Sunday, May 9, 2010

Universiti Kehidupan 150 – Majlis Bersama Syeikh Hisham Kabbani

8 Mei 2010 jam 8.30 malam, saya dijemput untuk menghadiri halaqah Ilmu dan selawat yang dipimpin oleh Syeikh Hisham Kabbani di Bukit Jelutong Shah Alam.

Beliau adalah Chairman Islamic Supreme Council of AmericaIslamic , tChairman The American Muslim Assistance relief organization, Pengasas Kamilat, An international Muslim women’s organization, Chairman As-Sunnah Foundation of America, pengasas ‘Muslim Magazine’, pengasas Sufi Muslim Council.

Beliau sampai jam 8.45 malam dan disambut dengan selawat oleh murid-muridnya di Malaysia ini.

Kami solat Isyak berjemaah dan selepas isyak, semua orang mula membuat satu halaqah untuk kuliahnya.

Terdapat kamera yang membuat liputan langsung di internet untuk tatapan muridnya di seluruh dunia malam tadi.

Syeikh Hisham mempersilakan saya duduk di sebelahnya.

Ya Allah, terasa kerdil duduk di sebelah ulama yang telah mengislamkan puluhan ribu masyarakat di Amerika ini.

Beliau penuh tawadhuk memberikan kuliahnya berkisar tentang perlunya menjaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia.

Tiba-tiba Syeikh Hisham berhenti berceramah.

“Saya rasa tak layak untuk ceramah malam ini. Saya mendapat ilham ada seorang yang perlu memberi kita tazkirah dalam lima minit” tiba-tiba Syeikh Hisham berkongsi rasa hatinya.

“Ada tak seseorang yang bernama Abdul Rahman di sini” kata Syeikh Hisham.

Semua hadirin yang ada saling berpandangan, mereka tidak mengenali siapa Abdul Rahman. Syeikh yang baru datang juga sudah tentu tidak kenal. Penganjur juga tidak kenal.

Tiba-tiba seorang perempuan menudingkan jari pada seseorang yang hamba Allah yang cacat jarinya, herot mukanya, kurus badannya.

“Itu Abdul Rahman” kata perempuan itu.

Abdul Rahman terpinga-pinga, bangun dengan agak terpinga. Semua mata memandang padanya.

Syeikh memintanya untuk memberikan tazkiran barang lima minit.

Pembesar suara diberikan pada Abdul Rahman. Dengan teragak-agak beliau mula bercakap.

“Hendaklah kita sentiasa berharap pada Allah, hati saya kini sangat mengharap pada Allah tidak pada yang lain”, kemudian dia menceritakan bahawa, anaknya baru sahaja meninggal dan dia kini hatinya hanya berserah pada Allah.

Dalam lima minit, Abdul Rahman memulangkan kembali pembesar suara pada Syeikh.

“Ada sesiapa antara kita yang menziarahinya ketika anaknya meninggal” kata Syeikh Hisham.

Semua yang ada diam, kerana semua tidak mengenalinya.

“Hari ini, untuk apa kita bersibuk dengan dunia sedangkan kematian menghampiri kita. Kumpulkan derma dan berikan pada Abdul Rahman” kata Syeikh lagi.

Saya hampir menitiskan air mata. Bagaimana sebenarnya, di kalangan kita terdapat orang yang susah yang kita selalu lupakan. Dan orang yang susah biasanya, hatinya selalu rapat dengan Allah. Dan orang yang rapat dengan Allah sudah tentu orang yang istimewa di sisi Allah.

“Kita mudah untuk mencintai guru kita, tetapi kita susah untuk mengasihi sesama kita” kata Syeikh Hisham.

Derma dikutip dan tak sampai lima minit, lebih tiga ribu dapat dikumpulkan dan terus diberikan pada Abdul Rahman.

