud sahwi sunat, kalau terlupa tak kena apa-apa

izah ustaz...ade petande ape2 ker jike seseorang itu telah sesat didlam imasjid dimekah 2009-09-02 8:00 AM

tanda dah berumur sebab dah mula lupa-lupa

lida salam.mohon ustaz doakan saya di mekah menjadi insan solehah, tawaduk, ikhlas,tunduk, patuh, taat kpd Allah, anak soleh,pemurah terhadap hamba Allah, 2009-09-02 2:52 PM

amin, Allah bersamamu

Guest assalamualaikum.ustaz ade tak doa untuk menyembuhkan mata yang rabun 2009-09-02 2:12 PM

Usaha dan doa, usaha pergi berubat. Kalau orang tua dulu suruh selalu sapu embun pagi. Doa tu, baca selawat syifa’

Guest salam..ustaz,adakah pap smear bleh membatalkan puasa? 2009-09-02 2:01 PM

Maaf, Saya kurang faham, pap smear, tolong hurai sikit..

saya assalamualaikukm ustaz...saya nak hantar pertanyaan...boleh tak ustaz bg email kepada saya...syukran.. 2009-09-02 12:54 PM

muhamadbinabdullah@gmail.com

blue ocean nak mnitik airmata bca crite ustz ttg org yg krg mmpu pn bgitu bsmgt nk bg org lain mkn swktu bbuka.. 2009-09-02 11:39 AM

semoga Allah meningkatkan iman kita..

Guest assalamualaikum ustaz.jika saya mendengar lagu yg ade unsur gitar adakah haram 2009-09-02 11:38 AM

Mengenai instrument muzik, memang ada khilaf. Yang berpandangan keras mengatakan haram, ada yang berpendapat harus.

Untuk perbahasan lanjut boleh rujuk buku The Islamic Ruling On Music & Singing oleh Abu Bilal Mustafa al-Kanadi

HambaAllah(AHBA) Ustaz,minta ustaz tolong doakan saya disini agar tabah menghadapi ujian,sayu bila melihat ustz dimekah terkenang pula,wassalam 2009-09-02 10:52 AM

Amin, Allah bersamamu..

mummy aslmkmwbt ustaz, saya berada dlm kebmbgn yg amt sgt skg,sya tlh mmbuat kslpn trhadap suami dan suami tlh nekad x mau maafkn sy dan tlh lafaz taklik ak 2009-09-02 10:51 AM

Doa banyak Mummy, hati milik Allah, dia yang melembutkan..

purnama bile tgk ustaz pergi umrah...rasa teringin gak nk pergi tiba2 rasa rindu pdhal x penah pergi..teringin tp belum mampu lg 2009-09-02 10:11 AM

insyaAllah, tak lama lagi, sampai, amin…

kasih yeke ustaz..malaikat pun guna cra camtu ke x bg tido lps subuh...knape ye x bg tido..sy ngantok sgt nk bt mcm mn.. 2009-09-02 10:02 AM

kena biasakan jangan tidur, malam jangan tidur lambat sangat, makruh tidur lepas subuh..

zul utz,sujud sahwi sepatutnye brp kali? semasa sujud sahwi boleh tak sy berdiam kerana tidak mengahafal bacaan.. 2009-09-03 12:31 AM

dua kali, kalau tak tahu bacaannya, baca tasbih macam sujud biasa

dda Salam, doakan saya mengandung zuriat sendiri setelah lama kawin...jzzk 2009-09-02 7:32 PM

amin, Allah berikan puan kebaikan..

aisya_nur salam ustaz, sudah lebih setahun saya kawal perasaan bila dimarah oleh bos, lagi2 dpn public..saya malu. tapi ni je kerja saya. dia tak boleh ditegur. bos saya selalu ckp pasal agama, solat tak tggl, aurat jaga. tapi macam tak de perasaan je bila marah2 saya lg2 depan public. penat doa n thn perasaan 2009-09-02 4:22 PM

sabar, dia dah baik dalam banyak perkara, Cuma dalam menegur masih kurang. Puan pun dah baik dalam banyak perkara, Cuma masih belum tahan ketika kena marah. Tingkatkan diri…

