Sabtu 15 Mei 2010, jam 2.00 petang, rumah al-Ijabah menerima kemasukan dua orang anak yatim piatu dari Johor.
Anak-anak ini dihantar oleh datuk saudara mereka. Ayah mereka meninggal pada hujung tahun 2009 dan diikuti dengan ibu mereka awal tahun ini. Semoga Allah merahmati kita dan mereka.
Rumah al-Ijabah memang bersedia menerima mana-mana anak yatim jika terdapat kekosongan dan beza kita dan tempat lain ialah kita menjaga tarbiah dan pelajaran mereka.
Di kala, kebanyakkan rumah anak yatim lain kurang berjaya (menurut seorang pegawai di LZS bahawa 40 rumah anak yatim dalam bantuan LZS kurang berjaya) Dengan izin Allah, anak-anak Ijabah telah sampai ke Turki dan Mesir. Hujung bulan ini juga saya akan ke Mesir menguruskan tiga orang dari mereka.
Tapi itu semua dengan izin Allah dan dengan bantuanNya jua. Kita cuma berusaha dan mengharapkan agar ia terus dibantu dan dikekalkan.
Bulan Jun/ Julai ini, kita akan merasmikan pembukaan rumah Ijabah kedua di Kuala Selangor. Kekosongan yang ada ialah untuk 20 orang anak-anak sekolah rendah dan menengah rendah. InsyaAllah yang berminat boleh hubungi PA saya Nur Alia di talian 019-6003643.
Dokumen yang diperlukan ialah surah beranak anak yatim, surat mati ayah dan kad pengenalan penjaga sekarang. Jika mahu di poskan, boleh di alamatkan kepada :-
No. 14 Jalan Tengku Ampuan Zabedah, K9/K Seksyen 9 Shah Alam 40100, Selangor.
Minta sama-sama mewar-warkan. Di atas motto, “bersatu kita berbakti”, insyaAllah kita cuba mendapatkan kelebihan dari hadis Nabi saw bahawa:-
Aku dan pemelihara anak yatim begini di syurga, sambil Nabi menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya.
Semoga Allah terus memberi kekuatan pada kita beramal dan berbakti untuk akhirat kita, amin….
“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 Jamadil Akhir 1431/17 Mei 2010 jam 8.00 pagi.
Kemasukkan dua anak yatim piatu perempuan dari Johor
Lawatan ke MASAA
Pendaftaran ke MASAA bagi anak perempuan
Sembang santai selepas urusan selesai
No comments:
Post a Comment