Thursday, May 20, 2010

Diari 220 – My Sifu & I

Hari ini, 19 Mei 2010, jam 12 tengah hari, saya bertemu Prof Dr. Ahmad Hidayat Buang membincangkan mengenai penulisan tesis saya.

“Anta fikir Mad, kalau dah sedia nanti ana uruskan”

Satu cadangan untuk menghantar saya ke Mesir selama beberapa bulan dan UK selama setahun bagi mengikuti pengajian yang disusun untuk memperkasakan ilmu dan kajian yang diamanahkan.

Apa yang terus saya fikirkan?….

Kalau fikir tentang diri sahaja, sudah tentu akan terus diterima cadangan ini.

“Tapi, anak-anak yatim Ijabah dan rumah HIV muslim Darul Ukhwah bagaimana ye…….?” Bisik hati saya.

Tengoklah nanti, kalau Allah kehendaki yang terbaik, maka sudah tentu Dia akan aturkan yang terbaik.

Saya mengenali Prof. Dr. Ahmad Hidayat sejak beliau hanya pensyarah biasa. Seorang yang tekun membuat kajian dan banyak melahirkan tulisan ilmiah. Beliau seorang Ahli Sunnah yang cukup menjaga agar UM tidak diserapi doktrin Wahabi mahupun Syiah.

Beliau yang membimbing saya menjadi penulis bahan ilmiah. Sekarang beliau adalah Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Satu pembaharuan yang beliau buat untuk Mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam yang tidak ada sebelum ini ialah beliau mengadakan kerjasama pendidikan dengan Mesir, Qatar, Bahrain dan negara Arab lain agar Mahasiswa/i Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dapat mengikuti pengajian jangka pendek di negara Arab pada ketika cuti.

Ini pun baru pulang dari negara Arab menguruskan pelajar Akademi Pengajian Islam UM di ke sana.

“Untung dia orang Prof, waktu saya tak ada peluang begini” kata saya memikirkan betapa untungnya generasi Mahasiswa/i sekarang.

“Tapi atas diri juga Mad, yang tak nak ambil peluang, tak nampak juga”.. jelas Prof Dr. Ahmad Hidayat

Semoga Allah terus memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita dan beliau, agar terus dapat menjaga tradisi keilmuan di negara ini, amin…

Di akhir pertemuan, beliau mengingatkan pada saya:-

“Mad, siapkan dalam tiga tahun ye”

“InsyaAllah Prof, minta di doakan” jawab saya sambil tersenyum…….

Dalam hati dengan nakal berbisik…

“Alamak, boleh ke……..InsyaAllah……….”

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

6 Jamadil Akhir 1431/ 20 Mei 2010 jam 9.30 pagi

IMG_9795

My Sifu & I, Prof. Dr. Ahmad Hidyat Buang

3 comments:

ainhany said...

salam ustaz,

insyaALLAH.Muga dipermudahkan ALLAH segala urusan.Restu sifu dah diperolehi....memelihara anak2 dan tggungjwap disini..insyaALLAH ramai yg boleh mmbntu

boxhousestudio said...

Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh Ustaz Amin

malunya saya dengan Ustaz Amin ...rasa kerdilnya...
saya doakan ustaz Amin bertambah tambah ilmunya dan dapat bantu kami semua dunia dan akhirat..amin amin amin ya robbalallamin...

amnikhassim said...

insya ALLAH boleh ustaz. Ya ALLAH Kau permudahkanlah urusan saudaraku ini agar beliau dapat terus membantu saudara2 kami yang lain. Dan berkatilah perjuangan beliau ya ALLAH