Alhamdulillah, semua yang ada dapat berpeluang membantu. Malam ini saya belajar satu perkara:-

Di keliling kita, kita tidak tahu siapakan orang yang hampir pada Allah hingga doanya diterima Allah, sebab itu, jangan suka memandang rendah pada orang lain, selagi mana dia menjaga syariatnya, selagi itulah kita perlu menghormati orang lain.

Majlis hari ini di akhiri dengan bacaan selawat pada Nabi saw.

Hampir jam 1 pagi baru sampai ke rumah. Alhamdulillah, bertemu dengan orang Alim menjadikan kita sentiasa mempelajari ilmu secara praktikal. Semoga ia menjadi amalan kita bersama.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

25 Jamadil Awal 1431/ 9 Mei 2010 jam 8.15 pagi

IMG_8896

Syeikh Hisham di sambut oleh muridnya dengan selawat

IMG_8909

Beliau mempersilakan saya duduk di sebelahnya

IMG_8917

Majlis di akhiri dengan selawat

IMG_8926

Kesempatan yang ada, meminta bayi yang baru lahir di doakan

IMG_8945

IMG_9004

Masjlis disiarkan secara langsung di internet

27 comments:

Affan Ruslan said...

Salam.
Ni macam Syeikh tarekat je?
Tarekat apa ye ustaz?

abu maryam said...

Assalamu'alaikum ustaz,

Ajaran Kabbani diwartakan sesat oleh Jakim. Beliau adalah anak murid/org kanan pada syeikh Nazim. Harap ustaz dapat membuat semakan balik tentang ajaran syeikh ini:

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam


Kategori : Akidah
Tajuk :
Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-haqqani


Keputusan
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah
pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.







Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

Anonymous said...

bestnya ...sejuk hati saya ustaz..Alhamdulillah...

Anonymous said...

pelik! pertimbangan ilmu apa ustaz boleh terlibat dengan majlis karut macam ni ?

Ustaz Amin said...

Menziarahi mereka tidak bermakna kita setuju, setidaknya, kehadiran kita membuatkan semua lebih berhati-hati.

Perjalana hidup ini banyak kita boleh pelajari dari sesiapa pun, asalkan kita tahu batasan.

Hikmah adalah sesuatu yang telah hilang dari orang mukmin, ke mana kita boleh temui, kita ambil.

Setinggi mana kita, tetap kita kena merendah hati pada Allah.

Semoga Allah terus membimbing saya dan kita semua, amin...

Abu Hasan Chan said...

Hisham Kabbani juga diberitakan adalah kawan baik George Bush, bekas presiden Amerika yang menyerang Iraq.

http://defendingthetruth.wordpress.com/2010/04/25/reutationofhishamkabbani/

SILA ke Blog saya :

http://abuhasanchan.blogspot.com/2010/01/my-musings.html

amnikhassim said...

meremang bulu roma saya baca ttg abdul rahman tu..

buat yang lain, silalah ambil hikmah yang terdapat dalam majlis ilmu itu. Jangan terus menghukum

Abu Hasan Chan said...

Dan tidak seekorpun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan mereka ialah ummat-ummat seperti kamu ....{Surah al-An'am (6):38}

Pada satu malam ketika hujan lebat , saya terdengar suara ganjil di tepi rumah saya , suara yang berulang-ulang sepanjang malam. Ketika itu saya amat mengantuk dan tidur dengan lenanya. Pada keesokan paginya , air sudah surut dan matahari sudah memanjarkan cahayanya.

Rupa-rupanya suara ganjil itu ialah rayuan sayu seekor kucing sakit yang terjatuh ke dalam longkang. Aku sempat melihat si kucing itu sedang nazak. Saya angkat kucing itu daripada longkang dan letakkan atas tanah yang kering dan dijemurkan cahaya matahari semoga dia ada peluang hidup.

Kucing itu mengangkat kepalanya seolah-olah mahu berkata sesuatu kepada saya. Melihat dia benansur-ansur mati. Mungkinkah kucing itu cuba berkata terimakasih kpd saya ?

