Tuesday, May 4, 2010

Jawapan Pada Persoalan 105

Alhamdulillah, sedang rehat membuat persiapan rakaman “Tanyalah Ustaz” petang ini, dapat saya melihat soalan yang diajukan. Semoga ada manfaat untuk diri saya dan kita semua, insyaAllah

makhluk Allah.. ustaz,sye ingin brtanye..psl denda murid disiplin..sekiranya die dipukul..sbb masalah disiplin..adakah ustaz akan beritahu pde ibu bape nya??  2010-04-17 9:36 AM

Ada yang perlu ada yang tidak

haa salam sajehtera ustaz...cerita di atas tadi jadikan sempadan dalam hidup...2010-04-17 3:52 AM

Mila Salam ustaz sekira seorang wanita kematian suami dan berkahwin lain bolehkan diakhirat nanti boleh berjumpa dgn suami pertamanya?  2010-04-16 2:51 PM

InsyaAllah

Teh Salam Uutaz saya seorang ibu tunggal suami saya meninggal bulan Ramadan 2008 sehingga sekarang setiap pagi saya membaca surah yasin dan hadiahkan   2010-04-16 2:46 PM

Alhmdulillah, baguslah kalau macam tu, insyaAllah, semoga Allah menyampaikan pahala itu untuknya

Guest.Assalamualaikum ustaz.kita bole baca Al-quran dgn tafsir Quran tanpa ada wudhukkan ustaz.TQ   2010-04-16 1:25 PM

Kalau Quran tafsir, boleh

Guest Salam. Boleh saya tahu di mana maahad sains al quran al amin & apakah kelayakan utk masuk ting 4?   2010-04-16 6:33 AM

Bandar Baru Sunway, bacaan Quran kena baik

Guest bolehkah saya qadak sholat yg saya tak buat (contoh terlepas maghrib) bagaimanakah niatnya?    2010-04-16 6:19 AM

Boleh, niat melayu pun dah memadai “sahaja aku solat farddhu maghrib, Qada’ kerana Allah”

GuestSR ustaz, tiap kali saya sholat, akan ada angin keluar dr arah dpn & kencing tk lawas & keputihan, adakah sah sholat saya?   2010-04-16 6:17 AM

Angin yang keluar dari faraj bukan dari badan, tetapi dari luar yang terperangkat di faraj, jadi solat adalah sah

GuestSR kwn saya seorg janda dgn anak hubungi saya tengah mlm minta bermlm dirumah saya.saya tak benarkn kerana takda izin dr suami yg sdg tidur.salahkah saya2010-04-16 6:13 AM

Tak, puan tidak salah

Guest kenapa dosa saya sepert zina, rasuah,judi. anak isteri(cthnya anak2 jadi degil, melawan ,derhaka, rumah tangga hara)tanggung, apakah Allah tidak adil   2010-04-16 1:05 AM

Bukan anak yang tanggung, tetapi apabila anak dibesarkan dengan wang haram, maka ada kesan seperti degil dan melawan, jadi, ubah sikap dan taubatlah

Abdullah Assalamualaikum ust , Jika dalam tahyat awal kita silap bacaannya cth cam tersilap sebutan..tetapi tahyat akhirnya bacaan nya betul..  2010-04-18 3:41 PM

Tahyat awal taka pa

Lin Benarkh jodoh d tgn tuhan. Anak nk berkahwin tapi sye x setuju dgn gadis 2 kerna kurang dlm ugama. Anak berkeras n kata sudah jodoh dia. Mcm ustaz?   2010-04-18 6:43 AM

Ya jodoh ditangan Tuhan, jika wanita itu kurang agamanya, maka si suami wajib memberikan didikan yang sempurna, doakan anak dan bakal menantu itu, tak semesti hari ini dia kurang, selama-lama dia kurang

Lin Salam, apa makna Qunut dan bgmn doa qunut yg paling ringkas.  2010-04-18 6:39 AM 

Qunut bermaksud tunduk, bacaannya, sila rujuk kitab feqah

ieca salam ustaz...mcm ner nk lembutkan hati seseorang supaya memaapkan kita...2010-04-18 5:48 AM

