Monday, April 19, 2010

Diari 210 – “Dahsyat 13”

Hari ini 19 April 2010 jam 11.00 pagi, saya diminta untuk mengulas mengenai 13 dosa-dosa besar yang akan disiarkan di Astro Oasis tidak lama lagi.

Rancangan terbitan Karyawan Bestari ini bertajuk “Dahsyat 13” membahaskan mengenai konsep dosa-dosa besar dan saya juga diminta untuk mengaitkan dengan undang-undang yang ada di Malaysia ini.

Ada beberapa dosa dapat dikaitkan dengan Enakmen Jenayah Syariah seperti berjudi, minum arak, syirik (boleh dimasukan di dalam kategori ajaran salah), murtad dan ada yang tidak digubal menerusi undang-undang sekarang seperti makan harta anak yatim dan memakan riba.

Alhamdulillah, sekarang, pengajian agama seperti ini dapat diterjemahkan melalui program berbentuk majalah televisyen. Ia dapat disampai kepada lingkungan orang yang lebih luas lagi dibandingkan jika pangajian di masjid atau di surau.

Apabila orang mula jinak pada Islam, maka permintaan program-program agama semakin tinggi, dan oleh kerana ada yang mahu menonton, maka pihak televisyen kena menyediakan program agama ini.

Syukur pada Allah. Dibandingkan 10-20 tahun dahulu, program agama di TV amat sedikit. Sekarang ia semakin banyak dan semakin mendapat sambutan.

Semoga, akan ada lebih banyak program-program agama di buat dan disiarkan di tv untuk kebaikkan umat Islam seluruhnya, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

5 Jamadil Awal 1431/ 19 April 2010 jam 11.45 malam

IMG_7261

Persiapan akhir

IMG_7263

Dimulakan dengan doa

IMG_7266

IMG_7267

Rakaman dibuat dipejabat saya di Shah Alam

3 comments:

kak su said...

Assalammualaikum Ustaz...terimakasih atas info yg diberi... Yaa...alhamdulillah jika pilih siaran yg betul Astro x la kejam sgt kan...

S said...

salam,

Ustaz Amin,
saya setuju dengan ustaz.
perkembangan islam semakin pesat kerana Allah menghendaki begitu.

Niat yg ikhlas dan cara yg betul adalah kekuatan minda dan qudrat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya.

smoga Allah menambahkan lagi kekuatan pada ustaz untuk berjuang.
KUN FAYA KUN.

Alhamdulillah!
semoga Allah memberi taufiq kepada umat Islam untuk memerangi gangguan syaitan dan kuncu2nya.

smoga Allah mengekalkan hidayahNYA kepada umat Islam.

( betulkan jika saya salah )

CITY® said...

salam ustaz,

apa maksud dahsyat 13 tu?
ada 13 dosa2 besar ke?
boleh list kan satu sampai 13 tak?

terima kasih ustaz,
semoga sentiasa dirahmati Allah swt. amin

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...