Tiba-tiba saya menangis sambil mengingati ayat al-An'am (6): 38 yang saya telah sebutkan.

Orang kata tasauf ialah kehalusan jiwa. Saya tidak pakai sorban dan jubah , tapi dapat ambil kefahaman daripada apa yang saya lihat di sekeliling saya.

Pada satu ketika isteri saya cuba menghalau seekor katak puru yang masuk dapur rumah saya. Saya melarang isteri menggunakan penyapu. Saya ambil kertas yang bersih kemudian mengangkat katak itu dengan kasih sayang dan diletakkan di tempat yang selamat dengan kata-kata , "pergilah wahai saudaraku ...dan doalah kepada Allah untuk saya".

Dalam hati saya ...saya menangis. Inilah manusia yang angkuh , tidak faham ayat al-An'am (6): 38.

pendekar laut said...

assalamualaikum....

dalam munaqashah sufi peringkat kebangsaan tahun 2004 yang dianjurkan oleh jabatan mufti negeri sembilan..... tariqat naqshbandi haqqani pimpinan syeikh muhammad nazim al haqqani telah dibersihkan namanya dari sebarang fitnah ajaran sesat......sekali gus fatwa tahun 2000 itu dimansuhkan.....

Anonymous said...

SALAM,

BERHATI-HATILAH MENUDUH SESAT, DIKHUATIRI TUDUHAN ITU KEMBALI KPD YG MENUDUH!JIKA BATIL..
JIKA TIDAK TAHU MENILAI ANTARA KACA DGN PERMATA JGN TERBURU-BURU JIKA ANDA BUKAN AHLINYA.
RAMAI ORANG MELAYU JADI TERPESONG KERANA TAK MENGAJI..

Abu Hasan Chan said...

Siapa sesat ? ...siapa pula kurang berilmu ? Syeikh Gibril al-Haddad memuja Syeikh Hisham Kabbani TAPI Syeikh Abdullah al-Hariri pula menyatakan bahawa dia adalah sesat.

Muallij Ibnu Yusuf said...

Assalamu'alaikum Ustaz. Ana harap Ustaz tidak keberatan untuk Ana kongsikan bersama blog yang begitu menyayatkan hati ini.

faizal said...

saya membaca cerita kamu abu hassan..kamu memang bodoh..mementingkan diri sendiri..

D'win Nasya said...

Salam...jngan cepat menuduh orang sesat...Syeikh Hisham dri ktrunan Rasulullah...fatwa jakim dah dibersihkan...wahabi ja semua tu...wahabi dan tareqat nie musuh...tawukan wahabi nie yang sesat...Syeikh Raja Ashman pon amik tareqat nie...Sapa Syeikh Raja Ashman???Carilah...jngan cepat memfitnah kaum sufi nie kalw berfikir setkat syariaat ja...

Bukhari said...

buruknya akhlak dtgnya drp hati yg kotor,:NABI diutus utk menyempurnakn akhlak manusia..tariqah adalah stu cbg dri ilmu tasauf utk membersihkan hati dgn zikrullah mengingat ALLAH TUHAN ROBBUL ALAMIN,adakah mengingat ALLAH ITU SESAT..kalau igt artis2 igt pemain bola itu tidak sesat?eloklah shbat2 kaji dgn btul2 mndalam..kaji ktab2 ulamak2 dulu seperti ihya ulumuddin karangan imam al ghazali,kitab sirrussalikin...dan jgnlah kita suke mghukum sesama kita tanpa ada dalil yg kukuh...itu adalah stu dosa yg akan di persoal di hadapan ROBBUL ALAMIN..TAUBAH YA ALLAH ASTAGFIRULLAH

ibnu taimiyah. imam hasan basri. imam al-junid. said...

