Monday, April 5, 2010

Diari 201 – Pulangnya Seorang Kekasih Allah…

Habib Abdul Qadir al-Saqqaf

Sewaktu saya dan anak-anak Ijabah menghadiri majlis zikir dan selawat di Ruseifah Mekah al-Mukarramah pada 3 April 2010, satu penguamuman telah dibuat.

“Minta kita semua mendoakan yang terbaik, Habib Abdul Qadir al-Saqqaf berada di hospital sekarang” kata pengerusi majlis.

Saya tidak mengenali beliau pun ketika saya diajak untuk menziarahi beliau pada awal tahun 2005 di Jeddah.

Ketika itu, saya hanya tahu beliau adalah seorang alim dan pendakwah, tidak lebih dari itu.

Ketika saya bertamu di Hadramaut Yaman pada pertengahan tahun 2005, saya telah duduk di rumah Habib Umar bin Hafiz.

Dari pertemuan saya dengan para alim ulama dan orang soleh di Hadramaut ini, baru saya tahu beliau adalah seorang alim besar dan pendakwah hebat di peringkat antarabangsa dan disebut oleh alim ulama di Hadramaut beliau sebagai seorang Wali Allah.

Sejak itu, saya bercita-cita untuk menziarahi beliau lagi tetapi tidak kesampaian.

Hinggalah perjalanan umrah kali ini, saya tetap bercita-cita untuk menziarahi beliau.

Selepas subuh hari ini, 4 April 2010, saya telah mendapat berita bahawa beliau telah kembali kerahmatullah dan akan disembahyangkan di Masjidil Haram pada waktu Maghrib.

Saya mengarahkan semua anak-anak murid saya dari Ijabah agar jangan lupa untuk bersembahyang jenazah pada Maghrib ini.

Rupanya, setelah lima tahun, bertemu juga saya dengan beliau walaupun setelah beliau kembali kerahmatullah.

Selepas solat Maghrib, kami semua bersolat jenazah, ada dua jenazah yang disembahyangkan Maghrib ini.

Saya dan anak-anak Ijabah kemudian menunggu di laluan jenazah untuk sama-sama mengusung jenazah.

Jenazah melalui depan kami dan semua anak-anak Ijabah bersama-sama mengusung jenazah hingga ke van jenazah.

Sesampainya kami di kawasan van, semua kenderaan yang disediakan telah penuh. Jadi kami tidak menghantarnya ke tanah perkuburan. Cukuplah hanya di kenderaan. Lagipun, malam ini, kami ada jemputan dari Habib Yusuf al-Lihyani.

Antara rombongan kami, Abang Azizi sahaja yang menghantar hingga ke kawasan perkuburan.

Menurut Abang Azizi, di kawasan perkuburan Ma’la, ramai orang telah menunggu dan satu lagi solat jenazah dibuat di sana.

Semoga Allah terus menggolongkan kita, di dalam orang yang soleh dan solehah dan selamat di dalam perjalanan ke akhirat.

Allahyarham Habib Abdul Qadir al-Saqqaf telah selesai urusannya di dalam umur 101 tahun.

Kita bagaimana? adakah umur yang semakin bertambah, amalan kita juga bertambah, hubungan kita dengan Allah bertambah,atau semakin kita jauh dari cahaya ilahi.

Marilah sama-sama kita renungkan.

“Diari, Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Baity Bakkah Hotel, Makkatul Mukarramah

20 Rabiul Akhir 1431/5 April 2010 jam 1 pagi.

Malam majlis zikir, telah diumumkan untuk mendoakan yang terbaik buat Habib Abdul Qadir al-Saqqaf

Kami menunggu awal di dalam Masjidil Haram

Saya meminta agar anak-anak Ijabah bersolat jenazah malam ini

Jenazah diusung ke kenderaan dan kami tidak pergi, hanya Abang Azizi sahaja sebagai wakil.

P5160178

Kenangan di hadapan Darul Mustafa di Hadramaut

P5170186

Menzirahi Habib Anis, dari Hadramaut inilah baru saya mengenali Habib Abdul Qadir al-Saqqaf ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Para ulama dari Hadramaut memberi tahu kami bahawa beliau merupakan seorang Alim bertaraf Wali Allah

P5190228

Kenangan pengajian di Darul Mustafa Hadramaut Yaman

P5190231

Kenangan di bilik yang disediakan oleh Habib Umar untuk saya.

Habib Abdul Qadir

Habib Abdul Qadir al-Saqqaf – al-fatihah…..

4 comments:

Anonymous said...

Salam Ustaz....
bangga saya tengok perjalanan ustaz bersama anak2 ijabah...dapat ziarah orang alim ditanah suci...semasa disana lagi ni harap dapat ustaz dapat doakan saya dan isteri dikurniakan cahaya mata secepat mungkin...tolong ya ustaz..

Ustaz Amin said...

InsyaAllah amin... semoga Allah mengurniakan tuan dan semua pembaca anak-anak yang soleh dan solehah

Anonymous said...

best baca blog ustaz.
saya dpt banyak timba ilmu dari pengalaman ustaz.
semoga ustaz dikurniakan kesihatan yg baik

Imran Paris said...

Ustaz, beruntungnya arwah, di panggil kembali ke pangkuanNya di bumi barakah.

 Alhamdulillah syukur di atas pembukaan Kapal Dive Lodge dibawah selian Ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin ...