Monday, May 17, 2010

Diari 219 – Di sebalik Tabir Rancangan Halaqah “Orang Muda”

Sekitar Subang Jaya, Shah Alam dan Damansara malam ini hujan. Saya telah bersiap-siap dari waktu Maghrib lagi. Tapi akan bertolak ke Sri Pentas selepas menunaikan solat Isyak.

Masuk sahaja waktu Isyak, saya terus bersolat bersama keluarga. Selepas itu, dengan perlahan-lahan, kami bertolak ke Sri Pentas melalui lebuh raya ELITE. Hujan turun agak lebat juga malam ini.

Sampai jam 9.00 malam dan ahli panel lain belum tiba. Halaqah malam ini dipengerusikan oleh Ustaz Badli Shah Alauddin dari Pekan Pahang. Beliau menggantikan sementara Ustaz Syukri yang sekarang berada di Mekah.

Saya berbual dengan penerbit, Haji Ahmad Noor Sulaiman.

“Ramai ke anak-anak muda tengok Halaqah Haji” tanya saya.

“Alhamdulillah ustaz, dah semakin ramai” jawab Haji Ahmad Noor ringkas.

“Kalau tengok Facebook Halaqah dan semakin ramai anak muda menyertainya” jelas Haji Ahmad Noor lagi.

“Pernah ada seorang Mat Rock hubungi kita, dia memang tak pernah tengok program agama sebelum ini. Tempat yang selalu dikunjungi hanyalah kelab-kelab malam” Haji Ahmad Noor memulakan kisah pengalaman mengendalikan program agama ini.

“Tapi, dia mula tengok Halaqah, kalau dah mula tengok Halaqah, bermakna, dah mula tengok program agama lain, alhamdulillah” kata Haji Ahmad Noor lagi.

“Apa faktor dia mula tengok Halaqah?” tanya saya ingin tahu.

“Faktor tajuk Ustaz, tajuk memang memainkan peranan penting. Kadang-kala, tajuk tu rapat dengan dia, sebab itu mereka nak tengok” jelas Haji Ahmad Noor lagi.

Satu pengajaran yang dapat kita kongsikan malam ini, rupanya tajuk sesuatu itu juga memainkan peranan yang penting di dalam sesuatu program. Jika mana-mana masjid, surau, persatuan ingin membuat program bersama anak muda, maka tajuk kena pilih betul-betul. Tajuk hendaklah yang rapat dengan jiwa anak-anak muda.

Kami mula berada di Studio C jam 9.45 malam. Rakan ahli panel malam ini ialah Ustaz Syed Norhisham al-Idrus.

Malam ini, Halaqah mempunyai penonton iaitu dari kumpulan Nurnisa’ Pangsapuri Sri Raya Ukay Perdana.

Antara ahli panel, Ustaz Badli Shah yang duduk paling jauh. Beliau dari Kuantan dan malam ini, selepas program, beliau akan terus pulang ke Kuantan.

“Berapa jam ustaz dari sini ke Kuantan” tanya saya pada ustaz Badli.

“Nak kira cara bawa orang muda ke atau orang tua” Ustaz Badli bergurau.

Apa pun, tahniah pada penerbit dan semua krew yang bertugas. Malam ini, tajuk sangat baik untuk sempena hari Belia Negara pada 15 Mei.

Di harap, orang muda di negara ini dapat menjadi pemangkin kepada kemakmuran negara pada masa akan datang, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

3 Jamadil Akhir 1431/17 Mei 2010 jam 9.00 pagi.

IMG_9676

Santai bersama penerbit, Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman

IMG_9684

IMG_9686

dari kanan Ustaz Badli Shah dan ustaz Syed Norhisham

IMG_9690

Penonton dari Ukay Perdana

IMG_9691

IMG_9694

IMG_9704

IMG_9710

tajuk berdasarkan surah al-Hadid ayat 20

IMG_9728

IMG_9738

Halaqah di celahi dengan keputusan pilihan raya malam ini

IMG_9743

IMG_9758

IMG_9770

IMG_9775

Kenangan bersama penonton studio

4 comments:

Anonymous said...

sya dapat tengok separuh jalan je . astro signal hilang.

bagus tajuk tu.

kalu boleh saya komen...ustaz tak perlu cerita pasal kawan ke yang sama...yg mati naik motosikal ..di tanya ustaz keluar, alkuliah keluar ...cerita nabi+sahabat yang sama takpa..isinya x bertambah ..point yang sama je...selalu keluar tv penonton setia yg cerewit macam saya boleh perasan ..jangan marah ye ustaz...ini kritik membina.

boxhousestudio said...

assalamualaikum Ustaz

yang pasti teruskan usaha Ustaz...saya akan terus menyokong..saya ni memang suka dengar orang beri nasihat...berkobar-kobar nanti semangat saya..Alhamdulillah...semoga ALLAH akan terus sayang saya dan dekat kat saya pada AGAMA tanpa berbelah bahagi...amin amin amin ya rab

Anonymous said...

cayalah ustaz,, org muda geng kita..
tp klu boleh..utk sasaran org muda..
tp kl ubuleh jgn terlalu formal sangat..
klu buleh guna ayat2 terkini org muda kan lagi cantik,,
mcm poyo, dll..

-sekadar pandangan..

...:::iZaN's sh0p:::... said...

macam mana nak dpt peluang menjadi penonton distudia ye?

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...