Memang tak dinafikan banyak aliran2 tariqah yang berselindung dibawah nama aliran / tariqah yang besar. Semua tu semata2 memperdayakan dan memesongkan orang .Tngok pada pembawakan mungkin kita boleh tau. juga tgok latar belakang orang tersebut. Kita dikurniakan akal fikiran boleh membuat pertimbangan yang menepati Ajaran Islam yang benar. Ianya sedikit sebanyak mencemarkan tariqah2 yang tulen.
. Pelik bila ramai org yang skeptikal bila mendengar tariqah. tapi dalam kehidupan harian, kita sebenarnya pun mengamalkan tariqah/tasauf semua secara tidak langsung .pembersihan jiwa pemurnian hati ,membuat baik sesama manusia dan makhluk ,zikir kepada Allah sentiasa.. apapun moga kita semua dipelihara dan dipandu oleh Allah dalam mengamalkan Islam sebaiknya di zaman yang penuh tipu daya,.Allahumma Amin.

Anonymous said...

Jangan terlalu merasa diri kita tahu segalanya ttg agaman kerna disitulah bermulanya ujub yang kita tidak sedar...

Anonymous said...

Assalamaualaikum,ustaz saya rasa better kalau nak bawa ilmuan agama ni kena ada sebab, macam contoh alim ulamak yang betul-betul tersohor dalam ahlul sunnah wal jamaah Malaysia yang di katakan bermethodkan Al-asyrirah al matudiriah ni macam umpamanya DR Wahbah al zuhaili, ulama yang benar2 menyampaikan ilmu..kenapa di ambil juga orang ni yang kita tak tahu asal usulnya di mana bagi saya nasqabandi ni di fatwakan sesat, sebab saya percaya macam ketokohan mufti Wilayah persekutuan iaitu Dr Zulkifli Mohamad al bakri yang juga berada di manhaj yang sama bersama DR Wahbah ini yang di perakui ulama ahlul sunnah antarabangsa..wallahualam

Anonymous said...

Satu dunia memuji sheikh nazim haqqani.. di Malaysia di wartakan sesat oleh fahaman wahabi..

Anonymous said...

memang ust ziarah tak bermakna setuju..tapi penulisan ust mcm ust tak tau fahaman mereka ini difatwakan sesat. ke ust pun baru tau lepas baca komen?

mk said...

Jauhkan drp tareqat yg menyimpang drp quran dan sunnah..
Ghuluw dan melampau dlm mengangkat al syeikh..
Tareqat yg menyimpang dgn cerita pelbagai keajaiban mesti balik kpd sunnah

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum
Baca sendiri ajaran Sheikh Nazim di http://www.sheiknazim2.com/haqnew.html.

Beberapa contoh dari http://www.sheiknazim2.com/haqnew.html

"When a person takes Bayyat from Moulana the Spiritual Power of Moulana Sheikh Nazim is always with that person immaterial of how far away in distance he is from the physical presence of Moulana. Moulana will be with him through every moment until that person reaches the grave. Until the Day of Judgement Moulana will be with that person. Even until he reaches in front of Allah Almighty will Moulana be with him. When Allah Almighty questions this person, Moulana shall answer all these questions instead of him. In this time it is not possible to find this kind of Auliya who are the like of Moulana Sheikh Nazim."

"Another of the miracles of Moulana Sheikh Nazim is the miracle in the grave. When the Angels appear in the mureeds grave to question him, Moulana Sheikh Nazim will immediately be there and say to the Angels “Don’t question my follower, question me instead of him and I will answer on his behalf. “The Angels shall not be able to bear the Light of Moulana Sheikh Nazim and due to this they shall be forced to go away."

