Selasa 4 Mei 2010, Jam 6.00 petang. Sejurus selesai rakaman “Tanyalah Ustaz di Sri Pentas, saya terus pulang ke rumah.
Kala ini, jalan agak jem kerana petang ini hujan. Saya melalui lebuh raya ELITE untuk pulang.
Baru sahaja keluar dari Sri Pentas, telifon saya berbunyi, saya mengambilnya dan mengangkat telifon ini.
“Assalamualaikum Ustaz, boleh bercakap sikit tak?” kata Ustaz Afdhal, warden Asrama al-Ijabah.
“Waalaikum salam, apa cerita?” tanya saya ringkas.
“Ustaz, waktu ana balik dari MASAA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) tadi, ana singgah beli minyak dekat Subang Jaya, ada orang minta derma dekat ana” Kata Ustaz Afdhal.
“Ha, baguslah tu, kenapa?” tanya saya hairan.
“Tak ustaz, dia perkenalkan dirinya sebagai Haji Abdul Samad, dia bawa surah ada logo Yayasan al-Ijabah, dia kata, dia sedang kutip derma untuk buat rumah anak Yatim al-Ijabah di Puchong.
“Hah…!” kata saya agak terkejut, sebab, setakat hari ini, kita memang tidak pernah buat pendekatan derma cara macam tu.
“Abis tu, anta kata apa?” Tanya saya lagi.
“Saya minta nombor telifon dia, tapi dia tak bagi, dia kata, nak derma, derma ajelah” jawab Ustaz Afdhal.
“MasyaAllah, macam-macam orang ni” jawab saya ringkas.
“Lepas tu, ana bayar minyak dekat dalam tu, keluar, dia dah tak ada” jelas Ustaz Afdhal lagi.
Ada juga orang macam ni. Ini kali kedua, peristiwa ini berlaku. Kali pertama pernah saya ceritakan di dalam blog ini. Boleh kita baca dalam entri di bawah.
http://www.ustazamin.com/2010/04/diari-206-macam-macam-jenis-orang.html
Adakah ini satu sendiket derma? Kalau tak, macam mana surat dia tu siap ada loga Ijabah? Siapa group ni? Dari mana? Kalau dekat dengan tempat kita pun dia berani minta, tak mustahil di tempat jauh-jauh pun dia ada buat?
Seribu satu persoalan bermain di dalam benak fikiran saya.
Apa pun, itulah ragam manusia akhir zaman. Penipuan dibuat dengan begitu kreatif sekali. Ingatkan orang hanya ciplak buku dan alat solek. Borang derma pun boleh dibuat dan diciplaknya.
Untuk pengetahuan semua, Ijabah tidak pernah melantik mana-mana wakil untuk derma setakat ini. Kalau ada terjumpa, minta dimaklumkan pada saya atau pihak Ijabah. Semoga Allah terus memelihara diri kita dan orang sekeliling kita dari perkara yang tidak baik.
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
Rabu 21 Jamadil Awal 1431/5 Mei 2010 jam 12.40 tengah hari
4 comments:
Salam Ustaz....
Insyaallah marilah kita beramai2 memantau perkara ini...
Sebab itu selalunya kami jarang menderma pada org2 yg merayau2 cam nii...
Selalunya jika jumpa kami minta detail dan masuk sendiri ke akaun suaru @wakaf berkenaan bg menggelakkan pihak yg menipu kan ustaz...
Insyaallah.
Wslm
Salam Ustaz......
Sebaiknya Ustaz pantau kerana ianya akan menjejaskan imej Ustaz. Berita buruk akan cepat tersebar dari berita baik.
Muga Allah akan selalu pelihara segala ustaz.
salam ustaz,
ramai yang mengguna pendekatan begini untuk menipu.selalu ada yang datang dari rumah ke rumah minta derma dgn menunjukkan resit2 sedemikian!
salam ustaz...
saya cadangkan ustaz buat laporan polis jer...jangan biar perkara begini berterusan,nanti imej ustaz dan ijabah jugak yang rosak....jangan tunggu lagi ustaz,buat laporan polis segera!!!!
Post a Comment