Khamis 13 Mei 2010, hari yang agak penuh dengan berbagai program bermula dengan jemputan ceramah, mesyuarat Maahad Sains al-Quran al-Amin dan mesyuarat mengenai penubuhan cawangan rumah anak yatim al-Ijabah di Kuala Selangor.
Baru sahaja kembali ke pejabat di Shah Alam, saya menerima satu massage:-
“Ustaz Ashaari meninggal dan akan dikebumikan di Pilin”
Hah, Ustaz Ashari Arqam ke? Spontan saya mengucapkan:
“Innalillah wa Innailahihirajiun”
Malam ini sepatutnya saya ada program di Kuala Lumpur kerana tahlil 40 hari pulangnya Habib Abdul Qadir al-Saqqaf di Mekah.
Baru saya ingin membuat keputusan, mana yang saya mahu ziarah masuk lagi satu massage:-
“Innalillah wa Inna Ilahi Rajiun..umat Islam kehilangan insan yang dikasihi dengan pulangnya Habib Ali Jaafar al-Idrus, Batu Pahat, Petang tadi, untuknya, al-fatihah”….
Sekali lagi saya mengucapkan, “Innalillah wa Inna Ilahi Rajiun..”
Saya berbincang dengan beberapa sahabat yang ada.
“Kalau macam tu, kita tak ke Kuala Lumpur, kita pergi ziarah Allahyarham Ustaz Ashaari kemudian terus kita ke Johor Ziarah Allahyarham Habib Ali al-Idrus.
Semua yang bersama saya bersetuju.
Selepas solat Isyak, semua yang bersama saya telah berkumpul di rumah saya. Kami bertolak jam 9.00 malam ke Pilin Negeri Sembilan.
“Sapa tahu jalan ni?” tanya saya.
“Redah aje lah, mesti banyak kereta, kita ikut aje dia orang” kata salah seorang ahli rombongan.
Jangkaan kami tepat apabila banyak kereta malam ini menuju ke tanah perkuburan sejak keluar dari Tol Pedas/Linggi lagi.
Saya sampai jam 10 di tanah perkuburan di Pilin. Terus menaiki bukit kerana tanah perkuburan di sini di atas bukit.
Sesampai di atas, Allahyarham telah selamat disemadikan . Anak Allahyarham, Ustaz In’am membacakan talkin untuk Allahyarham.
Ketika beliau membacakan:-
“Wahai saudara, kini saudara telah berada di alam barzakh”
Hadirin yang hadir semua membetulkan…
“Ayahada, ayahanda la….
Ustaz In’am membetulkan:-
“Wahai ayahanda, kini ayahanda telah berada di alam barzakh….
Setiap kali Ustaz In’am terlupa ketika membaca talkin itu dengan mengucapkan “wahai saudara” setiap kali itu jugalah semua yang ada akan membetulkan
“Ayahada, ayahanda….
Suara Ustaz In’am agak tersekat-sekat, mungkin kesedihan..
“Wahai Ayahanda Ashaari bin Muhmaad..”
Sekali lagi yang ada disekeliling membetulkan…
“Ashaari bin Maimunah…”
Tersasul lagi..
Wahai Ayahanda, Ashaari binti Maimunah….
“bin..bin… yang lain membetulkan..
Walau apa pun, beruntung Allahyarham Ustaz Ashaari kerana semua yang menguruskan adalah dari darah daging sendiri.
Tamat talkin dan tahlil, saya membuat solat jenazah ghaib, solat jenazah bagi kita yang tidak sempat untuk membuatnya ketika di hadapan jenazah.
Dari pemerhatian saya, tidak kurang 5000 orang berada di tanah perkuburan malam ini.
Jam 11.30 malam, saya dan sahabat yang lain terus ke Batu Pahat Johor untuk menziarahi Allahyarham Habib Ali al-Idrus. Kami sampai di Batu Pahat jam 1.45 pagi.
Orang ramai telah berkumpul, beberapa polis menjaga jalan. Untuk menziarahinya sahaja, terpaksa beratur.
Berbeza dengan Allahyarham ustaz Ashaari, kali ini, semua berjubah putih. Ada datang dari Singapore, dari Indonesia dan dari berbagai pelosok negara.
Kalau menurut beberapa ulama’ yang saya temui di Hadramaut Yaman, mereka menyatakan bahawa Allahyarham Habib Ali al-Idrus adalah antara wali Nusantara.
Walaupun di kawasan setempat tidak ramai yang mengenalinya, tetapi beliau diziarahi oleh ramai orang dari Nusantara, Timur Tengah, Eropah dan berbagai-bagai lagi.
Rumahnya yang uzur dan sederhana, memang membuatkan ramai orang sekeliling tidak mengenalinya.
Kami terpaksa beratur untuk menziarahi jenazah Allahyarham Habib Ali al-Idrus. Agak panjang. Dalam 300 orang menunggu giliran untuk menziarahinya. Malam ini sahaja, lebih kurang 1000 orang berada disekeliling rumah Allahyarham.
Saya mengambil kerusi untuk duduk kerana agak letih berdiri menunggu giliran.
Orang di sekeliling membacakan Yasin dan al-Quran. Memasuki pintu, sudah terhidu bau bakaran kemiyan.
Memasuki kawasan jenazah diletakkan. Ia di jaga oleh cucunya dan beberapa orang ahli keluarga yang sedang membacakan al-Quran.
Dengan wajah yang putih bersih, saya mencium dahinya, memegang tangannya. Kemudian memberikan sedekah al-Fatihah. Lansung terus bangun untuk memberi laluan kepada yang lain.
Duduk di luar sebentar, bersalaman dan berbual, kemudian, kami semua pulang ke Kuala Lumpur.
Demikianlah, sehebat mana kita, pasti kita juga akan pulang bertemu Allah. Hari ini, antara hak muslim dengan muslim adalah menziarahi jenazahnya. Agar, kala kita bertemu Allah, orang lain juga akan menziarahi dan membacakan fatihah untuk kita.
Kepada ahli keluarga kedua-dua Allahyarham, saya ucapkan takziah, semoga Allah menggolongkan kita dan Allahyarham berdua di dalam golongan orang yang soleh dan solehah.
Semoga kita terus memperbaiki diri, agar bertemu Allah dengan keredhaannya.
“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”
Al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
Jumaat 12.00 tengah hari
30 Jamadil Awal 1431/ 14 Mei 2010
Jalan yang jem di tanah perkuburan Pilin
dari pemerhatian saya, tidak kurang dari 5000 orang berada di sini kala ini.
Tanah perkuburan di Pilin ini berada di atas bukit
Anakanda Allahyarham Ustaz Ashaari sendiri yang menguruskan jenazah hingga kepada bacaan talkinnya
Selesai talkin, tahlil ringkas
Semoga Allah menggolongkan kita dan Allahyarham bersama orang yang soleh
laluan untuk wartawan
Orang ramai berpusu untuk pulang
Jam 1.45 pagi, kami berada di Solok Wan Mo, Batu Pahat untuk menzirahi Allahyarham Habib Ali Jaafar al-Idrus
Barisan yang panjang untuk ke rumah Allahyarham
Duduk sebentar, letih tu dari jauh…
Ahli keluarga menyiapkan tempat untuk tetamu yang hadir
Bergotong royong menyediakan tempat
Di dalam dan luar, orang sibuk membaca al-Quran
Semoga Allah menggolongkan kita dan Allahyarham bersama orang yang soleh, amin… Ziarah akhir Allahyarham….
10 comments:
salam....
al-fatihah untuk saudara seislam kita yang telah kembali pada penciptanya....
al-fatihah....
salam ustaz...
Al-Fatihah buat kedua2nya..
Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh ustaz amin
BHs sedekahkan Al-fatihah buat keduanya...
BHS membayangkan kalau BHS pergi dari dunia ini siapalah nak bantu BHS nanti...ALLAH...
wassallam
salam ustaz
ALFATIHAH
betapa mulianya mereka pergi. Mlm jumaatyg barokah dsambut pulang.Semuga berbahgia aruah2 disana dan berbahgianya mereka mmpunyai ilmu yg ditinggalkan..kita???.
salam from Makkah..
alfatihah....dan salam takziah buat kedua dua keluarga almarhum...
wsalam
Salam. Al Fatihah utk kedua2nya.
Adakah membuat tahlil mengikut hari dibenarkan? Sebab Ustaz ada sebut tahlil 40 hari. Adakah membakar kemiyan dibenarkan? Harap Ustaz dpt berikan penjelasan. TK.
Tahlil mempunyai perbahasan yang panjang. Sila ikuti perbahasannya di majlis-majlis ilmu.
Membakar kemiyan adalah untuk menghilangkan bau pada mayat ketika orang menziarahinya
wallahualam
salam ustaz.
arwah abuya tu masih dengan aurad muahamadiah nya lagi ke? dengar cerita dia boleh cakap dgn malikat maut jangan tarik naywa sesaorang. betul ke ?
tahlil 40 hari . yg saya dengar di majlis ilmu buat tahlil tu tak salah tapi mengkaitkan jumlah hari macam 40 hari tu tak boleh itu budaya hindu.
wallahuaklam
salam ustaz..
bukan ke dulu abuya ni penah difatwakan sesat???
Sesat atau tidak itu urusan Allah. Ilmu dan cara almarhum ashaari membangunkan jemaah islam ke seluruh dunia sgt dikagumi. Mgkin situasi politik kotor malaysia berjaya memfatwakan mereka sesat. Allah knows better.. We pray the best for our muslim brother..
Post a Comment