SJ selidik diri pasal knp bos marah awak... kalau tak suka, tukar kerja la. Apa guna mengumpat kat sini ? 2009-09-02 7:19 PM

aza bila ustaz balik ke mal;aysia ustaz 2009-09-02 4:16 PM

ROKIAH MUSA salam .muga Allah mberkati Uztaz.kat srau buat 8rakaat .nk smbng kt rmh bt witir 2rkt 1lg 1 lg hya pura2 sbb dok saf dpn.berdosa kah kak bt mcm tu 2009-09-02 3:12 PM

Tak Cuma kurang adab

lida dan haji ketika usia muda, saya berdoa utk menjadi insan spt itu,ustaz doakan saya ye.saya sdg berjuang melawan nafsu dlm diri.harap ustaz bantu saya saya nak berdakwah kpd keluarga yang tidak solat dan agak jahil.kadang2 tak berupaya,kecewa, sedih bila keluarga tidak solat.saya perlukan kekuatan. saya juga masih tidak berkahwin.saya impikan suami soleh yg dpt bawa saya mendekati dan mencintai Allah.doakan saya ustaz ye.. 2009-09-02 2:55 PM

Allah bersamamu...

SR Salam ust. Doakan juga kami sekeluarga dapat ziarah tanah suci atu hari nanti. Tgh berusaha kumpul duit neh. 2009-09-03 1:43 AM

Amin, Allah berikan kemampuan pada tuan sekeluarga..

zul utz, jk air kencing terkena disuar tetapi tdk serap & kita ambil air bersih dan sapukan sebnyk 3kali ditmpt yg terkena,boleh ke seluar tu buat solat? 2009-09-03 1:38 AM

boleh..

Ziema Ass'kum..Ustz tersentuh hati sya baca citer ustz fasal anak kecil itu hingga mengalir airmata,ustz mmg sorg yg baik ,penuh dgn kshsyg.luarpun nmpk jls 2009-09-03 1:37 AM

Semoga puan dirahmati Allah..

jamal Salam...Gembira campur terharunya saya bila baca dan lihat gambar2 di makkah. Teringin saya nak kesana..Ustaz doakan saya supaya dapat kesana yer 2009-09-03 1:30 AM

amin.. Allah bersama niatmu yang baik…

tonet Salam Ust. Abg ipar sy warga S'pore tp bmastautin d M'sia > dr 20 th n tlh mgeluarkan sebhg dr duit EPF lbh dr RM150k. Wajib x dier keluarkan Zakat? Zakat tu nak d byr di M'sia @ S'pore? 2009-09-03 1:23 AM

wajib, zakat bayar dekat mana-mana pun boleh…

hjarshad Makkah Ustaz Amin akan balek pada 7 sept dari Makkah.. 2009-09-03 1:04 AM

hjarshad Makkah Salam...Ustaz bukan ke pesakit AID di gereja rawang Ustaz yg Usahakan membawa mereka keluar...kenapa nama Ustaz di berita tv9 tidak di sebut lansung.. 2009-09-03 1:03 AM

tak tahulah, kena tanya dia orang..

morazas: Apakah hukum si isteri mengunakan duit suami di ber ikan tiap-tiap bulan, lalu di kumpulkan duit tersebut dan digunakan menunaikan ibadah korban utk si isteri & ibu si isteri tanpa pengetahuan suaminya? 2009-09-03 12:55 AM

boleh, sebab duit itu dah menjadi milik isteri

Kak Nor Slm Ustaz,tlg doakan sy nak g haji & umrah bln ramadhan dgn suami. 2009-09-03 12:49 AM

Amin.. Allah bersama kak…

nur_izaiti salam ustaz. x patut mereka buat bergitu pada ustaz dan sahabat yg memperjuangkan nasib pesakit HIV di gereja 2. xpe la ustaz x ke mana kuasa manusia 2009-09-03 6:39 AM

