Saturday, May 1, 2010

Bicara Ilmu 17 – al-Kuliyyah TV3 “Cari Makan”

Hari ini, 30 April 2010, jam 5.00 petang-6.00 petang, saya bersama di dalam program al-Kuliyyah TV3.

Saya bertolak dari rumah jam 3.00 petang lagi, cuma singgah di Taipan USJ kerana beberapa urusan. Jam 3.30 petang, saya ke pejabat saya di Shah Alam untuk melihat beberapa tugasan saya.

Jam 4.00 petang, saya mula bertolak ke Sri Pentas Damansara. Petang ini, kawasan Lembah Klang di sirami dengan hujan, dan dari Shah Alam untuk ke Damansara, jalan agak sesak.

Saya hanya sampai ke Sri Pentas 10 minit sebelum siaran langsung bermula. Penerbit Rancangan al-Kuliyyah, Ustaz Wan Farid dan beberapa orang lagi menghubungi saya bertanyakan lokasi saya.

Sesampai sahaja saya di studio C, Sri Pentas TV3, muslimah dari Biro Wanita Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang Klang,  telah sedia menunggu.

Krew petang ini terus memakaikan saya microphone dan kemudian kami terus bersiaran.

Tajuk pada hari ini ialah “Cari Makan”. Ia sempena dengan hari pekerja pada 1 Mei. Ia membincangkan mengenai keberkatan di dalam mencari rezki.

Di sini, saya kongsikan soalan dan jawapan secara ringkas yang dibincangkan pada petang itu:-

Soalan 1

Berusaha mencari rezeki amat dituntut di dalam Islam. Apa komen Ustaz.

Saya memberikan jawapan berdasarkan surah al-Qasas ayat 73:-

Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya

Soalan 2

Dalam mencari rezeki, Islam amat mementingkan soal keberkatan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, riwayat Al-Hakim yang bermaksud, “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah lebih utama untuk dirinya. Minta  ustaz ulas ?      

Makna berkat ialah bertambahnya kebaikan. Orang yang rezkinya berkat akan membawanya ke arah yang semakin hampir dengan Allah. Untuk mendapatkan keberkatan di dalam rezki, kita hendaklah menjaga adab sesuatu perkara itu.

Tanda rezki itu ada keberkatan ialah:-

1. Memberi ketenangan

2. Membawa kita semakin menjadi baik

3. Rasa mencukupi.

Soalan 3 dari penonton studio

Bolehkah rezeki yang halal dan berkat berubah menjadi sebaliknya ?   

Boleh kalau adab tidak dijaga, dan halal haram dilanggar

Soalan 4 dari penonton studio (Puan Samiah)

Ustaz, adakah sebarang penentuan bagi membahagikan rezeki yang dicari.Contoh ¼  untuk diri sendiri. ¼ untuk bayar hutang, ¼ untuk belanja anak isteri dan ¼  untuk simpanan. ?    

Itu pandangan sebahagian ulama. Tapi saya lebih suka membahagikan ia kepada dua iaitu, bahagian pertama yang berkaitan dengan kita seperti bayar hutang, nafkah keluarga, untuk diri dan untuk simpanan dan bahagian kedua ialah untuk agama seperti membuat wakaf, sedekah, zakat dan sebagainya.

Soalan 5 dari penonton studio (Puan Noraini)

Ustaz, apakah kriteria seseorang pekerja cemerlang menurut Islam ?   Kalau setengah tempat pekerja yang habiskan masa dan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja namun kurang memberi masa terhadap keluarga dianggap pekerja cemerlang.    

Memang dalam konteks Negara kita, jika seorang bekerja lebih, masa dengan keluarga akan kurang, kalau masa dengan keluarga maka kerja pula kurang. Itulah yang disebut sebagai “Paradox”.

Jadi, setiap pasangan perlulah mempunyai sifat ihsan iaitu berlebih kurang dan bertimbang rasa. Pekerja cemerlang apabila ada ihsan dan keluarga cemerlang apabila mengamalkan ihasan.

Soalan 6 dari penonton studio

Ustaz, sebagai pekerja kita terikat dengan tanggungjawab dengan majikan. Namun sekarang ini semakin banyak trend pekerja bebas (freelance) yang tidak terikat dengan mana-mana majikan. Bagaimana Islam melihat kedudukan kerja begini?   

Boleh asalkan akad untuk menunaikan sesuatu tugas itu dapat dipenuhi.

Al-Kuliyyah berehat seketika. Ketika berehat, ustaz Fauzi memandang saya dan berkata:-

“Ustaz, banyak soalan SMS, nanti jawab dengan ringkas ye ustaz”

“InsyaAllah, saya cuba” jawab saya ringkas.

Kemudian, program diteruskan lagi.

Soalan 7 dari SMS ke al-Kuliyyah (Mohd Noor)

Pekerja yang menipu untuk MC

Haram dan dikira mencuri hak yang tidak sepatutnya. Kena minta ampun pada Allah dan pada majikan.

