Friday, May 28, 2010

al-Ijabah 58 – Perancangan Program Kesedaran Rumah HIV

26 Mei 2010 jam 8.00 pagi, saya dan rombongan al-Ijabah bermesyuarat dengan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Kuala Lumpur mengenai program kesedaran HIV yang akan dianjurkan bersama Universiti Malaya pada 31 Julai 2010 ini.

Program ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat agar tidak meminggirkan golongan ini. Sudah lama kita melupakan golongan ini hinggakan apabila pihak gereja mengambil berat pada mereka, kita terlupa akan kesan buruk jangka panjang pada generasi Islam.

Kertas kerja cadangan disambut baik oleh Pengarah Akademi Islam dan beliau terus bersetuju untuk bekerja sama di dalam menjayakan program ini.

Jam 10.30 malam, selepsa mengendalikan program bersama World Wide Holdings, saya mengendalikan mesyuarat dengan sahabat seperjuangan dari Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah bagi program ini.

InsyaAllah ini kali kedua kita menganjurkan program kesedaran ini. Kita merancang untuk membuatnya di peringkat kebangsaan pada awal tahun 2011.

Di Selangor, Fatwa mengkategorikan golongan HIV ini sebagai golongan Riqab (orang yang terhamba). Di dalam hadis, Nabi saw bersabda:-

“Barang siapa membantu memebebaskan golonga riqab, Allah akan membebaskan seluruh sendinya dari api Neraka”

Jadi, membantu mereka bukan sahaja tuntutan kemanusiaan, tetapi juga tuntutan agama lebih-lebih lagi ia menjadi fardhu Ain untuk dilaksanakan apabila gereja membuatnya sedangkan dari pihak Islam tidak ada.

Mesyuarat malam ini juga mencadangkan agar diadakan ceramah amal bagi seluruh Malaysia bagi membantu menjana kewangan yang diperlukan untuk membangunkan rumah HIV muslim ini.

Kalau gereja telah lama memulakannya, ia tidak bermakna kita terlalu terlewat untuk membangunkannya.

Apa yang penting adalah bantuan dari Allah di dalam perkara ini.

Rumah HIV muslim yang dibangunkan oleh Yayasan al-Ijabah telah mula dibangunkan. Rumah yang ada kini disewa.

Walaupun masih kekurangan dana, saya yakin, jika masing-masing yang bersama sentiasa menjaga keikhlasan, ia akan berjaya juga akhirnya nanti.

“Dari mana kewangan itu ustaz?” tanya salah seorang sahabat.

“InsyaAllah, pasti ada jika kita usahakan dan jika dibantu Allah” terang saya.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Kuwait International Airport

14 Jamadil Akhir 1431/ 28 Mei 2010 jam 11.20 pagi

Mesyuarat Darul Ukhwan Yayasan al-Ijabah

Ia juga mencadangkan agar ceramah amal diadakan bagi membantu menjana kewangan

Semoga ia dibantu Allah, amin…

4 comments:

rhoza said...

Allahu Akbar!! Sungguh mulia usaha ini...semoga diberkati

My Life said...

salam

masyaallah.. mudahan semua dipermudahkan..

boxhousestudio said...

ALLAH HU AKHBAR...bukan calang-calang orang yang sanggup membantu...tahniah USTAZ AMIN...Alhamdulillah...bangga dengan USTAZ..Syukur sangat-sangat...

ainhany said...

salam ustaz

subhanallah
betapa ustaz tega dlm dakwah.
saya doakan muga usaha ini berjaya dan masyrakat sedar akan bala allah ni menanti.semuga kita hamba yg selamat

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...