Allah maha penyayang

zukrie ustaz napa lelaki tak boleh pakai kain jenis sutera? sy dgr hukum haram tp krg pasti sbb pengharaman minta tnjk ajar. 2009-09-03 5:43 AM

sebab, kena kaji, tapi itulah hukumnya. Pasti ada hikmah..

nor Salam. Ramai ustaz cakap bulan ramadan syaitan 'di ikat'.Apa yg dimaksudkn 'diikat'. byk gak benda x baik yang berlaku bulan posa ni. 2009-09-03 4:31 AM

maksudnya, tak boleh mengganggu manusia. Benda jahat masih ada sebab nafsu.

Hidup. Ustaz, saya gemuruh orangnya dan sering berasa takut dan tidak yakin diri. apa nasihat ustaz mengubah diri saya ini2009-09-03 4:31 AM

Doa banyak-banyak, kalau belum kahwin, kahwin cepat..

aha Salam,utaz apa khabar,tolng doakasayadsni ,jika sseorg itu berniat utk mennaikan jika disembuh peyakitnya adkah sama spt nazar,adkah jatuh hukum wajib 2009-09-03 4:22 AM

nazar jadi wajib..

nur_izaiti salam ust. dikatakan cincin suasa de nisbah emas yg kecil. so mcm ner yerk hukumnya bg kaum laki? kan kaum laki x boleh pakai emas. so mcm ner kalo nk pilih cincin kawin bg suami nt memandangkan dikatakan suasa mempunyai nisbah emas yg sedikit.. 2009-09-03 3:11 AM

suasa ada khilaf, ada pendapat yang mengatakan boleh pakai. Tapi,secara peribadi, elakkan. Belikan yang perak..

aha salam ustaz.mdhan sihat&ceria hedaknya berpuasa dmakkah,bgmna berpuasa ddmekah&ibadt umrah dlakukan waktu bila,taraweh dlm masjid ka,tlg doakn sy sama 2009-09-03 2:19 AM

cerita detail akan saya ceritakan insyaAllah…

fara assalamualaikum....sy nk tanya email ustaz leh x.sy de soalan peribadi nk tanya.harap ustaz blh reply.ni alamat email mail 2009-09-03 2:13 AM

muhamadbinabdullah@gmail.com

tonet Bagai mn cara yg tbaik utk mnasihatkan 'warga tua' yg tdk pernah SOLAT d sepjg hayatnya? 2009-09-03 1:57 AM

cakap sikit tapi selalu..

purnama Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan”

sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

boleh ustaz ulas sedikt..maksudnya di sini Allah ingin memberi pahala dlm usaha mencari jodoh ke?

Bagaimana usaha yg dianjurkn utk gadis Islam dlm mencari psgannya ditakuti usaha yg dilakukannya itu boleh menjatuhkan imejnya walaupun niat sbnrnya adlh baik 2009-09-03 7:31 AM

Usaha selaras dengan syariat, orang mengata ada di mana-mana. Yang penting Allah redha..

nur_izaiti kuasa Allah lg Maha Besar lagi Maha Kuat dr kuasa pegawai yg x bertanggungjawab tu. semoga ustaz tenang di Mekah n semoga pe yg berlaku dibls Allah.. 2009-09-03 6:44 AM

Aida salam, mama dan nur izaiti. mcamana berita tu diolah x tengok berita la semalam. harap boleh ceritakan sikit 2009-09-03 7:35 AM

mama salam. geramnya saya mendengar buletin utama semalam. biasalah adat dunia. 2009-09-03 6:41 AM

zul utz, satu cupak beras bersamaan dgn brp gram? boleh kan bayar fidyah guna beras dan teros bg pakir miskin? 2009-09-03 7:24 AM