Sentiasalah berdoa kepada Allah agar dia memaafkan kita, sedekahkan fatihah padanya

Guest slm ustz,seorg ayh sllu mrh2 ank2nyer,ank2 xleh bg pdpt/pndgn/b'ckp ke arh yg baik,dln situasi ni mcm mne ank nk syg ayh?blh bg pdpt/pndgn/p'ylesaian?  2010-04-18 3:40 AM

Walau apapun, tetap kena hormat, yang suruh sayang pada ibu ayah adalah Allah sendiri

hamidah Salam Ustaz, semasa di dalam musafir kita solat jamak & qasar. Contohnya jamak takdim, boleh tak saya solat sunat zohor baru solat fardhu zohor & asa  2010-04-18 2:17 AM

boleh

Guest ustaz, saya 4 tahun bercinta, tapi tak dpt lagi nak menikah sbb halangan org tua belah laki2. Tak suka bercinta lama2 ustaz..minta nasihat ustaz.tq   2010-04-17 12:35 PM

Kuatkan berdoa kepada Allah disamping itu yakinkan kedua orang tua

RiniBJ Salam.Ust blh x semasa mgandung saya solat smbil bdiri dr awal rakaat ptama lagi krn sakit urat+tak selesa   2010-04-19 1:39 PM

Boleh, sah

Guest assalamualaikum ustaz, haritue ustaz ada turun kelana jaya ss4a(area rumah saya) saya tak bersempatan untuk jumpa ustaz. saya nak tanya beberapa soala  2010-04-19 12:43 PM

Bolehlah tanya di sini

dura salam ustaz,bolehkah wanita yg sdg haid mengambil wudhu'?apakah hukumnye?2010-04-19 8:50 AM

Boleh dia mengambil wudu, tapi tetap tidak boleh solat dan memegang al-Quran

kamariah jb salam,apakh hkum suami menghntar duit kpada ayahnya dn si isteri x menhalal dunia akhirat dan slalu mengungkit dan bercerita pda smua orng????  2010-04-19 3:22 AM

Suami punya hak ke atas duitnya, Cuma isteri boleh menuntut jika mendapati kekurangan dalam nafkah zahir. Ayah jika tidak mampu memang di bawah tanggungan anak lelaki

RER Salam. Adakan saya berdosa jika mengambil alih t/jawab suami dalam menyara keluarga sepenuhnya sedangkan dia mampu tetapi tidak bekerja. 2010-04-18 5:34 PM

Puan isteri yang baik, dan suami jika malas maka berdosa

Zaiton Assalamualaikum ustaz, boleh terangkan apa itu duit hairat? 2010-04-18 5:20 PM 
Jika di Malaysia, istilah untuk kumpulan duit yang digunakan bagi bantuan kamatian

boboy ustat isap rokok tu haram ker?ada owg kater makruh  2010-04-20 7:11 AM

Fatwa negeri Selangor mengatakan haram

boboy mcmana nk buang tabiat suka tengok benda2 lucah cam cd atau awek sexy2010-04-20 7:09 AM

Bergaul dengan orang soleh, banyakkan istighfar dan doa dan sibukkan masa bercampur gaul dengan masyarakat agar tidak ada ruang untuk membuat maksiat tersebut

Lin Salam, jika ingin khatamQuran masa tunai haji dan takut jika tidak sempat habis kerna bacaan agak lembat, bolehkh dimulakn disini dn sambg disana.  2010-04-20 7:04 AM

Boleh

mahani assalamualaikum ustaz, betul kah antara syariat sah nikah rahim mesti kosong.2010-04-20 3:36 AM

Ya, untuk menghindari kekeliruan nasab, melainkan orang yang belum pernah berkahwin maka boleh kahwin tetapi anak tidak boleh dinasabkan pada ayah

LEH` slm ustz,sy amt keliru skrg ttg knyataan sorg ustz yg mgtkan amalan sseorg x d pndg Allah jk lkukn antara dosa besar dan tanda iman dwajahnya  2010-04-20 1:10 AM

