Sunday, April 18, 2010

Diari 207 – Ceramah Di Jalen

Kalau saya pergi ke pasar-pasar raya, saya melihat seseorang mengambil kicap Jalen, pasti saya akan menyapa:-

“Kak orang Johor ye?”

Ini kerana, Jalen memang terkenal lebih-lebih lagi di Johor.

Hari ini, Sabtu 17 April 2007,jam 2.30 petang, saya memenuhi undangan ceramah sempena Majlis Maulid al-Rasul di kilang Jalen di Skudai Johor.

Ada sesetengah orang yang tidak bersetuju dengan sambutan Maulid al-Rasul berkata:-

“Kita perlu ingat Nabi tiap-tiap bulan, bukan bulan Rabiul Awal sahaja”

Memang betul dan inilah yang menjadi amalan kebanyakkan di Johor. Majlis sambutan Maulidur Rasul di sambut hingga menjangkaui bula-bulan lain.

“Kagum saya, majlis tengah-tengah hari macam ini pun, ramai orang datang ye?” tanya saya kepada Dato’ Haji Abdul Jalil bin Haji Long, Pengarah Urusan Jalen Sdn. Bhd.

“Alhamdulillah, ustaz, kebanyakkannya ialah warga Jalen dan orang tempatan, mereka yang bersama dengan Jalen ini macam anak-anak saya ustaz, mereka pun panggil saya ayah” kata Dato’ Haji Abdul Jalil yang berumur lebih 70 tahun ini.

Saya kalau bertemu dengan orang-orang lama ini pasti saya akan bertanya:-

“Dato’, apa pesanan dan rahsia sihat macam ini?” tanya saya pada Dato’ Haji Abdul Jalil bin Haji Long.

Dan jawapan yang saya temui sama sahaja iaitu:-

“ustaz, hati kena sentiasa tenang dan jangan susah hati” jawabnya ringkas.

Ceramah bermula jam 2.30 petang dan tamat jam 3.45 petang. Alhamdulillah.

Selepas ceramah, jamuan di sediakan.

Berbual dengan Dato’ Haji Abdul Jalil bin Haji Long saya rasa tidak kekok, barangkali watak beliau yang seperti ayah menyebabkan saya cukup selesa berbual dengan beliau.

Semoga terus panjang umur untuk terus memikul tanggung jawab fardu kifayah, menyediakan makanan untuk orang Islam.

“Memang, saya mulakan Jalen ini pun dengan rasa tanggung jawab sebagai memenuhi tanggung jawab orang Islam” kata Dato’ Haji Abdul Jalil bin Haji Long.

“Sekarang ini, Jalen telah ada 17 produk, dan saya harap, sebelum saya mati, saya akan mencapai matlamat menjadikan produk berasaskan makanan Jalen ini menjadi hingga 40” kata Dato’ Haji Abdul Jalil bin Haji Long lagi.

Selesai semua, saya meminta diri untuk pulang.

Semoga Jalen terus maju dan menjadi alternatif pada produk makanan orang Islam, amin…

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Subang Jaya

18 April 2010 jam 6.30 petang

 

IMG_7128 

IMG_7098

Ceramah petang ini merupakan kemuncak pada majlis yang telah berlangsung sejak pagi

IMG_7099

antara tetamu yang hadir

IMG_7105 

IMG_7109

IMG_7115

IMG_7120

Sama-sama mengaminkan doa akhir

IMG_7127

Kenangan bersama Dato’ Haji Abdul Jalil bin Haji Long, semoga terus maju jaya, amin…

1 comment:

mr edz said...

produk yang bagus bagi saya

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...