Ahad 23 Mei 2010, jam 5.30 petang, seperti biasa anak-anak Ijabah berkumpul untuk membaca selawat dari kitab ad-Dibaie.
Beza hari ini, mereka, diserikan lagi dengan masjlis Aqiqah seorang sahabat En. Amir Suhaimi. Hari ini juga, Yayasan Raja Muda datang untuk membuatkan baju bagi anak-anak Ijabah.
Hadir hari ini tetamu dari Masjid al-Falah dan juga beberapa ustaz dan ustazah yang sama-sama mengamalkan selawat.
“Selawat menyatukan umat” kata saya.
Sebenarnya, ketika anak-anak Ijabah bersama saya di dalam program Umrah pada 2 bulan lepas, mereka diraikan oleh Ulama Mekah yang juga mengamalkan selawat-selawat.
Kami diraikan di sana dan dijemput untuk menghadiri majlis selawat yang dibuat di kota Mekah.
Inilah kelebihan selawat. Kita membuat sesuatu yang Allah dan para Malaikat juga membuatnya.
Allah juga menyuruh seluruh orang beriman untuk melaksanakannya. Jadi, kalau kita selalu berselawat pada Nabi, nanti Allah akan datangkan dan kenalkan kita dengan orang yang juga selalu berselawat pada Nabi SAW. Di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa:-
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
Surah Ahzab ayat 56
"Bershalawat" artinya: kalau dari Allah berarti memberi rahmat: dari malaikat berarti memintakan ampunan dan kalau dari orang-orang mu'min berarti berdo'a supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan:"Allahuma shalli ala Muhammad".
Semoga, kita menjadi orang yang sentiasa berselawat pada Nabi SAW.
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
Selasa 11 Rabiul Akhir 1431/ 25 Mei 2010 jam 12.20 tengah hari
Hari ini, Yayasan Raja Muda Selangor mengukur anak Ijabah untuk dibuatkan baju
Majlis bacaan selawat bersama bersama anak Ijabah
Hari ini juga, ia dibuat bersama majlis Aqiqah
No comments:
Post a Comment