Wednesday, May 5, 2010

Diari 214 - Behind The Scenes Rakaman Tanyalah Ustaz “Doa”

Hari itu, Selasa 4 Mei 2010 jam 2.00 petang, saya memenuhi jemputan rakaman “Tanyalah Ustaz” TV9.

Sehari sebelum itu saya dihubungi dengan SMS oleh Ustaz Nazri, imam Surau Darul Ikhlas, Taman Kayu Ara Indah.

“Assalamulalaikum Ustaz Muhamad, Ana Ustaz Nadzri, bekas pelajar Syariah Undang-Undang UM. Sekarang ana mengajar di SMK Damansara dan Imam di Surau Darul Ikhlas. Esok ana dan jemaah di jemput untuk jadi penonton rakaman “Tanyalah Ustaz”. Dah bahyak kali hadir, ini pertama kali bersama enta. Ilal Liqa esok”

“Oh, penonton esok dari Damansara, tak jauh sangat,” bisik hati saya.

Hari rakaman, saya datang awal sikit, sekitar jam 1.45 petang sudah sampai di Sri Pentas. Sahabat saya, En Syed terus mengajak saya makan tengah hari yang ditaja di dalam program ini.

Hari ini juga, saya ingin memberikan satu kertas kerja pada Kak Jun (Penerbit program al-Hidayah TV3) mengenai program bersama HIV Aids pada 9 Mei ini.

“Kak, confirm ye program ni kak datang” kata saya.

“Confirm ustaz, sebab tu datang jumpa ni, kalau tak confirm, cakap pakai telifon aje” kata Kak Jun bergurau.

Rakaman bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 6.00 petang. Perbahasan mengenai tajuk “Doa”.

Penonton kali ini ialah yang paling best saya bersama. Semua yang telah berumur asyik tergelak aje.

Barangkali, telah banyak kali dijemput untuk bersama di dalam rancangan “Tanyalah Ustaz” ini, jadi mereka tidak kekok di dalam studio.

Sewaktu habis satu episod, saya diminta untuk memakai sedikit bedak agar muka tidak kelihatan berminyak.

“Ustaz, bukan macam tu, salah cara pakai tu, ustaz tepuk sakali saja lepas tu……”

Bukan main bersungguh lagi seorang makcik menunjukkan saya cara pakai bedak dengan betul.

Barangkali, sebab itulah mereka semua nampak sihat sebab senang hati dan sentiasa senyum.

Semoga rakaman kali ini memberi manfaat untuk diri saya dan untuk semua, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Rabu 21 Jamadil Awal 1431/5 Mei 2010 jam 12.10 tengah hari

IMG_8714

Datang awal, bolehlah tengok itu dan  ini.

IMG_8715

IMG_8717

Jamuan tengah hari

IMG_8723

Kala ini, di Sri Pentas, ada satu orang datang mengubat orang sakit.

IMG_8736

Rujukan terakhir sebelum program

IMG_8744

Rakaman tidaklah begitu memberi tekanan seperti siaran langsung.

IMG_8762

“Macam ni ke?’ seorang makcik mengajar saya memakai bedak

IMG_8771

episod kedua

IMG_8773

IMG_8788

IMG_8790

Berbual santai dengan Ustaz Nazri,

IMG_8792

IMG_8797

Kenangan bersama jemaah yang hadir

IMG_8800

Bersama ustaz Nazri.

1 comment:

Anonymous said...

bile nye ustaz rakaman ni nak main di tv?...yg rakaman yg lepas pon belum main lagi rasenya...