Friday, May 28, 2010

Diari 223 – Majlis Bersama World Wide Holdings

Rabu 26 Mei 2010 jam 6.00 petang, saya dijemput untuk mengendalikan majlis sempena 20 tahun World Wide Holdings, anak syarikat PKNS.

Majlis dibuat di kawasan rumah exco seksyen 7 Shah Alam.

Saya tidak menjangka majlis petang ini besar. Ingatkan, seperti kenduri doa selamat sahaja. Rupanya, dari Dato’ Arif (Pegawai kewangan Negeri), Dato’ Azib (Pengerusi MAIS), Pengerusi PKNS dan beberapa lagi yang saya kurang kenal.

Majlis petang ini di mulakan dengan sumbangan pusat Zakat kepada Pusat Dialisis, kepada rumah anak Yatim dari Banting dan sumbangan kewangan kepada beberapa pelajar perubatan Mesir.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk kesyukuran. Saya diminta untuk membawa tajuk ini.

Apabila kita membicarakan kesyukuran, kita akan bicarakan dari sudut orang yang menderma dan orang yang menerima.

Orang yang menderma hendakah merasa syukur kerana Allah memberikan kelebihan harta untuk menderma.

Orang yang menerima pula perlu bersyukur di atas pemberian yang diberikan.

Kami solat magrhib berjemaah dan majlis diteruskan dengan bacaan Yasin, tahlil ringkas dan doa kesyukuran.

Selepas itu, kami sama-sama mendirikan solat hajat dan selepas isyak bersama-sama dalam jamuan makan.

Syabas dan tahniah kepada World Wide Holdings. Kini, ia sebuah syarikat yang dapat hak mengedarkan benang yang digunakan ketika pembedahan yang halal.

Kini, perkembangan kaedah perubatan sudah mula diselaraskan dengan syarak dan semoga, ubatan dari barang yang haram satu ketika dahulu akan dapat digantikan dengan semua barang yang halal satu hari nanti insyaAllah.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Kuwait International Airport

14 Jamadil Akhir 1431/ 28 Mei 2010 jam 11.00 pagi

Majlis sempena ulang tahun ke 20 World Wide Holdings

Bersama Dato’ Arif, pengerusi World Wide Holdings

Bantuan dari Pusat Zakat kepada pusat Dialisis

Jamuan selepas program

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...