Soalan 8 dari SMS ke al-Kuliyyah (Azrol)

Bapa kaya, tapi tak bantu anak. Anak susah kena buat kerja, macam mana?

Pertama kena minta maaf pada ayah sebab tuduh ayah tak hiraukan anak. Kalau dia tak hiraukan, masakan kita boleh membesar dengan sempurna. Barangkali, dia suruh kita kerja kuat dulu untuk kita menghargai  kesenangan yang akan kita warisi nanti.

Soalan 9 dari SMS ke al-Kuliyyah

Apakah hukum peniaga memakai pelaris

Jika ia sebahagian dari pemujaan dan sihir, maka haram

Soalan 10 dari SMS ke al-Kuliyyah

Saya seorang anak, tolong ibu dan ayah di kedai, ambil sikit duit

Ambil tanpa izin itulah mencuri. Kena minta izin pada ibu ayah

Soalan 11 dari SMS ke al-Kuliyyah (dari Rasfa)

Bagaimana kerja dengan pertolongan orang dalam (kabel dalam)

Kalau dapat dengan menafikan hak orang lain, maka haram. Tapi kalau kerja itu dapat kerana keyakinan pada kita dan kita memang layak, tanpa menafikan hak orang lain, maka tidak mengapa.

Soalan 12 dari SMS ke al-Kuliyyah

Bagaimana kerjaya seorang peguam yang membela orang salah

Sebenarnya etika peguam adalah membantu hakim untuk memberikan keputusan dengan adil. Sebab itu, kalau dia tahu etika ini, dia akan berusaha membantu hakim mencari kebenaran. Tapi kalau memang bela orang salah, maka tak boleh

Soalan 13 dari SMS ke al-Kuliyyah (Anis)

Bagaimana isteri kerja, suami kerja berdakwah.

(saya dapat rasakan yang bertanya cuba menyindir dari sebahagian orang Tabligh) Jangan salahkan satu kumpulan jika sesetengah dari individunya bersalah. Walaubagaimana pun, kalau seorang itu  berdakwah, nafkah keluarga tetap kena berikan.

Soalan 14 dari SMS ke al-Kuliyyah (Anis)

Bagaimana status kerjaya tukang jahit yang membantu jahit baju yang nipis (Nampak aurat)

Kalau kerjaya itu memang terlibat langsung dengan perkara haram seperti jual arak, maka tak boleh. Tapi kalau bukan itu asasnya, seperti dua penjaga kaunter kedai rucit, Cuma ada juga arak, maka syubhat. Dapat gaji, sebahagian sedekahkan untuk tidak dibawa balik ke rumah.

Soalan 15 dari Ustaz Fauzi

Bagaimana pula Islam menentukan soal perbelanjaan hasil dari pendapatan yang di terima. Pendapat-pendapat  seperti “reward youself”, “duit bukan boleh di bawa mati” sering terdengar di kalangan mereka yang berkemampuan. Malah ada juga yang mengatakan orang itu kufur nikmat kerana tidak berbelanja lebih walaupun mampu. Apa ulasan ustaz ?

Kita disuruh berbelanja di dalam lingkungan keperluan. Jika kita memang perlu, barang mahal pun tidak dikatakan membazir. Tapi kalau tak perlu, kita beli selipar jepun 20 pasang, di luar keperluan, maka itu membazir. Jadi berbelanja mengikut keperluan.

Soalan 16 dari Ustaz Fauzi

Peranan majikan juga amat penting bagi menentukan suasana bekerja, keselamatan,   dan seterusnya upah setimpal dengan kerja yang dijalankan. Minta ustaz terangkan?

Islam suruh kita bekerja denga ikhlas, tetapi ikhlas tidak menafikan hak. Kalau memang hak pekerja dapat bonus, walau tidak diminta, maka majikan kena usahakan

Soalan itu mengakhiri rancangan al-Kuliyyah kala ini. Memang tepat masa dan soalan semua dapat dibacakan, Alhamdulillah.

Al-Kuliyyah di akhiri dengan pemberian cenderamata bagi yang mengajukan soalan di studio.

Kami dijemput untuk menjamah jamuan yang disediakan dan kemudian bersama-sama solat asar berjemaah.

“Ilmu Pelita Hati”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

17 Jamadil Awal 1431/ 1 Mei 2010 jam 4.30 petang

IMG_8504

Jalan agak jem petang ini kerana hujan

IMG_8508

Penonton dari Biro Muslimah Masjid Darul Muttaqin Sungai Udang Klang

IMG_8509

IMG_8511

Ustaz Fauzi dengan telatahnya

IMG_8512

Dari kaca TV

IMG_8514 

IMG_8517

Penonton dari kaca tv

IMG_8518

IMG_8525

IMG_8532

IMG_8556

di akhiri dengan pemberian cenderahati bagi yang bertanya

IMG_8570

Kenangan bersama penonton studio

IMG_8571

Jamuan selepas program

No comments:

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...