Anis zul 1 cupak = 556 gram

tonet Anis, bkn ke 1 cupak tu bsamaan dgn 675kg? Sbb 1 gantang = 4 cupak. 1 gantang = 2.7kg. 2.7kg bahagi 4 = 0.675kg... Maaf, salah taip.... 675gram 2009-09-03 8:56 AM

Anis to tonet: agreed with you.. tapi ada jugak org kata 1 cupak 556 G entah la... bagi je la lebih... ustaz... saya betul ke tonet nie betul? ke dua² salah? hehehehehehe 2009-09-03 9:16 AM

zul thanks anis for ur answer.. 2009-09-03 8:32 AM

genapkan 700 gram

hasell salam ziarah. blog yang menarik. apapun, silalah kunjungi blog saya dan komen la apa yang patut kerana saya dalam pengajian juga. selamat berpuasa. 2009-09-03 8:49 AM

insyaAllah..

nur_izaiti aida kalo nk tau 2 kena ikut perkembangan pesakit HIV 2. sy pn ikut sikit2 tp tau niat ustaz n sahabat murni 2009-09-03 8:06 AM

terima kasih..

Anis ustaz.. balik jgn lupa beli kurma muda... kak ngah kirim 2009-09-03 7:46 AM

insyaAllah..

Aida salam, ustaz, yayasan budi tu milik parti politik tertentu kah. berita yang keluar tu bermotifkan politik ke 2009-09-03 7:44 AM

Wallahu alam..

mummy salam,ustaz,tolong doakan keselamatan rmhtgga sy yg sdg diganggu org berniat jahat shingga melafaz taklik gugur talak 3 jika sy blk tanpa izinnya . 2009-09-03 4:21 PM

insyaAllah, kak pun doa banyak-banyak..

Ziema Asskum..ustz ,sya rasa tentu dah tahu citer pesakit HIV 2 kluar kat TV.sedih bila dgr nma org lain yg dpt nma.kami tetap bsma ustz.allah tahu semuanya 2009-09-03 3:04 PM

lida salam ustaz...kami akan sentiasa berada menyokong ustaz dan rakan2.Hanya Allah yang maha mengetahui.Dan kami akan terus menerus menyokong usaha ustaz 2009-09-03 2:49 PM

Guest salam ustaz. mcm mana boleh lupakan kesalahan suami... supaya dpt percaya semula.. minta tolong ustaz tolong doakan ya.. 2009-09-03 2:49 PM

Itu kena doa banyak dari Allah, jangan letak cinta suami pertama. Letak Allah pertama..

Guest as"kum ustaz.Ada tak hadis yang kata makruh mandi waktu Asar bulan Ramadan?Syukran. 2009-09-03 2:43 PM

Saya tak jumpa, tapi yang saya tak jumpa bukan makna tak ada, rujuk ustaz lain setakat ini..

lida salam ustaz, adik saya bekerja sbg nurse di bahagian pembedahan.kdg2 operation tak masuk zohor lagi sampai asar.bolehkan jamak qasar? 2009-09-03 2:42 PM

boleh…

http://hjarshad.blogspot.com Ustaz...Lembu punya susu sapi dapat nama...dlm bulan Ramadan ni..fikir2kan 2009-09-03 2:21 PM

kakliza peruntukan yg diperolehi x dgunakan sepenuhnya. Sebaliknya, sebhgian digunakan utk membeli buku, baikpulih bilik sumber utk kegunaan semua. Boleh tak 2009-09-03 9:21 AM

mamadeeba Brita tu amat mengelirukan pada yg x mengetahui, sabar ......dugaan. 2009-09-03 9:19 AM

Guest Kalau kita was samaada bilangan rakaat solat kita terlebih atau kurang, boleh digantikan dgn sujud sahwi? 2009-09-03 10:14 AM

Kena pilih dulu, yang kurang atau yang lebih. Jika kurang tambah dulu baru sujud sahwi. Jika kita pilih lebih, cukup sekadar tambah sujud sahwi..


Wallahu Alam,

Semoga menepati kehendak soalan. Kalau masih ada kesamaran, bolehlah bertanya kembali.