Itu perkataan dari sudut tasawwuf, sebagai nasihat keras bagi pengamal maksiat

afeefah salam ziarah ustaz  2010-04-19 4:16 PM

Salam…

Guest Salam.Ustaz,sy nk tye.Sy trpegang kasut bersalut kulit babi.Sy xtahu shingga adik tegur.Prlukah sy samak?tgn sy kering tp takut ade peluh ketika itu..  2010-04-19 2:12 PM

Untuk mengelakkan was-was elok samak

Guest Ibu bermimpi mak saudara yg meninggal sedang mencari telekungnya tanpa mengeluarkan kata2. Keadaan masa itu pula sedang curfew.  2010-04-21 5:42 AM

Pesan pada anaknya untuk banyak berdoa untuk ibunya

Hamba dhaifassalamualaikum,semoga sy dapat membantu ustaz dlm membina universiti wakaf suatu hari nanti.insyaAllah  2010-04-20 3:16 PM

Amin…  memang sedang diusahakan permulaannya

ina Salam ustaz.Kwn perempuan sy mimpi sy mengandung,apa maksudnya? sedangkn sy msih blum berkahwin. atau hanye sekadar permainan syaitan? @ petande lain?  2010-04-20 3:15 PM

hampir jodoh

rosyati markam ustaz, pe hukum bg org yg menggunakan wang simati di bank yang tidak diwasiatkan kpd sesiapa pn.  2010-04-20 1:46 PM

tak boleh sebab itu dah kena agih faraid

wanita salam.......ust..apa hukumnya kita tringat persetubuhan yg kita buat ngn pasangan ketika solat?   2010-04-20 10:08 AM

Tanda tidak khusyuk

azizi niat nk p yaman blaja agama..tp x tau apa2..camna tu ustaz..  2010-04-20 7:17 AM 

Cuba mantapkan asas dahulu di sini, sebelum ke sana

abu btoi ke ustaz..kwn ckp nk brsih hati kn kuar tabligh 40 hr  2010-04-20 7:15 AM

Salah satu cara

hj azmi salam..ustaz ada ambil sukarelawan tak utk rumah ank yatim.kalau ada mcmana nk join sama.   2010-04-20 7:13 AM

Tuan duduk di mana?

sham salam singgah  2010-04-22 8:22 AM

Salam..

Guest mengapa saya sering diganggu oleh syaitan dalam mimpi... 2010-04-22 6:20 AM

Sebelum tidur ambil wudu dan baca ayat kursi

Chemm saya inginkan jodoh2 yg baik2. berusaha menjadi baik.tp bila fikirkan masa silam. saya takut dpt jodoh yg x baik.saya nk menjadi baik ustaz. clip_image001   2010-04-22 3:19 AM

Jika niat nak jadi baik, Allah akan bantu kita untuk jadi baik

Soal Bagi seorang isteri, adakah sumpah ibunya sendiri masih mustajab ke atasnya?2010-04-22 1:30 AM

Atas kehendak Allah, Allah itu terlalu adil menilai sesuatu, tidak semesti sumpah ibu itu satu perkara yang wajar bagi kesalahan seseorang anak lalu terus ia diazab tanpa melihat kepada kebaikan yang pernah dibuatnya.

Wallaualam, Semoga menepati kehendak soalan, jika masih terdapat kekeliruan, harap dapat tanya kembali.

“Pertanyaan Kunci Pengetahuan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Selasa 20 Jamadil Awal/ 4 Mei 2010 jam 12.00 tengah hari

2 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam uztaz,

seringkali saya lihat ada wanita yang menampakkan bahagian jari2 tangannya ketika melakukan solat..terutamanya ketika sujud.. adakah itu sunat? saya keliru, sebab bila saya tanya seorang ustazah dia kata tak usah buat macam tu.

Anonymous said...

salam, ustaz... saya nak tanya maksud mimpi ini. apakah maksud mimpi melihat ibu saya membaca surah yassin?afizuddin