Monday, April 12, 2010

Diari 203 – Salam Pulang….

Semenjak balik dari Mekah pada 6 April 2010 lepas, saya tidak berkesempatan untuk menulis di dalam blog ini lantaran terlalu banyak tugasan yang perlu di sempurnakan.

Bermula dengan jemputan ceramah, mesyuarat Darul Ukhwah, mesyuarat MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin), urusan bas anak-anak al-Ijabah yang rosak dan sebagainya.

Kala ini, 12 April 2010, sejak pagi saya berada di Johor untuk beberapa urusan. Tengah hari, selepas semua selesai, saya menguruskan dokumentasi tiga orang anak yatim piatu yang akan masuk ke dalam rumah al-Ijabah di Senggarang Batu Pahat

Mereka adalah anak yang telah kehilangan kedua ibu dan ayah mereka. Kala ini, mereka dijaga oleh datuk saudara mereka.

Memang, dari segi psikologinya pun, kasihan anak ini, tiba-tiba sahaja kehilangan tempat bermanja dan bergantung. Ayah mereka meninggal hujung tahun lalu dan tak sampai 6 bulan, ibu mereka menjejaki pula. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka berdua, amin.,,

Sebelum pergi ke Mekah tempohari sebenarnya, anak-anak ini telah ada di dalam pengetahuan saya. Jadi, rupanya, mereka memang menunggu untuk bersama al-Ijabah.

“Ustaz, nanti, kalau dah nak pindah bagitau awal ye, sebab guru dia dekat sini kata nak buat kenduri sikit, sebagai majlis perpisahan dengan mereka” kata datuk saudara anak-anak ini.

Sayu hati saya mendengarnya.

“Ustaz, nak tanya sikitlah, budak-budak ini memang belajar ke atau ada aktiviti lain” tanya datuk saudara ana

“Kita dalam Ijabah memang menekankan soal akademi, kerana kita mahu mereka berjaya seperti mana orang ada ayah berjaya” jelas saya.

“Tak ada kena jual kalendar dan CD dekat stesen minyak kan ustaz?’ tanyanya lagi menyatakan kebimbangan.

“Subahanallah, tak, itu rumah anak yatim dari Utara tu, dah masuk surat khabar beberapa kali, kita tak macam tu” jelas saya lagi.

“Ye lah, saya bimbang juga” katanya lagi.

Memang, kadang kala, ada pengusaha rumah anak yatim yang mengambil kesempatan menggunakan mereka untuk menjual barangan.

“InsyaAllah tuan, saya akan berusaha untuk menjaga akademi mereka, dan doakan semoga mereka juga berjaya” kata saya lagi.

Apa pun semoga Allah terus membantu saya dan sahabat-sahabat dari Ijabah untuk membela yang susah ini, amin…

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Dalam perjalanan dari Johor ke Putra Heights

12 April 2010 jam 11.00 malam

IMG_6875

Hari ini, saya banyak bertemu dengan bencana jalan raya

IMG_6897

Berbincang mengenai kemasukkan anak-anak ini ke dalam Ijabah

IMG_6921

Berbual mengenainya, semoga Allah terus membantu al-Ijabah di dalam usaha ini, amin….

10 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ustaz Amin

Moga Allah permudahkan segala urusan ustaz untuk menegakkan agama Islam ini
moga usaha murni ustaz ini Akan Allah balas dengan Syurga
amin

Wassalam

My Life said...

assalamualaikum..

semoga allah mempermudahkan semuanya... insyaallah

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Lama tunggu entri baru Ustaz.. Saya mendoakan semoga terus dipermudahkan urusan ustaz untuk bantu anak-anak yatim itu..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Assalamualaikum ustaz.

semoga Allah SWT mempermudahkan usaha murni itu...moga2 ustaz sentiasa di dalam rahmat Allah.

S said...

salam,

ustaz,
smoga segala usaha diberkati Allah.

emerald said...

alhamdulillah, semoga Ustaz sentiasa di rahmati dan di peliharai Allah SWT. Ustaz, boleh ke berkongsi bersama doa-doa hubungan suami-isteri dan kecemerlangan anak-anak yang telah diberikan oleh Tuan Guru baba hj Yusuff? Terima kasih.

safiudin.com said...

Assalamualaikum Ustaz,

Saya doakan usaha yang ustaz lakukan untuk anak-anak Ijabah mendapat keredaan dan diberkati Allah.

Wasslam.

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Nampak gambar macam rumah orang senang je...kenapa datuk saudara nya tak jaga budak budak tu. Orang susah ke? Atau nak lepas tangan...saya memang tak suka betul kalau orang ambil kesempatan ikhsan orang ramai.

Anonymous said...

Salam Ustaz. Ana nak ke Turki. Mana tempat ustaz recommend utk saya lawat selain masjid biru ?

Ustaz Amin said...

Orang di dalam gambar adalah Cikgu Fator Rahman, orang yang mengenalkan saya dengan anak-anak ini, bukannya keluarga anak ini

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...