“Pertanyaan, Kunci Pengetahuan”
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
4 September 09, jam 12.10 tengah malam

Thursday, September 3, 2009

al-Ijabah 18 - Isu Muslim Di Gereja : My Side Story

Semalam, tiba-tiba saya menerima satu massage dari sahabat saya Helmi:-

“Salam, dah lama tak mencarut. Ari ni dalam sejarah ana mencarut, hilang sabar beb, cite HIV kuar Buletin Utama, tapi Yayasan Budi dapat nama, astagfirullah. Semoga Allah tetapkan keikhlasan hati ustaz”

Saya yang tak tahu apa-apa cerita membalas massage:-

“tak apalah Mi, kita buatlah kerja kita, yang ikhlas akan konsisten”

Helmi membalas balik massage:-

“Ntah la, ana pun x tau macam mana nak cakap, perasaan tadi, tetiba je rasa geram, lepas tu terus istighfar. Takut niat marah, tak kena tempat”

Malam tadi, 3 September jam 1 pagi, saya dan ahli jemaah umrah saya naik ke Gua Hira’. Pukul 3.30 pagi waktu Mekah, saya mendapat satu telifon dari Azim yang baru melihat berita melalui internet.

“Ustaz, ada tahu cerita pasal rumah HIV”

“Apa dia?” Kata saya.

“Entahlah ustaz, semua diaorang kata HIV tu Yayasan Budi yang buat”, kata Azim.

Saya mula rasa pelek.

“Aik!.. dah dua orang ni, apahal?” Bisik hati saya.

Pagi ini, jam 7.30 pagi 3 September 09, saya menghubungi sahabat saya, Abang Azizi dengan massage.

Tak lama lepas itu, massage saya dibalas:-

“lembu punya susu,sapi dapat nama, itu yang saya tak pergi semalam sebab ustaz yang usahakan dari awal, rumah Budi yang jadi hero. Tak apalah ustaz, Allah lagi tahu niat budi hati kita. Semalam Buletin Utama “berkat Ramadhan Rumah Budi selamatkan orang HIV dari gereja. Terasa gak saya, tapi tak apalah, Biarlah Allah aje yang balas kebaikan kita ini”

“Aik, apa cerita ni?” Bisik hati saya lagi.

Kali ini, saya menelifon Kak Liza.

“Kak, apa cerita sebenarnya?”

“Tak adalah ustaz, dia orang buat pelancaran hight lightkan Yayasan Budi, macam dia yang buat mula-mula.

“Kita pun dijemput semalam majlis pelancaran, Cuma pukul 7.30 pagi ustazah tu telifon, program pukul 11.00 pagi, kenapa bagitahu last minute, macam tak mahu jemput kita aje, padahal saya hari semalam tu, ada program dengan Majlis AIDS, tapi saya terpaksa cancel kan”

“Sebenarnya Yayasan Budi tu, ada suami dia kat sana, sebab tu dia nak hight light sana” kata Kak Liza yang menerangkan kenapa tiba-tiba Yayasan Budi yang dilambung. Rupanya, pegawai yang ditanggungjawabkan menjaga hal ini, suaminya berada di dalam Yayasan tu.

Saya beristighfar panjang. Saya terus menghubungi beberapa sahabat dari MAIS.

Nurhani Salwa yang sedang sibuk dengan programnya hari ini, membalas massage:-

“Salam, keputusan semalam, bantuan bulanan rm 25 000 sama rata untuk dua rumah. Pendahuluan RM 140 k untuk 2 rumah. Paper report tak betul. InsyaAllah, MAIS sentiasa berlaku adil. Mohon dijelaskan pada semua.”

Nurhani memberi komen pada tulisan dari akhbar Kosmo yang di dakwa silap memberi laporan mengenai MAIS.

Dalam kekecohan ini, saya ingin bercerita, My Side Story mengenai isu muslim di gereja ini dan apa sebenarnya yang berlaku.