"NO QUESTIONING IN THE GRAVE
As for anyone who is related to Moulana Sheikh Nazim as a mureed the Angel of Death, Israel (alai) will have nothing to do with him. The soul of this mureed at the time of his death will be taken by Moulana Sheikh Nazim. He shall look at the mureed and immediately the soul of that mureed will leave his body. There is nothing for either the Angel of Death or for the Angels of the Grave to do with the mureeds of Moulana Sheikh Nazim. This is because it has been so ordered and it is by the Divine Power of Allah Almighty which has been given to him that Moulana Sheikh Nazim is so empowered. This is specially for Moulana Sheikh Nazim."

"The Sultan ul Auliya is the Khaliphatullah of the time and he represents the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) while the other Saints represent one of the other 124,000 prophets. As all the other Prophets are also represented by the Seal of Prophets Seyyidina Muhammad (peace be upon him), the Sultan ul Auliya of the time also has the Tajjalli and the power of all the 124,000 Prophets."

"As the Khaliphatullah or the representative of Allah Almighty in our time, it is Moulana Sheikh Nazim who is inside the ka’abatullah. The ka’abatullah is also known as the Baithullah or the House of Allah. Allah Almighty is everywhere but especially in the Baithullah as He has Himself called it the House of Allah. For it to be called the House of the Lord, the Lord of the house must be in it. The Lord of the house is represented by His Khalifa who in this time is Moulana Sheikh Nazim."

"Anybody who takes Bayyat from Moulana Sheikh Nazim, specially those from the Western countries, will not leave this world except as Walis. Regarding this Moulana says “I have been ordered by Allah Almighty and by the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) to gather all the Lights that are now coming from Western and European countries and to return them to their origin. Any European or Westerner or anyone else making Bayyat will not leave this Dunya, except as an Auliya and he shall reach to the highest stations which Allah Almighty offers to His beloved servants"

Semacam dakwaan Ustaz Ashaari Al-Arqam tetapi lebih hebat. Kalau tahap ini belum lagi sesat tak tahulah apa nak dicakapkan lagi.

azlan pja said...

jumpa pun tidak ... berani kata sesat.. 😅
dah semuka ka dgn syekh nazem masa hidupnya? dah jumpa ka syekh hisyam masa dia ziarah malaysia? mengadap la lain kali.. jgan berani hembus ja.. ingat.. lautan manusia di mahsyar nanti.. jika mereka ini benar.. merangkak la kamu cari mereka di lautan manusia..

azlan pja said...

jumpa pun tidak ... berani kata sesat.. 😅
dah semuka ka dgn syekh nazem masa hidupnya? dah jumpa ka syekh hisyam masa dia ziarah malaysia? mengadap la lain kali.. jgan berani hembus ja.. ingat.. lautan manusia di mahsyar nanti.. jika mereka ini benar.. merangkak la kamu cari mereka di lautan manusia..

Farhann Zoll said...

takpe jangan marah orang-orang yang kata sesat... kalau nak dibandingkan dengan orang yang duduk diam kat rumah tak cuba cari jalan yang benar.. diorang ni dikira mulia dan beruntung dapat doa wali-wali Allah yang baca comment diorang yang seperti minta kasih sayang kerana kurang kasih sayang agama..

jadi.. sama2 kita doakan hati-hati diorang supaya semuanya menjadi wali Allah belaka..

Alfatihah..

kalau rajin kita bacakan yassin hadiah untuk diorang.. tak yah diorang nak keluar belanja besar2 nak buat majlis yasin dan doa selamat..

kita kena rajin doakan selamat kepada orang ramai yang bergerak mencari jalan yang benar..

Allah bersama orang sabar dan
doa senjata mukmin..

haters yang baca comment ni mesti nak muntah.. uwerrkk

tapi inilah kiteorang; tak pernah di ajar benci dan menghukum orang lain oleh Hisham kabbani Rahimahullah

Abdur Rahman said...

fatwa sesatnya Tarikat Naqshabandi tlh pn di tarik balik oleh Jakim..ada yg jahil dn ketinggalan zamn masih guna pakai Fatwa yg tlh pn di mansuhkan ...

Anonymous said...

Dah tarik balik? Betul ke