Tuesday, May 25, 2010

al-Ijabah 222 – Ubat Penyakit Aids?

Isnin 24 Mei 2010 jam 6.00 petang, saya menghadiri mesyuarat khas di Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah, rumah HIV kita, mengenai cadangan dari seseorang, Ustaz Shamsuddin Yusuf, berkenaan dengan ubat Aids yang dikatakan telah ditemui di Yaman.

Ketika Ustaz Shamsuddin masuk, saya memerhatikannya.

“Ustaz belajar Yaman ye? Kata saya.

“Ye Ustaz” jawab Ustaz Shamsuddin ringkas.

“ Di San’a kan?”

“Ye, Ye, Saya belajar di Universiti Iman ustaz, dan Prof. Syeikh Abdul Majid Zindani telah menemui ubat AIDS” kata ustaz Shamsuddin.

Kemudian beliau terus menceritakan mengenai kelebihan Syeikh Abdul Majid Zindani yang mengasaskan ilmu Sains al-Quran dan telah banyak mengIslamkan saintis dunia dengan kajiannya.

“Saya kenal Syeikh Zindani” kata saya.

Ustaz Sham tiba-tiba agar tersentak.

“Ustaz kenal macam mana?” tanyanya ringkas.

Saya pernah ke Universiti Iman dan menjadi tetamu di sana.

“Ah, kalau macam, tu, saya tak perlu cerita panjang lagi lah…” kata Ustaz Sham.

Syeikh Abdul Majid Zindani adalah Saintis Islam dan antara yang mengasaskan Universiti Iman di San’a , Yaman, Unviersiti yang mempunyai pelajar dari 52 buah negara.

Amerika melabelkan Universiti Iman sebagai tempat melahirkan pengganas sedangkan Syeikh Abdul Majid Zindani sendiri menjadi 10 orang yang paling dikehendaki oleh Amerika.

Banyak ulama besar yang mengajar dan berada di sini seperti Syeikh Qasim Bahr dan Syeikh Abdul Karim Zaidan.

Jika kita menghadiri kelas Syeikh Abdul Majid Zindani ini, dia akan duduk di depan dengan dikawal oleh dua orang di kanan kirinya siap dengan M-16. Pengawal yang lain akan duduk di setiap penjuru dewan kuliah.

Beliau di jaga rapi kerana ramai yang ingin membunuhnya.

“Kita tak ada masalah dengan cadangan ini, cuma kita akan kaji dari sudut persediaan dan prosedur untuk merealisasikannya” kata saya.

“Saya tidak sangsi dengan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, dan kalau benar formula itu telah ditemui, maka akan lebih ramai nanti saintis yang akan Islam” kata saya lagi.

“InsyaAllah, lepas saya balik dari Mesir awal bulan depan, kita panjangkan perbincangan ini” kata saya lagi.

Sebelum berpisah, ustaz Shamsuddin bertanya saya.

“Macam mana ustaz tahu saya belajar di San’a?” tanyanya.

“Mmm, kalau orang belajar Yaman, kalau pakai cincin jari kelingking, itu dari aliran Hadramaut, tapi kalau pakai cincin jari manis, maknanya belajar di San’a” jawab saya sambil tertawa kecil, walaupun gurau, tapi memang begitu.

Semua yang ada juga tergelak.

Aliran Hadramaut dan San’a biasanya tidak sependapat. Tapi perbezaan pendapat tidak bermakna kita bergaduh, kalau kita mempunyai adab di dalam ilmu.

Yang penting, ilmu yang ada semakin menghampirkan kita pada Allah. Kerana ilmu bukan untuk nak tunjuk siapa hebat, tapi untuk menjadikan kita, siapa yang lebih bertaqwa.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

Selasa 11 Rabiul Akhir 1431/ 25 Mei 2010 jam 1.15 tengah hari

Ustaz Shamsuddin menerangkan sesuatu

“saya pernah menjadi tetamu di Universiti Iman” kata saya.

P5090025

Kenangan di San’a Yaman, Ia terletak di atas bukit, jadi suasananya sentiasa sejuk

P5090031

Di kawasan bekas Kabah yang dibina oleh Abrahah, orang yang dihancurkan oleh burung Ababil seperti yang disebut di dalam al-Quran

P5100037

Sarapan pagi di Universiti Iman, San’a Yaman

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kenangan bersama Syeikh Qasim Bahr

P5250378

Kenangan bersama pelajar di Universiti Iman, San’ a Yaman

4 comments:

boxhousestudio said...

assalamulaikum warohmatullah hiwabarokatuh ustaz amin

saya kagum dengan usaha ustaz amin nak membantu pesakit aids..hebat usaha tuh...

dan saya juga suka kata-kata ustaz yang ini

"Yang penting, ilmu yang ada semakin menghampirkan kita pada Allah. Kerana ilmu bukan untuk nak tunjuk siapa hebat, tapi untuk menjadikan kita, siapa yang lebih bertaqwa."
..ALLAH..ALHAMDULILLAH...

saya suka, lagi kita bertambah berilmu lagi kita tunduk dan terasa kerdil dengan ke hadrat ilahi...SYUKUR BENAR-BENAR RASANYA DAN RASA LAPANG DI DADA SAYA...
ALHAMDULILLAH...

Anonymous said...

Alhamdulillah.....;)

Ahmad Rizwan said...

Assalamualaikum Ustaz....
Saya pernah bermimpi,dalam mimpi tersebut.....saya sedang memikul sesuatu yang besar di atas bahu saya.....dan ad beratus ribu orang berjalan kaki selama beribu tahun tetapi tidak tahu destinasinya....
Boleh Ustaz terangkan apa maksud mimpi saya ini?

nasrul79 said...

Salam Ustaz, di negara kita ada juga Tokoh yang pernah mewarwarkan boleh merawat HIV insyaalah tokoh yang saya maksudkan Prof Dr Norhisyam wahab cuba ustaz masuk laman ini www.cvtheraphy.com.my atau www.rawatankesihatan.blogspot.com