Thursday, April 22, 2010

Diari 212 – “Amalan Yang Kekal Pahalanya…”

Hari ini 21April 2010, selepas selesai kelas pengajian Asmaul Husna di Yayasan Restu yang saya kendalikan, dengan izinNya, saya bertolak ke Parit Buntar Perak untuk melihat sebuah rumah yang ingin diwakafkan untuk dijadikan rumah anak-anak yatim.

“Parit Buntar, agak jauh tu!” kata seorang sahabat saya.

“Emmm, memang jauh bagi kita, sebab kita duduk di sekitar Kuala Lumpur, tapi kita tengok dulu macam mana, inyaAllah, niat yang baik akan diperbaiki oleh Allah” jawab saya.

Kami bertolak dari Shah Alam jam 1.00 tengah hari dan sampai jam 5.50 petang.

Alhamdulillah, rumah yang hendak diwakafkan terletak betul-betul tepi jalan dan tidak berapa jauh dari pusat bandar Parit Buntar.

“Cantik kedudukan ini” kata saya pada ahli waris yang hadir.

“Dekat sini ustaz, apabila ramai orang-orang tua dah tiada, rumah kat sini banyak kosong, jadi ramai orang dekat sini sewakan orang Kemboja duduk, paling kurang dapat jaga rumah sikit” terang salah satu ahli waris.

“Yelah, orang-orang muda sekarang semua dah ke bandar, kerja..” sapa saya.

Habis melawat sekitar tempat ini, saya terus pulang ke Selangor.

Nabi saw bersabda:-

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya keculi tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan”

Di antara perancangan akhirat yang kita kena buat ialah, kita kena pastikan bahawa kita telah membuat amalan yang kekal pahalanya.

Semoga kita juga telah, atau sedang, atau paling kurang bercita-cita untuk membuat amalan yang kekal pahalanya, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Shah Alam

22 April 2010 jam 12.30 tengah hari

IMG_7531

Melihat rumah yang ingin diwakafkan dari surah di Kampung Kedah

IMG_7533

IMG_7557

IMG_7564

IMG_7566

IMG_7579

3 comments:

kak su said...

Assalammualaikum Ustaz...Jika ada sumbangan begini maknanya...ustaz akan dirikan dan tambahkan cawangan la...yee..??? Semoga Allah memberkati usaha Ustaz ini...Amin.

مسافر اسلام said...

Salam ustaz...allahamdullah sumbangan yang menjadi bekal disana. Ustaz juga turut membantu. Banyak koraban ustz ini...amin..

atuk said...

assalmualaikum Ustaz Amin

moga Allah permudahkan segala urusan ustaz untuk menegakkan Agama Islam ini

Wassalam

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...