28 September 09, kami sampai di Masshad. Ia merupakan antara kawasan suci bagi penduduk syiah. Ini kerana, di sini terdapat cicit Nabi bernama Imam Reza.
Imam Reza merupakan sahabat Khalifah Harun al-Rashid. Makam mereka berdua ada bersebelahan.
Saya diajak oleh Ali untuk melawat ke dalam masjid dan makam Imam Reza. Perjalanan kami melalui Bazar Reza. Bazar lama ini dipenuhi oleh orang yang datang dari serata tempat. Ada yang diluar dari Iran seperti Pakistan, Bahrian, Iraq dan sebagainya. Kebanyakan mereka orang Syiah.
Keadaan bazaar di sini seperti bazaar di tempat lain. Orang perempuan masih mendahului di mana-mana tempat di dalam membeli belah. Di sini dipenuhi dengan orang perempuan yang sibuk membeli berbagai-bagai barang.
Setelah melalui bazar hampir satu kilometer ini, kami mulai melangkah masuk ke dalam perkarangan masjid.
Tidak dibenarkan membawa kamera, makanan dan barang-barang yang boleh dibuat senjata. Ia dikawal ketat di pintu masuk.
Semua barang-barang ini hendaklah ditinggalkan di tempat simpanan barang yang disediakan.
Masjid ini dibina dengan begitu cantik sekali. Ada kubah berwarna emas yang besar. Ramai orang datang dengan membawa keluarga. Pembesar suara melaungkan seseorang yang sedang memberi ceramah.
“Alah ceramah ini saya dah hafal, asyik ulang-ulang saja” kata Ali pemandu kami.
Keadaan orang di sini, ada yang sedang membaca al-Quran, ada yang sedang duduk mendengar ceramah yang disampaikan, dan tidak kurang juga yang terhangguk-hangguk kerana mengantuk.
Di kawasan makam, saya melihat orang menangis, mencium pintu masuk dipintu berwarna emas yang menempatkan makam Imam Reza.
Ali menarik tangan saya.
“di sebelah sana, makam Khalifah Harun al-Rashid” katanya.
Di dalam kawasan ini, dibina hiasan dari cermin-cermin kecil yang dipotong.
Ada yang menangis meratapi Makam Imam Reza.
Secara umumnya, kita agak pelik melihat orang meratapi makam. Tapi itulah yang berlaku di sini.
Kami melangkah ditengah-tengah kesibukan manusia yang sedang membuat ritual masing-masing. Oleh kerana ramainya yang sedang bersembahyang dengan batu-batu alas sujud (Orang Syiah bersembahyang dengan menggunakan alas bagi batu), ramai orang yang terlangkah-langkah orang yang sedang duduk dan ada kalanya terseret batu-batu alas sujud ini, tidak sengaja.
Di dalam kompleks makam Imam Reza ini tidak dibenarkan mengambil gambar. Sesekali ada juga yang mencuri-curi mengambil gambar dengan hand phone.
Ketika kami mula melangkah keluar dari kompleks makam ini, penceramah tadi sudah berhenti ceramah.
Kini, seseorang sedang membaca syair-syair kematian Imam Reza pula. Makcik-makcik yang ada di sekitar kompleks permakaman ini sudah mula menangis. Suara mereka teresak-esak.
Alangkah baiknya, jika menangis demikian berlaku lantaran teringatkan dosa dan meningati Allah.
Ketika keluar, Shahabudeen Jalil (salah seorang ahli rombongan saya) mengeluarkan kamera kecil dari poketnya. Perlahan-lahan kami bergambar di perkarangan masjid.
Tapi yang sebenarnya, yang beriya-iya ingin menangkap gambar kami ialah Ali, pemandu kami. Dia yang mencadangkan untuk kami berposing ke sana dan ke sini.
Tiba-tiba sahaja, datang pengawal kompleks makam dan merampas kamera kecil ini. Puas Ali memujuk untuk dipulangkan kembali. Pengawal ini dengan muka yang selamba terus membawa kamera kecil ini.
Kes ini dirujuk kepada ketua pengawal makam. Apabila melihat kami semua, ketua pengawal makam, membebel sesuatu pada Ali, kemudian memulangkan kamera ini pada Ali.
“aah, ok” kata Ali.
Kami melangkah keluar meninggalkan kompleks makam. Meninggalkan orang yang sedang meratapi makam Imam Reza, tokoh yang diagungkan bagi pengikut Syiah.
Sesungguhnya, perbezaan ini merupakan perbezaan yang cukup lama wujud antara umat Islam, hingga sesetengahnya menghalalkan darah ahli sunnah.
Ia pernah cuba diusahakan untuk mencari titik pertemuan. Tetapi setakat ini, jalan buntu yang ditemui.
Mana tidak, sudah tentu kita tidak akan dapat menerima jika, para sahabat yang bersama Nabi, di caci dan dihinakan.
Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi, Rasulullah saw bersabda
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمْ الَّذِينَ يَسُبُّونَ أَصْحَابِي فَقُولُوا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى شَرِّكُمْ
Dari Ibnu Umar, dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah saw, jika kamu melihat orang yang mencaci sahabat-sahabatku, maka katakanlah “laknat Allah atas kejahatan kamu
Manakalah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda:-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ
Dari Abu Hurairah dia telah berkata, Rasulullah saw telah bersabda, janganlah kamu mencaci sahabat-sahabatku, maka demi yang jiwaku berada ditanganNya. Jika seseorang kamu menafkahkan seperti gunung uhud emas sekalipun, tidak akan menyamai secupak dari mereka dan sebahagiannya.
Sesungghnya, para sahabat adalah kesayangan Nabi. Mari kita bersama-sama berselawat ke atas Nabi, ahli keluarga dan seluruh para Sahabat baginda.
“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam 12 Oktober 09
Jam 9.50 malam
dalam Bazaar Reza
Orang sibuk membeli belah
Tudung dan serban hijau ini adalah khas untuk keturunan Nabi\
Kecerdikan tempatan, mengukir pen
Di dalam pasar ini penuh dengan tazkirah
Zakfaran yang cukup terkenal di Mashad ini
Pintu masuk ke kompleks Makam
Sini ramai penjual khemah, untuk orang bersantai di sini
Pintu depan bazaar Reza
bazar Reza
Kompleks Makam dari luar
Kesesakan kereta di celah-celah bazaar Reza
Agaknya, apa yang dia sedang pujuk suami dia untuk beli..
2 comments:
hehehe..ustaz sempat skodeng minah tu tengah pujuk suami dia shopping minyak wangi tuu...
As Salam ya Ustaz,
saya mohon jika ke Iran sekali lagi, carilah tour guide yang berilmu agar setiap persoalan yang bermain difikiran seperti amalan2 syiah ahlul bayt a.s ini dapat diterangkan secara jelas kepada ustaz daripada membuat andaian sendiri. insyaAllah. terima kasih. selawat
Post a Comment