Wednesday, April 21, 2010

Diari 211 – Sekitar Rakaman al-Hidayah TV3

Hari ini 20 April 2010 jam 11.00 pagi, saya dijemput untuk bersama-sama di dalam rakaman program al-Hidayah di Masjid Saujana Utama Sungai Buloh.

Tajuk perbincangan kala ini ialah “Pengurusan Akhirat”.

Siri ceramah “Pengurusan Akhirat “ mempunyai 3 tajuk iaitu,

(1) 7 perkara yang perlu kita buat sebelum kita bertemu Allah

(2) Amalan-amalan yang perlu dibuat untuk selamat di dalam 5 fasa akhirat

(3) Jerat-jerat neraka yang perlu kita berhati-hati.

Tiga tajuk ini dipecahkan melalui 6 episod al-Hidayah.

Rakaman bermula jam 11 pagi hingga jam 4 petang.

Rakaman kala ini dihadiri oleh para penonton dari persatuan muslimah tempatan.

Setiap dua episode, saya akan menukar baju agar tidak nampak setiap minggu siaran itu bajunya sama.

Seorang kakak menyapa saya:-

“Ustaz, tak aci lah, kami punya baju tak tukar-tukar pun:…

Saya hanya melemparkan senyuman.

Seorang lagi menyapa.

“Oooo, barulah kita tahu, rupanya, kalau banyak episode, kita tengok macam hari lain, tapi hari sama saja, cuma baju aje tukar”

Walaubagaimana pun, secara keseluruhan, syabas dan tahniah pada kakak dan ibu-ibu dari persatuan muslimah di sini kerana bersama-sama di dalam program al-Hidayah dari pagi sampai ke petang.

Bagi seluruh krew al-Hidayah, semoga Allah terus memberi kekuatan untuk melaksanakan tugasan menjadikan medium media sebagai cara berdakwah.

Sesungguhnya, Islam itu menyeluruh, dan oleh kerana itu, dakwah juga sifatnya perlu menyeluruh.

InsyaAllah, perbincangan “Pengurusan Akhirat” akan ke udara selepa raya tahun ini.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

7 Jamadil Awal 1431/ 21 April 2010 jam 10.30 malam

IMG_7351

Masjid Saujana Utama

IMG_7350 

IMG_7359

Memberi penerangan mengenai program

IMG_7315

Bersama muslimah sekitar Bandar Saujana Utama ini

IMG_7317

IMG_7336

IMG_7342

 

IMG_7415

Rehat makan tengah hari

IMG_7440

IMG_7444

Soalan dari penonton yang hadir

IMG_7449

Penutup dengan doa

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ustaz Amin

moga siaran untuk agama di tv akan tambah waktu

Wassalam

aznaz said...

salam from Makkah...


bestnyr kalau cal ada dapat mengikuti ceramah dari ustaz yang berpengalaman nih..


waslam

kak su said...

Salam Ustaz...Doakan saya agar dipanjangkan umur dapat menontonnya nantii...wslm..

S said...

salam,

ustaz,
perkara baik akan bertambah baik.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...