23 Jun 09, pertama sekali saya menjejakan kaki ke gereja tempohari. Saya dijemput untuk memberikan ceramah pada saudara seIslam kita di sana tetapi saya tidak terkeluar apa-apa perkataan. Bukan kerana mereka pesakit HIV, tetapi kerana tempat itu di gereja.

Hati ini rasa sangat terpanggil untuk mengeluarkan mereka dari sana.Selepas itu saya sibuk menguruskan pelajar ke Turki.

Pulang pada awal Julai, saya mulai berusaha kembali. Saya menghubungi sahabat dari MAIS untuk urusan ini.

5 Julai, mesyuarat di rumah USJ 6, penempatan sementara penghuni HIV di sini. Ia dihadiri oleh Nurhani dari MAIS.

7 Julai 09, pagi ini, sekali lagi saya menziarahi mereka di gereja ini. Semangat semakin berkobar-kobar untuk melihat mereka dikeluarkan.Malam ini, sahabat dari MAIS, dari berbagai unit sama-sama turun ke rumah USJ 6, rumah penempatan sementara untuk pesakit HIV yang telah mula kami keluarkan, untuk berbincang mengenai usaha yang boleh dibuat.

Perbincangan malam ini berakhir dengan bahagian Riqab (yang dipertanggung jawabkan menyelia rumah kebajikan) memerlukan rumah ini berjalan setahun, barulah bantuan dapat dipertimbangkan.

Sahabat yang membantu saya ada yang menangis kerana jawapan ini. Ini kerana, kebanyakkan mereka bukan mempunyai kemampuan dari segi kewangan,

Saya dapat meredakan kepanasan mesyuarat malam ini.Semua niat baik. Saya mengharapkan terbaik pada malam ini.

13 Julai pagi, rentetan dari mesyuarat yang tidak berpenghujung ini, saya dibawa oleh Nurhani Salwa untuk bertemu sendiri dengan Dato’ Adzib, pengerusi MAIS.

Dato’ begitu terkejut kerana maklumat yang beliau dapat selama ini ialah penghuni di situ tidak mahu keluar.Dato’ Adzib meluluskan RM 50 000 dan diletakkan di bawah seliaan bahagian Riqab.

Pada petang ini, saya menziarahi lagi saudara seIslam di gereja ini. Tekad untuk mengeluarkan mereka sebelum Ramadhan dikuatkan lagi.

Rombongan petang ini disertai oleh sahabat dari Media dari Sinar Harian dan Malay Mail serta NGO lain.

Rabu 15 Julai 09, Saya, dan sahabat dari MAIS bersama-sama menemui En. Mohd Johar, Pengurus Besar Hospital KPJ Selangor, dahulu dikenali sebagai SMC memohon katil untuk pesakit.

16 Julai, surat khabar Sinar Harian mengeluarkan artikel mengenai penghuni di gereja ini.

Pada waktu petang, saya menghadiri mesyuarat di MAIS yang dipengerusikan oleh Dato’ Khusrin, pengerusi JAIS. Dato’ Khusrin mahu perkara ini diselesaikan dengan segera.

Hari ini, barulah Yayasan Budi muncul. Ketika pembentangan, wakil mereka berkata,

“kami tak tahu apa-apa ni, kami cuma diminta untuk terlibat dengan perkara ini”. Ada pegawai yang terlibat, bersungguh-sungguh mencadangkan Yayasan Budi.

Saya pun tak tahu apa sebabnya.

23 Julai, saya dan Kak Liza melihat rumah di Petaling Jaya, disebabkan banyak rumah yang menolak untuk disewakan apabila mengetahui bahawa rumah ini adalah untuk penempatan HIV.

30 Julai, penghuni yang sudah bersama kita, mulai berpindah ke rumah baru ini. Pada ketika ini, rumah kosong, mereka terpaksa tidur di simen. Saya dan beberapa sahabat menguruskan tilam dan toto dari rumah Anak Yatim al-Ijabah.

Rumah di Petaling Jaya ini sudah mula diduduki dan semakin ramai yang dapat dikeluarkan.

7 Ogos, MAIS membelikan barang-barang keperluan rumah ini seperti tilam, mesin basuh dan sebagainya.

17 Ogos 09, bahagian riqab MAIS membuat taklimat pengendalian HIV bersama Rumah Ukhwah (kita), Yayasan Budi dan dari NGO, PENAWAR.

Hari ini barulah saya dapat berita, Alangkah kecewanya saya apabila mendapat tahu rupanya, suami pegawai ini, adalah dari Yayasan Budi. Patutlah bersungguh-sungguh ingin melibatkan Yayasan ini.

20 Ogos, dua hari sebelum Ramadhan, hanya tinggal dua orang sahaja muslim yang masih di dalam gereja itu. Ini kerana, mereka mahu melihat perjalanan rumah yang ada dahlulu. Jika bagus penjagaanya, barulah mereka mahu mengikut kami.

Hari ini, 20 Ogos, lawatan Dato’ Khusrin ke Yayasan Budi di Kuang dan Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di Petaling Jaya.

Dari awal lagi, saya selalu sebutkan pada sahabat-sahabat yang terlibat, saya tak kisah ke mana mereka diletakkan, asalkan mereka dikeluarkan dari geraja ini.

Cuma saya ingin menceritakan My Side Story ini, kerana ada sahabat yang kecil hati dan menganggap serong pada MAIS. Semua orang telah mempunyai peranan di dalam usaha ini.

MAIS telah banyak membantu, Cuma sahabat wartawan perlu tahu cerita sebenar, takut tersalah lapor seperti di dalam KOSMO.

Yayasan Budi hanyalah NGO yang terpilih kerana ada orang kenalan di dalamnya. Tapi, saya secara peribadi, saya tetap berterima kasih pada mereka, kerana mahu menerima pesakit HIV seperti yang telah dibuat oleh Yayasan al-Ijabah.

Cuma, barangkali, pelancaran semalam menyebabkan ada pihak yang tersinggung dan sahabat dari wartawan yang tidak mengikut cerita dari awal, ada yang tersalah lapor.

Yasasan Budi yang dipilih untuk pelancaran semalan bukan dari awal membuat rumah HIV ini. Mereka hanya pernah membuat rawatan penagihan dadah.

Mereka hanyalah rumah yang dipilih oleh seorang pegawai untuk melaksanakan usaha ini, dengan budget yang mudah lulus untuk itu, mereka memulakannya baru-baru ini.

Sebelum ini, mereka tidak pernah pun menjejakkan kaki ke gereja tersebut. Cuma, ketika terpilih, barulah mereka ke sana.

Walauapa pun, saya mengharapkan terbaik untuk semua umat Islam.

Bagi sahabat-sahabat dari MAIS yang ikhlas dari awal, jutaan terima kasih atas nama umat Islam keseluruhannya.

Bagi sahabat dari Yayasan Budi, terima kasih kerena mula bersama dalam usaha ini.

Bagi sahabat dari Yayasan al-Ijabah, terus ikhlaskan niat. Kita membantu adalah untuk mencari keredhaanNya.

Bagi sahabat dari wartawan terima kasih kerana bersama mewar-warkan kisah ini.

Terutamanya dari sahabat wartawan dari Sinar Harian dan Malay Mail, antara yang awal bersama-sama mewar-warkan perkara ini.

Hasil penyebaran dari sahabat-sahabat ini, maka seluruh sahabat wartawan lain dapat turut sama-sama mewar-warkan.

Bagi pembaca yang belum mengikuti kisah ini dari awal, bolehlah melawat entri di bawah. Yang telah bersama-sama, terima kasih kerana membantu dan mendoakan.

Semoga, semua terus diberikan keikhlasan di dalam membela Islam dan Umatnya.

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Hotel al-Marwa Hotel Mekah al-Mukarramah
3 September 09, jam 9.30 pagi

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...